Wednesday, November 21, 2012

Birthday present...

Emm saja nak kongsi barang apa aku beri pada hubby sempena birthday dia tahun ni.. Al maklum je lah... dia jauh nun di Kluang... So aku fikir baik buat suprise kat dia kali ni...

Pagi tu ucap birthday kat whatsapp je la... Ye la kan.. bukan macam tahun-tahun sudah , boleh juga salam cium tangan sempena birthday dia... Kali ni aku nak cium apa?? Cium henpon??? Oh tidak.. macam tak betul je kalau aku buat cenggitu...

So hari Ahad aku ajak Azmah ke IOI Mall.... sebenarnya tak tahu nak beli apa lagi.... Sama ada wallet atau pen... Tapi tahu-tahu je lah kan dengan anak-anak 4 orang tu lagi mengikut sama... so nak buat pilihan betul-betul tu macam tak berpeluang je...

So aku masuk Jusco... Tengok bahagian wallet sebab aku tgk wallet hubby macam dah lusuh... Pilih punya pilih adalah yang berkenan tapi ianya set dengan belt... Emm belt aku dah beli kat Singapore hari tu... Tak pe lah kan.. bukan basi belt tu pun kalau simpan lama-lama.. hahaha

Salesgirl dah bukak bil... pas tu mata tertinjau pada beg kecil pula... emmm.. macam menarik juga kalau buat hadiah ni.. boleh juga dia isi barang yang kecil-kecil atau bawa pegi kuliah sepanjang dia di IKWAS. Apa lagi setelah pilih-pilih aku tangkap la satu.....

Tu dia...


 Ini lah barang-barag yang dah sampai ke tangan hubby tepat bertarikh 20 November 2012 di IKWAS... Aku pos hari Isnin, Selasa dah sampai... Sib baik perkhidmatan Pos Malaysia dah cekap... hihi terima kasih Pos Malaysia!!

 Beg Alain Delon... kaler hitam... sebenarnya aku berkenan sangat beg ni.. rasa macam macho je kalau hubby bawak beg ni gi kuliah... hehehe
 Kad ucapan.. Kad ni dah beli awal-awal lagi... Ada sesuatu yang aku tulis dalam kad ni.. tak boleh display sini.. biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan dia....

Set Tali pinggang dan wallet untuk yang tersayang...
Semoga hubby menerimanya dengan senang hati.... Hubby ada whatsapp aku, katanya dia suka sangat dengan hadih yang dia dapat... suprise katanya...

Tapi yang tak suprisenya Dyna dah bagi hint yang hubby akan dapat sesuatu dari aku...
Cisss..... ni yang menyampah ni....Tak leh simpan rahsia sungguh.....

Apa pun...semua barang selamat sampai dan hubby gembira menerima hadiah dariku...
Alhamdulillah

Tuesday, November 20, 2012

Happy Birthday My lovely Hubby.. 20 November 2012


Here...

From the bottom of my heart...




On your Birthday, there are so many people who are thinking about you. But none of them can love you the way I do! Wishing you all the best today and throughout the coming year!




You are my No 1! I am so thankful for everything you have been in my life. May your Birthday shines with all of the colors you dream of!



As we travel the way of life, my love for you grows stronger every day. May your Birthday shimmer with all of the colors you dream of!



I love you because of what you do for me:
You encourage me when I'm down,
You make me feel good about myself,
You make me laugh,
You show me your love in so many ways.
Happy Birthday, my truly love and my charming hubby!





Monday, November 19, 2012

Happy our 13th Anniversary... 14 November 2012

Untuk suami tersayang... Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 13 tahun.... Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang hinggap ke dalam rumahtangga kita, namun aku berbangga kerana kau dapat mengatasinya mengikut akal fikiran yang waras dan bijaksana....

Terima kasih kerana menjaga aku dengan baik dan sentiasa menyayangi diri ini seadanya...

Semoga ikatan perkahwinan kita semakin utuh dan kukuh dalam melayari bahtera ini dihari-hari mendatang bersama anak-anak tersayang...

