Wednesday, December 30, 2009

Bila Hanin dah boleh duduk sendiri...



Haa... ini la dia harmonic aku yang ke 4... Dah besor rupanya dia...
Hari ini, 29 Nov 2009 (Lagi 2 hari nak 9 bulan) dia dah boleh duduk dengan sendirinya... heheh bukan apa... aku seronok sangat... nampak sweet aje bila dia dah boleh duduk sendiri.... (sape lagi nak puji kalau bukan mak dia..ahaks)

Sedang disuapkan nasi bubur campur ikan segar.. maklum je lah Tengganu ni memang ikannya segar-segar belaka...
Dyna tengah standby dari belakang... mana la tahu tetiba dia terlentang ke belakang... maklum je la first day boleh duduknya....
Tu dia... dia dah boleh stabilkan diri duk sorang-sorang....

Meeting AGM Pradas 27 November 2009




Pada tarikh 27hb yg lepas maka berakhirlah satu penantian yg sekian lama kami ahli-ahli Pradas tunggu... hehe apa lagi AGM Pradas la.... Setelah tertunda sejak awal tahun lagi maka pada tarikh tersebut maka penantian kami berakhir dan kami semua menarik nafas legaaaaaaaaaaaa...

Walaupun meeting bermula agak lewat, namun atas dasar kesabaran dan kesetiaan aku sebagai ahli Pradas, ku tabahkan hati menunggu jua meeting itu bermula... (Sebenarnya aku kena balik ke Terengganu hari tu.... )


Meeting bermula jam 2 petang, walaupun ada ahli yang datang seawal 8 pagi..... Makanan jangan cerita la mewahnya.... siap tapau lagik... hehehe murah rezeki Pradas...

Biasa la meeting kalau tak havoc bukan meeting namanya... walaupun berlaku sedikit perselisihan pendapat, namun keadaan berjaya di kawal oleh mantan Presiden Pradas, (pak Zek).. dan meeting berjalan dengan baik sekali... (walaupun katanya hanya ahli berdaftar dan beralamat di Selangor sahaja boleh mengundi...)

Walau apa pun, tahniah di ucapkan kepada Pemegang amanah baru( AJK baru la tu...) Pikul lah amanah dengan jujur dan bersih.... Naik kan lagi nama Pradas di mata rakyat Malaysia ceewah...
Antaranya :
PR MF (Presiden) - Ustaz Fadhil
PR RQ (Timbalan Presiden) - Rosli
PR HE ( Setiausaha) - Rudy
PR RZK (Timbalan setiausaha) - Razak
PR SJ ( Bendahari) - Rafidah

Senarai AJK yang lain kena tanya Pak Rudy ler (PR HE) sebab dia yang pegang minit meeting tuh... hehehehe

Dan aku pun balik juga ke Terengganu dan bertolak pada jam 8 malam dari Puchong....

Jumpa lagi...
Cario...
73

Monday, December 28, 2009

Kenal tak??? Sapa agaknya dia nih...

Agak agak korang kenal tak dengan mamat sorang nih???
Heheh... pada 27 November yang lepas, aku datang ke AGM Pradas di Serdang... biasala kan nak attend meeting AGM yang lama dah tertangguh...
Tengah aku ronda-ronda sekitar dewan tu aku terlihat kelibat dia nih... rasa macam pernah kulihat dia ni... tapi di mana yea????

Korang ingat tak apa-apa???
Ingat???
Tak ingat???

Ala.. dia ni la yang tengah dating ngan awek dia kat warung sambil kongsi ais kacang ngan awek dia ( Mel kalau tak salah nama awek dia tu? Awek dia suruh datang meminag tapi dia kata tak cukup duit lagi... pas tu awek dia suruh buat pinjaman dengan Maybank Islamic.. pas tu dia buat muka cam tu di akhir iklan...

Dia rupanya salah seorang ahli peminat radio komunikasi Dua Hala selangor (PRADAS)... Callsign dia???

