Friday, July 31, 2009

AKAL VS NAFSU

Salam Jumaat semua...
Eloklah jika pagi Jumaat ni saya 'refresh' diri saya dan rakan-rakan yang ingin membacanya...Sekadar ingin berkongsi maklumat yang kadang-kadang kita sebagai manusia ni alpa dan lupa tentang sesuatu yang boleh menjadikan kita sebagai insan kamil ( manusia sempurna )...

KISAH NAFSU YANG DEGIL

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal berbaliklah engkau!",
lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :
"Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN" WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

WALLAHUALAM

Friday, July 24, 2009

Trip to Bandung

Salam semua..
Hari ni aku nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan semua bila, macam mana, kenapa dan hasilnya apabila hanya xyl-xyl "terlepas" ke Bandung untuk shopping... Aku tak mau cerita banyak , hanya gambar2 yang bakal menceritakan apa yang berlaku dan kesudahannya.....
Kepada XYM-XYM yang merestui perjalanan kami, kami ucapkan ribuan terima kasih kerana kepercayaan anda semua dan ke'sproting'an melepaskan kami-kami aje ke Bandung. Bukan senang nak melepaskan xyl masing2 ke luar negara.... dan ditingallkan untuk beberapa hari.... hik hik hik
Sepanjang perjalanan dari mula menaiki kapal terbang di LCCT hingga kami selamat mendarat di bumi Malaysia, secara peribadi aku merasakan sungguh berpuashati dengan trip kali ini... bukan sahaja seronok window shopping dan bershopping, malah kami juga berasa selamat di bawah tunjuk ajar 9W2JSJ. Maklum je lah dia amat tahu selok belok di Bandung... ( macam balik kg je Bandung tu bagi dia... sebulan 2-3 kali pergi oooo)TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PADA 9W2JSJ... serta rakan-rakan yang turut menjayakan trip kali ini... 9W2AZQ, SWL Maya, SWL Lin, SWL Ros ( minah ni shopping sakan )
Apa lagi ... LAYANNNNNNNNNN....