Ketahuilah.. kasih sayangku tidak dapat dihitung dan betapa aku mencintaimu seluruh hidupku...
Semoga Jannatul Firdaus menjadi tempat kita berdua di sana kelak.. Aamiinn....


Suprise dari suami tersayang... jeng..jeng..jeng...



 Sebuah handbag Carlo Rino... Alhamdulillah.... Bukan nilai yang aku kisahkan tapi keikhlasan dari mu dalam menambat hatiku......


Terima kasih suamiku...

Trip 2D1N to Singapore.. will come back

3 dan 4 November 2012 . Satu perjalanan yang menyeronokkan dan mendebarkan... Rombongan sekolah yang aku joint ni rasanya rombongan terakhir bersama cikgu-cikgu SMK Alam Megah 2 sebab aku dah tak bertugas kat sana lagi... Tapi seronok juga dapat jumpa semula murid-murid aku setelah 5 bulan meninggalkan mereka....

Trip kali ni adalah atas usaha keras Cikgu Salina (Ketua Guru KRK)... Bayaran yang dikenakan agak murah iaitu RM308 untuk satu kepala.... (cittt baru teringat macek tak bayar lagi dia kat aku...)

Apa yang mendebarkan pula ialah aku pergi tanpa surat kebenaran KSN... emmm bukan apa... aku tak sempat nak jumpa KSN untuk minta pelepasan ke luar negara kali ni.... huhuhu.. sebab sebelum ni aku under SMK Alam Megah 2... dah isi borang ke luar negara pun... tup2 aku pindah tempat kerja... sampai aku lupa nak apply surat tu.... sedar-sedar dah nak pergi trip... emmm (korang terima la alasan aku ni dengan hati terbuka ye.. ;)

Meh layan .........

MPC merupakan tenmpat penginapan kami, singkatan untuk Malaysia Productiviti Corporation yang terletak di Bandar Baru Uda JB. Kira tido di JB... jenjalan ke Singapura... Jimat sikit kan????

3 November 2012 -Tempat pertama yang dilawati ialah Masjid Sultan... sambil melawat sambil buat jamak qasar... Masa kami sampai ramai pelawat yang meninjau-ninjau masjid ni.. Katanya masjid ni sering dikunjungi oleh orang bukan islam.. Kelainan yang ada di sini berbanding di malaysia, orang bukan Islam yang memasuki masjid hanya perlu pakai baju ala-ala jubah tanpa perlu menutup kepala.... emmmm

haha... saje wat gaya lain sikit... asyik tegak macam tiang letrik je kan???? Ni kat Pusat Kesenian Melayu.... Tak masuk dalam pun... bergambar kat signboard dia jer.. sebab bas dah nak jalan.... 

 

Ini tempat yang paling suka dikunjungi oleh pelawat-pelawat... Bukan apa.. hanya inilah satu-satunya lambang yang menunjukkan kita sampai ke Singapura... Punya la ramai manusia waktu ni.. Hujan pun renyai-renyai.. tapi nak ambik gambor buat kenangan punya pasal.. bukan takat lautan api sanggup kurenangi...hujan renyai-renyai pun sanggup kutempuhi... heh heh heh

Aiseh... lupa nak citer... aku pergi dengan Dyna dan Macek... asalnya nak ajak hubby tapi dia dah start kursus di IKWAS... tak pelah kan.. nak wat camana, tak de rezeki kali ni... tapi dengar khabar salah satu modul dalam kursus dia, diaorang akan ke Singapura juga nanti....
Ni gambo kami bertiga berlatar belakangkan patung singa berbadan ikan duyung sedang muntah air..... La.. itu ceritanya... hehehe
Kat Chinatown... (pegi mana-mana negara mesti wujud Chinatown nih....) Barang murah-murah untuk shopping... Aku borong tshirt dan fridge magnetic jer....

Oppss.... terlepas gambar ni kat bawah yer... camana boleh jadi camtu... heheh sebenarnya aku malas dah nak ubah-ubah gambar ni lepas aku download kat blog nih.... Amacam... Cantik tak???? Bangunana kat belakang aku tuh??? huhuhu

Berlatar belakangkan hotel baru di Singapura... yang melintang tu dibuat bentuk kapal selam.. (aku agak jer)  Tapi ni kira hotel mewah la... sebab pelik rekabentuknya dan sangat berisiko kepada pengunjung ... huhu

Bergambor je tu... tak beli pun...

