Tuesday, November 30, 2010

Senarai buku teks untuk tahun 4

Huhu... rajin bebenor aku hari ni....
Untuk satu hari je.. dalam 5 entry aku masukkan sekali gus....
Ye la kan... walaupun cerita dah lama... tapi aku masukkan juga...
Semuanyanya disebabkan kerajinan di tahap melampau dan kesempatan masa yang ada...

Oklah ini entry yang last untuk hari ni
Senarai buku teks yang Hadyna dapat untuk proses pembelajaran tahun 2011


Untuk apa aku masukkan entry ni...?????

Entah lah.... supaya aku boleh refer balik kot... hujung tahun 2011 untuk nengok balik buku apa yang ada dan tak ada.... huhuhu

Hadyna & her English class programme

Ini program Spoken English yang di hadiri oleh Kakak @ Hadyna... Ianya di buat di Masjid Bandar Bukit Puchong dari 22 - 26 Nov 2010

Walaupun program ni hanya 5 hari, tetapi sekurang-kurangnya adalah perubahan yang aku nampak pada kakak....
Perkataan "absolutely", "my pleasure", "you are the best" dan beberapa perkataan lagi telah di praktiskan dalam kehidupan seharian dia sekarang....

Program ni lebih kepada membawa keyakinan kepada seseorang individu untuk bercakap dalam bahasa inggeris n memahami beberapa arahan dalam bahasa inggeris dan bagaimana nak menjawabnya dengan tepat...
So, ini adalah salah satu arahan yang perlu mereka buat dalan group yang telah dibentuk....
Dan ini adalah hasil yang group kakak dah buat... Dan di hari akhir program, group dia terpilih untuk menceritakan serba sedikit keistimewaan masjid yang mereka ilhamkan.... Tiang yang warna merah hitam tu adalah lift rupanya....
Dan mereka telah memilih untuk membina masjid berkonsepkan "Cup Cake"... huhu biasalah bebudakkan......

Tapi tu la kan... kalau dapat di realisasikan konsep ni... mesti jadi one of the unique mosque in the world......


Sekian..., Ikhlaskan diri selalu.....

Sepetang di KMS

7 Nov 2010.... Tarikh yang sama aku masak tempoyak patin ... huhu

Petang tu, aku diminta oleh anak sedara aku agar mengambil dia di hentian Putrajaya sebab nak balik ke matriknya semula.... Dia dari Raub... dah habis semester break, so kena la bertapa semula kat matrik.. huhuSo, ini la tempat dia belajar.... Aku bawa semua anak-anak aku untuk mebangkitkan perasaan ingin belajar bersungguh-sungguh hingga menara gading.. (walaupun anak aku baru berusia 1 - 7 tahun...) huhu

Aku sampai kat sini dalam lebih kurang jam 6 petang..... Matahari pun dah nak beradu tu...
Tapi gambar ni aku ambil lebih kurang jam 7...masa aku dah nak balik ... dah nak maghrib pun....



Macam biasa... aku mesti amek gambar buat kenang-kenangan... Dan signboard tu pula nama asrama di mana anak buah aku duduk... Katanya itu nasa salah satu plenet di anagkasaraya nun...Gambar anak buah aku tak de... dia kata dia malu nak bergambar kat asrama dia... ceh... malu kunun....

Kepada Izzat Fawwaz Hazmi.... Selamat belajar bersungguh-sungguh... Dan dapat berbakti pada mama dan abah kau nanti.....

Itu saje...

"Ikhlaskan diri selalu...."

Hanin dan Chiken pox....

15 Nov 2010 .... Dalam entry dulu aku ada cerita Abang Chik kena chiken pox kan...
Now giliran adik dia yang dumel ni pulak kena...
Cian tul.... budak bedumel mama sorang ni...

Tapi tu la kan... budak sorang ni, kuat betul semangatnya.... tengok la... walaupun mata dah bengkak kena chiken pox kat situ, tapi masih mampu tergelak dengan senang hati...