14hb Julai 2009... semua para ibu berkumpul di LCCT dengan penuh semangat dan teruja... sempat bergambar sementara tunggu kepten kapal panaskan enjin...
Aku dan JSJ sempat bersarapan kat dalam kapal... tak sempat nak breakfast tadi.. terkejar-kejar... ingatkan sejam sebelum, kena check in... rupanya 2 jam sebelum.. nasib baik tak kena tinggal.. hihihi
Akhirnya... selamat landing di bumi Bandung...
Singgah kedai antena jap... pilih2 mana yang berkenan... sebenarnya tak pandai pun nak pilih... siap tepon REJ lagi... rupanya caj call, seminit RM5.00 ooo....
Jumpa tokey kedai yang mempunyai callign gak.... lama sembang ngan diaorang... suka sangat diaorang, kami borong sakan kat tempat dia... heheh pilih-pilih.. macam-macam ada.....
Jam 3 petang pergi makan kat restoren nasi padang... sedap jugak... penuh la meja kami dihidangkan lauk pauk...Jangan salah sangka, hanya lauk yang diusik akan di kira, kalau tak usik dia simpan balik hehehe...
Inilah pasar baru... penuh umat kat dalam ni....
Ha.... kan betul tu... maklum jelah kedai 7 tingkat... semua ada, murah-murah lak tu..
Antara telekung pelbagai citarasa dan corak... Telekung Kris Dayanti pun ada.... Cantik sangat, tapi aku tak beli... AZQ beli... nak tengok sample cq dia hehehe
Maya dan JSJ dah penat shopping... tengah tunggu rakan-rakan lain membeli.. Tu baru hari pertama sampai tu, tak check in hotel lagi tu....
Inilah hotel di mana kami menginap... best hotel ni.. agak2 macam taraf 4/5 bintang la kalau kat Malaysia...
Inilah bilik kami menginap 6 orang.. kongsi ramai-ramai... katil besar tu...bapak king punya size...
Tu diaa... baru check in hotel dah macam ni punya banyak barangnya... belum shopping full time hari esok lagi tu...
Ini nama restoran tempat kami makan malam..The Valley... Paling tinggi di Bandung, boleh tengok permandangan Bandung waktu malam dari punck restoran ni..
Lin tengah pilih menu yang sesuai dengan anak tekak... hehehe... malam tu menu dia dengan JSJ paling banyak hidangannya.. satu talam diaorang punya makanan... heheh
Tu dia.. Maya punya oder dah sampai...siap ada payung lagi dalam pinggan emmm... boleh habis ke tu???
15hb Julai 2009, setelah penat shopping sakan pagi tu, inilah tempat makan kami yang tak kurang bestnya... sehingga menjilat jari...
Antara cara persembahan makanan yang menarik di restoran ni.. tu yg buat kita orang main tunjuk je tu....semuanya menyelerakan..
Kaum wanita sedang membincangkan berapa jenis lauk nak oder ni.... JSJ sedang arahkan untuk panaskan lauk yg kami nak makan... ooo ada servis panaskan lauk juga di sini rupanya....
"Adoi... mana nak cekup duit ni... diaorang ni oder macam tak makan sebulan..."kata JSJ dalam hati.. hehehe sekadar ilusi penulis
Errkkk..Alhamdulillah selamat mencekik selepas puas bershopping pada hari ke-2 di Bandung. Kami makan tengahari merangkap malam.. shopping punya pasal...
Last minute shopping ... nak jugak singgah, beli jajan
Banyak pilihan makanan di sini, aku sempat beli kacang bandung yang sedap tu....
Tu dia barang kitaorang.. tu baru satu trip tu... nak hantar ke lobi je tu... heheh tu la penangannya kalau kaum pompuan bershopping...
Sempat bergambo di perkarangan hotel... saje la buat kenangan
16hb Julai 2009, melangkah pulang ke Malaysia... tak sabo nak jumpa REJ n anak-anak.. Lain kali aku mesti datang lagi... Masa tu ngan REJ ler pulak.. hehehe

sekian sahaja untuk paparan kali ini.... Sebenarnya sebanyak 300++ keping gambar aku ambik... tak larat nak upload semua... cukuplah sekadar yg berpatutan aje...

73 88

Tuesday, July 7, 2009

RAE revision class

Emmm.... nak kata berita dah lapuk, result tak kluar lagi... heheh kira berita hangat jugak ler...
Baru tak baru jugak le, 20hb June 2009, KRAMAT ada mengadakan kelas ulangkaji RAE di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, bagi rakan-rakan SWL yang nak mengambil peperiksaan yang baru lepas ni... Ramai gak yang datang lebih kurang 20 orang SWAL dan ditemani oleh rakan-rakan 9W yang sentiasa menyokong harapan rakan-rakan SWAL yang nak dapat 9W ni..
Didoakan semoga anda semua lulus dan boleh memancar di jalur panjang nanti, Insya Allah... Malas nak cerita panjang... korang tengok gambar-gambar aje lah yek....

Dengar betul-betul..." korang jangan susah hati, jawapan semua MCMC dah bagi... pilih je... kan mudah tu???" heheheh

9W2SMF sedang memberi kata-kata perangsang... sampai jam 1 pagi tu... semua pakat tak mahu balik... " kami nak lagi ..kami nak lagi..." itulah luahan rakan-rakan SWAL hehehe

9W2NUR tengah menurunkan petua-petua nak pass exam ni... syyy...dengar kata sape nak tahu petua ni, kena bagi ayam golek kat dia.. heheh jangan mare ye norman..

SWAL Maya sempat open table oooo... beli jangan tak beli

Tu dia eh... rakan-rakan sedang khusyuk mendengar kata-kata tok guru... 9W2SMF..

9W2REJ sedang memberi kata dua kepada rakan-rakan baru... " Kalau soalan yang kita spot ni tak kluar...korang kluar ye...."

Semoga semua berjaya dengan cemerlang... heheh macam exam SPM la pulak... keh keh keh.. Good Luck!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...