Dalam pada bershopping tu.. bila nak susun duit semula dalam purst, tengok-tengok semua nilai kertas ada... apa lagi snap la.. buat kenangan.. sebab aku percaya 10 tahun akan datang, duit singapore dah bertukar corak dan sistem keselamatannya...

 

4 November 2012 -
Hari kedua dan terakhir sebelum bertolak balik.. Kami sampai jam 11 pagi dan keluar dari situ lebih kurang jam 7 petang... huhuhu lama kan??? Nak tahu kenapa lama sangat??? Nanti aku citer lagi kat bawah....

 

Dyna dengan tiket masuk ke USS... Excited sungguh nak pergi tempat Transformer dan Shrek... huhu


Berbaris sebelum dapat menrasai sensasi 4D transformer.... Berbaris saja dah 45 minit... hahah buang masa betul... tapi nak wat camana memang ramai betul pengunjung nak merasai detik-detik 4D transformer ni.... termasuk la kami bertiga... heheh
Tapi memang best.... aku bagi 4/5 bintang untuk transformer ni... Ndak-ndak bila kapal robot yang kami naik jatuh menjunam... seriau sungguh.... sampai aku pejam mata kejap.... saspen giler...




Naik cawan yang pusing-pusing tu lepas transformer... ceh... tak mencabar langsung !!! Tapi layan kehendak Dyna punya pasal... sebab dia nak naik roller coaster, aku cakap aku tak joint sbb atas dasar keselamatan aku.. Dia merajuk... Nak pujuk punya pasal... cawan pusing-pusing ni yang kami naik.. apa daaaaa....

 

Bergambo kejap.. sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi movie yang lain...

 

Sampai dah... The Mummy.. Kat sini memang seram giler bila naik roller coaster dia... separuh perjalanan kami di atas roller coaster tu aku pejam kata... hahaha aci tak??? Dyna pula dari awal sampai akhir tutup mata.... Macek siap gelakkan dia tak abis-abis... Aku tutup mata bukan apa... tak baik untuk kesihatan aku masa ni... hehehe 

Hahaha... yang ni bergambar curi-curi... rasanya boleh je nak bergambar tapi tak de orang buat.. kami je.. plan-pelan datang kat patung tu... then macek snap gambar aku... camtu juga time macek ... konon-konon datang tengok-tengok souvenir... tapi sebenarnya nak tangkap gambar... Cepat-cepat je.. pas tu kami kluar gelak-gelak... orang lain tak kisah pun... kami je yang cuak...


Ceh... penat ambik gambar curik-curik... rupanya ada punya la besar signboadrd untuk tangkap gambo kat luar tu... hampeh... hehehehe

Destinasi seterusnya Jurassic Park... Kat sini kenangan kami sekapal dengan budak-budak Indonesia la.. kami dah pakai rain coat... diaorang tak pakai.. apa lagi siap kena mandi la diaorang... sape suruh kedekut duit nak beli raincoat.. $3.00 jer...

 

 Next... Masuk ke istana Far Far Away... Cantikkan istana tu??? Model bertiga yang kat depan tu paun apa kurangnya... Cuma aku tak paham kenapa model sorang tu garu ketiak??? Ahaksss....

Gambar Fiona tak de... bergambar dengan mak ayah Fiona pun jadi lah... Tapi lukisan ni sangat cantik.... Really....

 

 Tayangan Shrek ni kena pakai cermin mata 3D... berkonsepkan bersantai dalam panggung wayang, layan cerita shrek nak selamatkan Fiona, sambil terkena percikan air liur donkey yang terbersin... labah-labah yang terlepas dan percikan ubat gigi dari karector biskut tu.. aku lupa nama watak dia apa da...... so far oklah.... 