Emm... macam tu la ... kuat semangat... macam mamanya.. (ehem..ehem.. perah santan...)

So, dalam kes chiken pox ni, semua anak-anak aku dah kene belaka, dimulai dengan Hafzy, pas tu Razyn , kakak dan Hanin... Kira semua kena serentak lepas Hafzy kena hari tu... Kira-kira ubat klinik dapat dijimatkan, sebab sebotol tu boleh pakai untuk 3 orang sekali.. huhu

Yang bestnya, doktor bagi krim yang bagus hingga tak meninggalkan kesan parut langsung.. Krim ni kena isi kat muka dan bahagian yang selalu terdedah aje.. sebab... Untuk ubat sekecil jari kelingking itu aje harganya dalam RM25.00.... So berbaloi la kau ambik krim tu... langsung tak ada parut pada muka anak-anak aku...

Itu aje entry kali ni...

"Ikhlaskan diri selalu...."

Cerita Ikan patin tempoyak dan Ikan merah goreng rangup....

Semalam = 6hb Nov 2020 (sabtu) aku balik ke Kg Kerayong sebab nak tengok perkembangan proses pembinaan teratak kami yang dalam proses pembinaan tu...

Disebabkan cuti hanya 2 hari.. maka, 7hb Nov 2010 terpaksala balik ke Puchong semula.. Dalam perjalanan nak balik ke Puchong, kami singgah kat kedai orang jual ikan patin kat tepi jalan sepanjang sungai Temerloh tu... Maka dengan agak tak berapa tamaknya , kami hanya beli 2 ekor patin dan 3 ekor ikan merah.....




Sesampai kat Puchong, aku terus 'sinsing'* lengan baju.. basuh ikan dam mulakan proses memasak yang menjadi kesukaan kami sekeluarga nih....

Maka ini lah hasilnya... Ikan merah goreng garam kunyit yang rangup.... (sori.. gambar tak berapa menarik... tak de perhiasan daun-daun kat tepi ikan tuh...)


* = melipat lengan baju hingga ke paras siku..


Masih dalam proses memekatkan kuah tempoyak.... Tak sabarnya nak sudahkan masakan ni....

Dan ikan patin masak tempoyak.... Pergh...!!! Sedapnya... Nampak tak petai kat atas ikan tuh... huhu pelengkap masakan tu....

Abang Chik paling gemar masakan ni... tak habis-habis memuji...

Alhamdulillah... Tak sia-sia mama masak untuk keluarga tercinta.....

Dan part yang paling menarik... aku terpaksa masak 2 hari berturut-turut masakan ni, sebab demand yang terlalu tinggi dari anak-anak aku... huhu


Sekian... sehingga itu.. "Ikhlaskan diri anda selalu...."

Projek baru... jeng jeng jeng



Inilah projek terbaru aku dan family aku.... Ianya bermula penghujung Oktober kalau tak salah aku dalam 28 oktober 2010

Pembinaan teratak ni adalah berdekatan dengan rumah mak mertua aku, bersebelahan dengan kakak ipar (belah kanan) dan abang ipar aku pun (belah kiri)... dekat je.. Senang nak menziarah nanti.... huhuhu

Sebenarnya pembinaan teratak kecil ni adalah sebagai aset untuk masa depan kami... tapi buat masa ni, aku bagi la kepada sesiapa yang berkenaan untuk mendiaminya.... sebab aku masih duk kat Puchong Selangor nun....


Dan sebenarnya juga, orang yang paling layak duk sini adalah ibu dan bapak mertua aku... Sebab semua urusan pembelian perkakasan dibuat oleh mereka... cuma ada kadang-kadang kata persetujuan mereka minta dari kami berdua untuk menetapkan beberapa perkara.

Hahaha... apa uang aku tulis nih.... hehehe tak pe lah

Itu baru peringkat permulaan...

Nanti kalau ada progress memberangsangkan untuk projek pembinaan ni aku update lagi....

Sehingga itu....

Ikhlaskan diri selalu....