Carik la sendirik.... ahaks...




Aktiviti anak-anak aku di musim cuti...

Emm... sari dua lagi sekolah dah nak bermula... Mana mak ayah yang ada anak yang bersekolah tentu kembang kempis juga nak menyediakan wang ringgitnya.... Kalau sorang tak pe... kalau lebih 3 orang... emmm... memang kena ikat perut jugak ler....Ndak-ndak musim-musim gawat camni...
Kalau macam aku, nampaknya anak sulung aku masih pakai baju tahun lepas ler... Nak wat camana, aku jauh di pantai timur ni,.... nak menyediakan serba serbi yang lengkap tentu tak dapat nak buat untuk tahun 2010 nanti... tapi tak pe lah bukan lama pun lagi aku kat sini... 4 bulan je lagi aku jadi rakyat sini... pas tu aku balik puchong la jugak...

Aku bukan nak citer pasal persediaan sekolah... aku nak cerita pasal aktiviti anak-anak aku musim cuti ni.... apa lagi... yang tu ler....


Layan PS2 ler.. Sampai tamat Game Ben10 dia orang main... complete set tuh... ermmm budak-budak... Dari kiri: Dyna, Hanin, Hafzy n Razyn.. dia la sifu game nih...

Si kecik pun tumpang tuie nampaknya... hehehe

Welcome to the world, mat kosong....

Hehehe..... Mat kosong, begitulah gelaran diberi kepada anak buah aku yang ke 21 yang lahir ke dunia ni pada 23 November 2009 yang lepas...
Nak kata orangnya kurus cekeding, idok juga... bulat ngat masa keluarnya... 4.1kg... kira boleh tahan jugak ler maknya nak melahirkannya waktu tu.....
Abih tu macam mana boleh dapat nama Mat Kosong ni???

Haaa......sebenarnya gelaran tu diberi oleh kakaknya, Syasya Mardiha, 5 tahun... masa adiknya lahir maknya ndok juga mengisi nama yang bermula dengan "Mar" sempena mana penuh dia "Mariam" Ate gone, budok lelaki ndok juga isi nama "Mar" di pangkalnya... puas le kami adik beradik memikirkan apa nama sesuai nak letak... cadang punya cadang, maknya tak mboh juga setuju dengan kume...

Lama juga pencarian nama ini bermula....ada la dekat-dekat 2 minggu setengah... namun akhirnya kome ambil keputusan nak tanya pada Syasya aje... mana la tahu kot-kot mak dia ada bagitahu nama adik barunya tu...Tapi yang klakarnya dia jawab .... "Kita bagi nama Mat Kosong je lah..." Kume tanya kenapa.... "Sebabnya dia tak de nama nak bagi... jadi kita panggil Mat Kosong je la" hahaha kume punya la gelak... ada ke patut... Nama dia punya la best.... tibe ke adiknya nak bagi nama Mat kosong je... keh keh keh...

Gitu la alkisahnya penangan nak letak nama baru pada ahli baru dalam keluarga aku...
Walau macam mana pun, tahniah kepada akak aku dan suaminya, Sukor dengan kehadiran cahayamata baru ini moga hubungan lebih mesra dan terjalin erat... Insya Allah...

Kakak aku dengan baby barunya... Tahniah, moga lepas ni boleh slim semula... kui kui kui


Ini lah Syasya bersama Mat Kosong... sayang ngat dia ke adiknya nih... Tapi bab posing, dia memang over..hehehe

Friday, November 20, 2009

Tahniah pada anak sedara kume.... 5A

Emm.. UPSR dah kuar resultnya...

Anak sedara aku, Qudzandria Nur bt Sabri seorang budak yang agak nakal dan banyak memain... Moknya punya la risau dia nak peksa UPSR tuh.... dia ni jenis yang suka main dengan bebudok kecik... tak padan langsung dengan umornya... kalau aku balik kg tu... dia akan kawan dengan anok aku yg umor baru lapan tahun tuh..... Main ler ntoh mende-mende kat plantor rumah....