 

Lupa nak citer... petang tu lebih kurang jam 4.00 petang hujan lebat.... tak dapat tengok teater waterworld... so kami jamak solat jer.. pas tu rasa lapar la pulak... apa lagi kami oder nasik beriani dan roti prata. Dyna cam biasa nak chicken wing.... Air aku oder teh tarik dan milo.. sape lagi punya milo ais tu kalau bukan Dyna... Alhamdulillah.. sedap jugak la.. atau pun kami lapar sangat kot... hujan.. sejukkk....


Last destinasi... Madagascar... Yang ni tak best sangat... sekadar nak memenuhi aktiviti sebelum balik je.. walaupun masa tinggal 15 minit sebelum berkumpul jam 6 petang... heheh sempat lagi tu...

Nak balik dah....

 

Ada la sikit buah tangan untuk yang tersayang.... Penatnya berjalan seharian... tapi enjoy...

Sempat bergambar sebelum semua berkumpul...... Bye Singapore.. nak balik dah... Nanti nak datang lagi dengan family aku pulak... huhu

Antara buah tangan yang sempat dibeli di USS...

Mel excited sekali dapat beg princess warna pink.. dia memenag obses dengan kaler merah jambu.... Gambar ni diambil sebab dia paksa aku ambil gambar beg dan pen dia tu... Huhu... tak pe lah kan.. Demi anak-anak....

Bicara Eksekutif bersama Tun Dr M

..

Bertarikh 24 Oktober 2012, aku bersama-sama 2 lagi pegawai iaitu Masyitah dan Kak Warda telah diarahkan   diberi peluang untuk menghadiri satu bicara Eksekutif bersama Tun Dr M... Siapa tak kenal Tun... Beliau adalah idola aku dalam bidang pengurusan dan sebagai decision maker... Aku sangat salute dengan keberanian dan keyakinan beliau dalam mentadbir negara...

Memang aku dah lama bercita-cita nak mendengar beliau berucap atau apa sahaja secara live...

Akhirnya... Setelah aku bertukar tempat kerja... peluang itu datang jua.... Gumbira..gumbira....


Apa yang aku nak kongsi di sini ialah pesan Tun yang aku ingat sampai sekarang...

1. Baca buku bahasa inggeris untuk belajar bahasa inggeris.... bukan belajar grammer satu persatu... Dengan membaca buku bahasa inggeris ia dapat menambah vocabulary kita dan secara tak langsung kita dapat belajar grammer yang betul dan tidak akan teragak-agak untuk bertutur dalam bahasa inggeris kelak...

2. Baca buku sebanyak mungkin... Dan aku sangat faham... banyak membaca di sini bukanlah novel-novel cinta ye... baca buku ilmiah... Ia dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain dan dapat memberi idea yang mencurah-curah apabila berhadapan dengan orang ramai nanti....

3. Baca sejarah... bukan sahaja sejarah Malaysia.. tetapi sejarah dunia... emmmm yang ni aku lomah sikit... huhu

Kesimpulan yang aku dapat... Untuk berjaya dalam hidup satu perkara ini harus di capai dengan semaksima mungkin iaitu ILMU.... tak kira ilmu dunia atau akhirat... tapi kalau dapat menguasai ilmu akhirat... lagi la bagus.... tak de la nanti bila dah berjaya..dah jadi orang terkanal... akan keluar statement " malaikat tu pun mempunyai dosa.." hehehehe...

Moga Jadi Anak Solehah....

Ini si kecik aku (buat masa sekarang la kan...) Hanin Rayhana.... Budaknya comel.. periang..pandai berkata-kata... Fikiran lebih matang... dan yang paling best.. dia dikurniakan kuasa memujuk yang amat power...

Hampir setiap kali keluar dengannya.. ada sahaja mainan yang akan dirayunya kepada aku dan hubby untuk dimilikinya... Apa yang peliknya aku dan hubby akan menuruti...

Keadaan ini berbeza dengan keadan kakak dan abangnya... Aku jarang sangat membelikan mereka mainan... Boleh dikatakan dalam rumah aku tak ada stok mainan pun (selain daripada alasan tiap kali beli mainan ianya rosak = aku buang jer...)

Apa yang aku nak kongsi di sini bukanlah untuk membanggakan diri... cuma sebahagian dari cara aku mendidik anak-anak sedari kecil....

Sebab aku merasa sangat kasihan kepada remaja yang sudah akil baligh zaman kini. Mereka tidak pandai membaca al Quran.. Bukan itu sahaja.. Mereka malas untuk mendalami ilmu al Quran...

walaupun ini boleh dikatakan sekadar gambar hiasan... tetapi aku bangga aku boleh mendidik anak aku ke arah jalan yang diredhoi Allah.. Moga usaha aku dan ibu-ibu di luar sana mendapat keberkatan dan keampunan dalam mendidik anak masing-masing... Aamiinn.....

Sekadar gambar untuk renungan aku dan anak-anak aku sahaja suatu hari nanti.....

Gaya & kesungguhan yang ditunjukkan oleh Hanin... Tengok la ayat yang dia baca tu.... Huhu



Yang ni aku paling tah tahan.... Dia siap paksa aku sebut dulu bagi ayat yang ditunjukkannya tu... kemudian dia akan ikut bacaaan aku....

Sebenarnya Hanin bukanlah pandai baca sampai Iqra' 5 lagi.... tapi kesungguhannya tu sangat membahagiakan aku.....Moga jadi anak solehah ya comel mama.... Banggakan Mama dalam menuju jalan Allah suatu hari nanti...

Majlis Ihtifal SRA dan KAFA 2012

Bertarikh 25 September 2012, Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan satu majlis ihtifal (majlis pertandingan) antara sekolah dan zon di bawah jajahan takluk JAWI sepenuhnya.. Majlis ini mempertandingkan 9 aturcara yang mencari murid atau zon mana yang paling berkelayakan untuk dibawa ke Majlis Ihtifal peringkat Kebangsan yang akan di adakan di Melaka kelak...

Aku selaku pegawai dari JAWI telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus di bahagian pengurusan persembahan dan teknikal.... Nak kata susah tak la jugak.. sebab walaupun aku tak pernah urus bahagian macam ni.. tapi ia satu cabaran bagi aku untuk menguji kredibiliti aku sebagai pegawai yang berkaki lebar... hahah

Di samping itu aku juga di lantik menjadi hakim bagi pertandingan bercerita... Seronok tgk budak-budak yang talented ni di ketengahkan.. terkenang kat anak sendiri masa aku menghakimi anak orang lain... Beranikah mereka bercakap di hadapan khalayak sambil membuat pelbagai gaya dan aksi?? Entahlah.. Moga ada yang menyerlah suatu hari nanti.... Emo kejap... hhu

Udah la.. Meh layan gambo....



Aku dan Kak Asiah selaku hakim bersama semua peserta yang mangambil bahagian dalam pertandingan bercerita ini.. Murid yang pakai tudung ala Najwa Latif (kaler merah dan biru) tu yang menang.. Badan kecik je... tapi very talented.. masa tgk budak ni bercerita.. aku teringat kat Shasha... Budak Shasha Mardiha tu pun apa kurangnya.. Bukan takat bercerita... mengelentong pun pandai.... keh keh keh


Majlis Perasmian bermula... Dirasmikan oleh Tim Pengarah Operasi JAWI,  Tn Hj Omar bin Said bagi mewakili Datuk yang tak dapat hadir.... Siap menandatangani mocha ( betul ke perkataan aku tulis ni???) Buku Panduan Guru dan Pampelet Bahagian Pelajaran JAWI lagi...



Ini anak pak ambong... Sepupu aku... Menang tempat pertama pertandingan syarahan bahasa Melayu... Naiman.. Hebat-hebat belaka keturunan Abdul Jabar nih... hahaha


OK... yang ni jangan jeles... Aku dapat saguhati sebab jagi hakim.... Cantik sangat.. I love it.... Tapi simpan kat umah jer... letak kat pejabat pun almari perhiasan aku tak beli lagi nak letak dalam bilik aku ni... keh keh keh



Dan ini pengakhiran cerita aku untuk kisah kali ini.... Sampai sekarang aku simpan duit ni.. bukan apa... excited dapat duit seratus yang baru.. sebab masa raya dulu tak dapat tukar... bank dah kehabisan stok.. Tak tahu la sampai bila bertahannya duit ni nanti.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...