Tapi tu la kan.... budok2 yang nakal ni jangan disangka tak pandai... Kadang-kadang yang nakal tu ler yang ligat otoknyer....

Keputusan UPSR baru ni dia dapat 5A... menangis mok dia (kakak aku ler tu...) Dia pun tak sangka.... Anok dia antara 5 orang di sekolah dia (Sek Keb Raub) tu yg dapat 5A...
Apa pun tahniah la pada akak aku n Quzan.... Moga boleh masuk sekolah yang best-best lepas ni...

Quzan... depan sekali tengah posing sakan masa raya baru-baru ni....

Wednesday, November 18, 2009

Nampak...?? nampak tak???

Hehehe... saje je wat tajuk gitu...
Kalau anda semua bermata "teghang"... mesti nampak ape kebendenya gambo-gambo ni...

Apa lagi,
Layannnnnnnnnnnn......






Sebenarnya nak tunjuk betapa besar kuasa dan ciptaanNya.....

Thursday, November 12, 2009

Siapalah kita.....tanpanya

Petang tadi aku klebek-klebek (bahasa ganu) hp aku, ada satu gambo yang aku ambil yang amat menyentuh perasaan dan membuat aku berfikir beratus-ratus kali...
Sering kali kita dengar, sayangi ibu, hormati ibu kita tapi sejauhmana penerapan nilai hormat dan sayang itu jarang di kupaskan oleh orang perseorangan... kalau kita dapat dengar pun masa ceramah agama, kem motivasi atau kursus-kursus keibubapaan sahaja...
Pernah ke kita duduk dan berfikir sejenak... "betapa bertuahnya aku di lahirkan ke dunia ini.... oleh insan bergelar IBU...."

Aku renung-renung, alangkah kerdilnya kita masa dilahirkan... orang hanya memuji betapa comelnya kita pada waktu itu... betapa geramnya orang nak cubit pipi kita yang montel dan putih gebu.. betapa orang hanya melihat anak kecil itu sahaja tanpa membuat perbandingan secara halus betapa besarnya pengorbanan ibunya....

Ntah la, mungkin aku hanya melayan perasaan , mungkin juga aku cuba bermonolog... tapi aku yakin aku tidak kesorangan, ramai lagi di luar sana sependapat dengan ku.


Gambar di atas membuktikan dahulu saiz tapak kaki kita hanya selebar 2 jari ibu, betapa kecilnya kaki kita dan saiz kita pada waktu itu...namun dari sehari ke sehari kita semakin membesar dan sekarang sudah dewasa... Masihkah kita derhaka kepada ibu bapa kita? Berapa ribu kali kita cuba melawan kata-kata mereka? berapa juta kali ungkapan "ah" keluar dari mulut kita ini??? Besar sangatkah kita untuk melawan kata-kata mereka.... Berapa kali kita cuba ungkapkan " maafkan saya ibu, maafkan saya ayah" semasa kita dewasa ini pada hari-hari biasa???

Bertuahlah kepada mereka yang masih mempunyai ibu/bapa.... Anda masih mempunyai peluang untuk meminta maaf selagi ada waktu... Orang tua kita pun sudah terlalu tua untuk kita lawan kata-kata mereka.... Akur sahajalah akan semua kata-kata mereka... tak ada ruginya... Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya...

Maaflah kalau luahan perasaan aku ini, menyentuh hati kalian... bukan untuk menunjuk pandai, hanya nak berkongsi ilmu dan perasaan...

73

Friday, November 6, 2009

Lambaian Kaabah...

Salam sumer....
Tak lama lagi Raya haji nak datang... Kepada sesiapa yang dah register bertahun-tahun lamanya dan dapat ke Mekah tahun ni tentu rasa amat gembira...

Macam tu jugak, rezeki kakak aku dan suaminya ( Cikgu Kamsiah dan Cikgu Nasir )untuk menunaikan haji tahun ini tercapai jugalah nampaknya, (walaupun baru register tahun lepas...) Walaupun tarikh berangkat ke Mekah tak dapat lagi, apa yang pasti beliau dah dapat panggilan telefon dari tabung haji yang mengatakan beliau dan suaminya dapat menunaikan haji. Hehehe...tapi aku percaya kakak dengan abg ipar aku mesti tengah kelam kabut + gelabah giler nak buat last minute preparation...
Walau apa pun, aku doakan semoga kakak dan abag ipar aku dapat haji mabrur dan nampaknya kenalah semua panggil mereka dengan panggilan kak hajah dan abg haji lepas ni... hehehe..

Manakala, petang semalam aku dan rakan-rakan pergi ke rumah cikgu kita orang (Cikgu Mohamad Yunus bin Ibrahim) yang terletak di belakang masjid Padang Nanas, Gong Badak Terengganu (betul ke namanya gitu... aku pun tak berapa pasti...heheh..). Kami datang sebagai meraikan kepergiannya yang dah berjaya menempatkan diri untuk sama-sama berkumpul di rumah Allah...( Cikgu kitaorang dapat pergi bersama isterinya)
Kalau aku lihat pada raut wajah cikgu aku tu... aku nampak cahaya yang berseri-seri.. menandakan beliau memang seronok sangat dapat menunaikan haji tahun ni... sebab katanya masa beliau register dengan tabung haji dulu, giliran beliau untuk ke tanah suci adalah pada tanun 2015..Memang dah rezeki beliau dapat pergi awal....Rasanya pada masa aku tulis blog ni, beliau dan isterinya dah berada di Kelana Jaya memakai ihram dan akan menuju ke Jeddah.. Semoga cikgu dan isteri selamat pergi dan kembali ke tanah air pada 22hb nanti dengan haji mabrur
Aku dan rakan-rakan sedang posing sakan
Cikgu aku yang baju kaler putih tu....

Bilalah agaknya pulak giliran aku ngan REJ gamoknya ....????

Tuesday, October 20, 2009

Bukti Kebijaksanaan Allah....


Pasir pantai kaler merah
pasir pantai kaler pink+putih
Pasir pantai kaler ijau
Pasir pantai kaler itam

Emmm.... Aku tak pasti la, korang sume pernah tengok atau tak kejadian Allah yang jarang di pamirkan di mata dunia...

Kita sering di momokkan dengan keindahan pantai yang putih bersih... digambarkan betapa cantiknya pantai yang putih pasirnya... pernah ke idok kita terfikir yang pantai ni bukan aje kaler putih pasirnya.. tapi ada macam-macam kaler la pulak... Ade hijau, merah, pink.... ish sekali pandang macam tak pecaya la pulak...

Tapi gone nak kata... dah nampok dengan mata kepala sendiri... (walaupun melalui kiriman email..)
Aku ni bukan ape.. saje je nak kongsi maklumat yg aku dapat... Kalau kita nak kata betapa Agung ciptaanNya... memang tak dapat dinafikanlah... cuma kita sebagai hambanya ni... patut merenung dan berfikir kembali... siapa la kita di dunia ni... ilmu yang ade pun hanyalah ibarat setitik dari air di lautan... maknanya... betapa kerdil la kita ni sesangatnya dan apa la sangat ilmu yang kita ada kalau nak dibangga-bangakan....

Itu kalau nak cite ilmu yang kita ada.... macam mana pulak ilmu yang kita amalkan???
hehehe... aku maleh nak komen...

Tepuk dada tanya iman....

73

Wednesday, October 14, 2009

Tanggal 29 September 2009 yang lalu....




Tarikh ini merupakan tarikh yang tak dapat aku lupakan seumur hidupku... Kerana tarikh ini telah membawa satu berita besar yang memerlukan aku tabah menghadapinya semasa berita itu ku terima. Jam 10.30 malam kakak aku telah mengejutkan aku dengan berita yang amat sedih sekali...Ayah ku telah di jemput Ilahi.... Pada masa itu aku berada di Terengganu....

Aku jadi seba salah... kalau nak balik malam tu jugak, aku mungkin tak berani nak drive sorang-sorang. Lagi pun perasaan aku tak berapa stabil waktu itu untuk aku drive. Setelah berbincang, REJ mengambil keputusan untuk menjemput aku pada malam tu jugak...

Perjalanan yang terlalu jauh membuatkan aku tak sempat menatap wajah ayahanda aku buat kali terakhir.... Apabila aku sampai, arwah telah selamat di kebumi dan di talkinkan... Sampai aje aku di kubur, hanya bacaan ayat-ayat suci al Quran dapat aku sedekahkan dan menyiramkan air doa buat arwah.

Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang yang mendapat lindungan kasih dariNya... Amin

AL-FATIHAH.....

Saturday, September 26, 2009

Salam Aidil Fitri semua... Tahun ni turn balik Raub...

Emmm.. dah seminggu Hari Raya Aidil Fitri berlalu... Aku juga nak mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata atau perlakuan yang menyinggung perasaan teman-teman semua...
Terutama kepada saudara mara, ipar duai, sahabat baik, ibu dan bapa mertua, ayah aku dan terutama sekali kepada suami aku yang banyak menyokong perjalanan hidup aku pada masa sekarang.... Maafkan aku sekali lagi... maklum je lah.. kita ni semua manusia biasa, walaupun kadang2 kita rasa kita dah jaga perlakuan sebaik mungkin, tapi mana la tahu kan....???

Tahun ini merupakan giliran balik ke Raub untuk meyambut raya pertama (kg aku ler tu...) penuh sanak sedara kat rumah mak aku (sekarang dah jadi rumah adik bongsu aku... hasil pembahagian rete pesaka la katakan...) Tapi camanapun kami adik beradik akan tetap berkumpul kat rumah arwah mak di kg Kuala Dong tu...

Rindu pada arwah mak tak dapat dibendung pada pagi raya tu.... mengalir airmata kami adik beradik semasa bersalaman pagi tu... Aku perasan, tapi semua cover ler... kang pelik pulak anak sedara nengok ngape la mak-mak diaorang tetiba je nangis pepagi raya tu...

Lepas bersalaman , rutin pagi raya ialah bergambor.... (seme orang pun gitu yek....?)

Dari kiri: Kak Tik, Kak Ngah, Kak De, Abg Teh, Aku, Kak Tam.
Duduk : Ayah dan Adik Noor

Atuk dan sebahagian daripada cucu-cucunya yang posing sakan...

Aku dan 9W2REJ bersama-sama saham-saham akhirat kami.... (harmonik ler tu) Dari kiri: Dyna, Hafzy, Hanin dan Razyn.

Tak lupa kami meraikan hari lahir kaum kerabat yang jatuh pada bulan September ni... sekali hidang, 4 kek daaaa....

Aktiviti wajib raya.. menziarahi dan membersihkan kubur bonda ...Tak lupa bacaan Yasin dan doa selamat untuk bonda tercinta.. Al Fatihah...



Semoga raya tahun ini memberi kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua.. Semoga kita semua masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan... InsyaAllah... Amin..

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan


Alhamdulillah... Kita sebagai hambaNya masih diberi ruang dan kesempatan untuk menyambut bulan paling mulia pada tahun ini... Masih diberi peluang oleh yang maha Esa memohon keampunan dariNya...

Dikesempatan yang ada ini penulis ingin memohon ribuan ampun dam maaf kepada semua yang mana kalau ada terkasar bahasa, terlanjur kata, terpukul kat mana-mana, terambil barang ke apa, termengumpat apa yang tak kena dan sebagainya... Maklum ajelah dunia radio ibarat satu keluarga yang besar yang mana bukan mudah ingin kita menjaga dan memuaskan kehendak semua pihak....

Semoga dengan permohonan maaf secara terbuka ini, makan dapatlah kiranya diri ini dimaafkan. Semoga kali ini penulis dapat menunaikan rukun islam yang ketiga ini dengan lebih tenang dan mendapat keberkatan dari sehari kesehari... Kalau boleh ramadhan kali ini dikutip dan dikumpul dengan sebanyak-banyak kebaikan dan pahala kerana belum pasti kita sempat dengan ramadan akan datang...

Cherio
73 88

Friday, August 7, 2009

Apa menariknya tarikh hari ini???

Keistimewaan 7 Ogos 2009
Emmm.... tentu rakan-rakan nak tahu apa menariknya tarikh hari ini....
Sebenarnya tarikh hari ini merupakan tarikh ulangtahun ayah aku... Tapi aku tak dapat meraikannya kerana aku berada jauh dengan beliau... Cukuplah dengan ucapan selamat ulang tahun yang telah aku ucapkan pepagi buta tadi dengan menelefon beliau nun jauh di Pahang tu...
"Selamat ulang tahun abah, terima kasih kerana dengan adanya abah, maka wujudlah aku di muka bumi ini... dan dapat merasai suka duka kehidupan dan dapat juga mengenali dunia radio amatur ni.. hehehe..."

Tapi.... apa yang lebih menarik, percaya tak rakan-rakan bahawa hari ini merupakan tarikh yang paling istimewa kerana ia tak akan berulang lagi sepanjang hidup rakan-rakan semua selama-lamanya...

Nak tahu kenapa???

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari ini)

Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat .

Masa akan menjadi : 12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

Fikir-fikirkan......

Friday, July 31, 2009

AKAL VS NAFSU

Salam Jumaat semua...
Eloklah jika pagi Jumaat ni saya 'refresh' diri saya dan rakan-rakan yang ingin membacanya...Sekadar ingin berkongsi maklumat yang kadang-kadang kita sebagai manusia ni alpa dan lupa tentang sesuatu yang boleh menjadikan kita sebagai insan kamil ( manusia sempurna )...

KISAH NAFSU YANG DEGIL

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!",
lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

Friday, July 24, 2009

Trip to Bandung

Salam semua..
Hari ni aku nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan semua bila, macam mana, kenapa dan hasilnya apabila hanya xyl-xyl "terlepas" ke Bandung untuk shopping... Aku tak mau cerita banyak , hanya gambar2 yang bakal menceritakan apa yang berlaku dan kesudahannya.....
Kepada XYM-XYM yang merestui perjalanan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih kerana kepercayaan anda semua dan ke'sproting'an melepaskan kami-kami aje ke Bandung. Bukan senang nak melepaskan xyl masing2 ke luar negara.... dan ditingallkan untuk beberapa hari.... hik hik hik
Sepanjang perjalanan dari mula menaiki kapal terbang di LCCT hingga kami selamat mendarat di bumi Malaysia, secara peribadi aku merasakan sungguh berpuashati dengan trip kali ini... bukan sahaja seronok window shopping dan bershopping, malah kami juga berasa selamat di bawah tunjuk ajar 9W2JSJ. Maklum je lah dia amat tahu selok belok di Bandung... ( macam balik kg je Bandung tu bagi dia... sebulan 2-3 kali pergi oooo)TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PADA 9W2JSJ... serta rakan-rakan yang turut menjayakan trip kali ini... 9W2AZQ, SWL Maya, SWL Lin, SWL Ros ( minah ni shopping sakan )
Apa lagi ... LAYANNNNNNNNNN....

14hb Julai 2009... semua para ibu berkumpul di LCCT dengan penuh semangat dan teruja... sempat bergambar sementara tunggu kepten kapal panaskan enjin...
Aku dan JSJ sempat bersarapan kat dalam kapal... tak sempat nak breakfast tadi.. terkejar-kejar... ingatkan sejam sebelum, kena check in... rupanya 2 jam sebelum.. nasib baik tak kena tinggal.. hihihi
Akhirnya... selamat landing di bumi Bandung...
Singgah kedai antena jap... pilih2 mana yang berkenan... sebenarnya tak pandai pun nak pilih... siap tepon REJ lagi... rupanya caj call, seminit RM5.00 ooo....
Jumpa tokey kedai yang mempunyai callign gak.... lama sembang ngan diaorang... suka sangat diaorang, kami borong sakan kat tempat dia... heheh pilih-pilih.. macam-macam ada.....
Jam 3 petang pergi makan kat restoren nasi padang... sedap jugak... penuh la meja kami dihidangkan lauk pauk...Jangan salah sangka, hanya lauk yang diusik akan di kira, kalau tak usik dia simpan balik hehehe...
Inilah pasar baru... penuh umat kat dalam ni....
Ha.... kan betul tu... maklum jelah kedai 7 tingkat... semua ada, murah-murah lak tu..
Antara telekung pelbagai citarasa dan corak... Telekung Kris Dayanti pun ada.... Cantik sangat, tapi aku tak beli... AZQ beli... nak tengok sample cq dia hehehe
Maya dan JSJ dah penat shopping... tengah tunggu rakan-rakan lain membeli.. Tu baru hari pertama sampai tu, tak check in hotel lagi tu....
Inilah hotel di mana kami menginap... best hotel ni.. agak2 macam taraf 4/5 bintang la kalau kat Malaysia...
Inilah bilik kami menginap 6 orang.. kongsi ramai-ramai... katil besar tu...bapak king punya size...
Tu diaa... baru check in hotel dah macam ni punya banyak barangnya... belum shopping full time hari esok lagi tu...
Ini nama restoran tempat kami makan malam..The Valley... Paling tinggi di Bandung, boleh tengok permandangan Bandung waktu malam dari punck restoran ni..
Lin tengah pilih menu yang sesuai dengan anak tekak... hehehe... malam tu menu dia dengan JSJ paling banyak hidangannya.. satu talam diaorang punya makanan... heheh
Tu dia.. Maya punya oder dah sampai...siap ada payung lagi dalam pinggan emmm... boleh habis ke tu???
15hb Julai 2009, setelah penat shopping sakan pagi tu, inilah tempat makan kami yang tak kurang bestnya... sehingga menjilat jari...
Antara cara persembahan makanan yang menarik di restoran ni.. tu yg buat kita orang main tunjuk je tu....semuanya menyelerakan..
Kaum wanita sedang membincangkan berapa jenis lauk nak oder ni.... JSJ sedang arahkan untuk panaskan lauk yg kami nak makan... ooo ada servis panaskan lauk juga di sini rupanya....
"Adoi... mana nak cekup duit ni... diaorang ni oder macam tak makan sebulan..."kata JSJ dalam hati.. hehehe sekadar ilusi penulis
Errkkk..Alhamdulillah selamat mencekik selepas puas bershopping pada hari ke-2 di Bandung. Kami makan tengahari merangkap malam.. shopping punya pasal...
Last minute shopping ... nak jugak singgah, beli jajan
Banyak pilihan makanan di sini, aku sempat beli kacang bandung yang sedap tu....
Tu dia barang kitaorang.. tu baru satu trip tu... nak hantar ke lobi je tu... heheh tu la penangannya kalau kaum pompuan bershopping...
Sempat bergambo di perkarangan hotel... saje la buat kenangan
16hb Julai 2009, melangkah pulang ke Malaysia... tak sabo nak jumpa REJ n anak-anak.. Lain kali aku mesti datang lagi... Masa tu ngan REJ ler pulak.. hehehe

sekian sahaja untuk paparan kali ini.... Sebenarnya sebanyak 300++ keping gambar aku ambik... tak larat nak upload semua... cukuplah sekadar yg berpatutan aje...

73 88

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...