Sunday, November 21, 2010

Happy Birthday my hubby..... 20 Nov 2010

Selamat menyambut hari keputeraan yang ke 36.... (la... muda lagi rupanya... hihi)
Semoga panjang umur , murah rezeki dan di panjangkan usia untuk suami yang tercinta... Kasih sayangku sentiasa bertambah dari hari ke hari.... Terima kasih juga kerana menjaga aku dan anak-anak dengan baik selama usia perkahwinan kita....

Tahun ini kami meraikannya di Melaka... sebenarnya tarikh tu sama dengan tarikh kawan kahwin kat Masjid Tanah Melaka.... So, alang-alang nak ke Melaka kami booking Garden City Hotel.... Tidur semalaman aje....

So layan je la gambar-gambar ni.....

20 Nov 2010.... Baru sampai kenduri kahwin member di Lorong Kadhi Hj Mahadi, Kg Air Limau, Melaka
Inilah kawan aku (masa sama blajar kat UNISZA dulu) .... Dah jadi bini orang ye Nad... hihihi
Errkk!!! Alhamdulillah.. dah selamat makan tengah hari kami.. huhu Sedap juga lauk-lauk kenduri nih.... siap dapat ais krim sorang satu tu yang tak tahan tuh... huhu
Jepun dan Hafzy.... sangat berselera makan di kenduri kahwin... siap dapat aiskrim sorang satu lagi... aku yang dewasa ni pun rembat sekali.. huhu

Malamnya, hari yang sama...

Ini dia, kedai makan sea food yang popular.. di Umbai... ada satu lagi di Umbai Baru.... Kat sini happening sikit... ada jual barang-barang cenderamata sekali... Hanin beli bantal, Jepun dan Hafzy memang dah pilih Ben10.. kakak beli walkman... huhu Bibik beli bakul 3 tingkat... nak letak bawang katanya... huhu
Aku dan hubby tengah pilih sea food sesuka hati.... Ala setahun sekali kan??kan?? kan??
Ini hasil pilihan sea food dan masakan yang kami pilih.... Sotong goreng tepung...... Paberet Jepun dan Hafzy....
Ikan kerapu bakar... ye ke kerapu??? Aku hentam jer.. hihi Tapi yang penting memang sempoi dia bakar tapi sedappppppppppp...
Hanin dengan aksi menyuapkan makanan... belakon je tu.. Pandai sangat kalau time nak suruh bergambo....
Ini dia birthday boy... walau pun birthdaay dia... tapi dia yang belanja kami sumer.... terima kasih hubby... Aku tak makan nasik pun... ratah lauk je malam tu... (diet la kununnya tu) best giler....
Ketam masak sweet sour.... Yang ni pun best sangat.... Ketam dia besar dan kuah dia pun rasa sesueiiiiiiiiii sangat dengan ketam tu.... (ayat tak reti nak describe masakan)
Udang goreng butter.... yang ni sampai dulu... Pergh....!!! Memang sedap sangat.. dia punya bahan-bahan gorangan udang tu yang sedap tuh... apa ye istilahnya... kalau pisang goreng tu kita panggil kerak dia... kalau udang goreng???
Hahaha.... saje je posing manje... uwekkk!!!
Hanin dengan bantal baru Upin dan Ipinnyaa.....



Keesokannyaa...21 Nov 2010 Nak balik dah... Pergi Dataran Pahlawan dulu... saja jalan-jalan sebelum meninggalkan badar Melaka...

Si kecik Hanin dengan rambut palsu sedang menunjukkan patung kanak-kanak yang menarik perhatiannya....
Kakak, Jepun dan Hafzy mengambil kesempatan bergambar di Dataran Pahlawan, Melaka..

Singgah kedai makan untuk makan tengah hari dalam kebun kelapa sawit nih...

Berlatar belakangkan pokok sawit.... Maklum je lah Asam pedas Sawit ni memang duk dalam kebun kelapa sawit... yang popular tu... Kalau tak silap aku on the way nak ke Masjid tanah jumpa la kedai makan ni...
Muka boring.... lambat benor la pulak nak sampai asam pedas kepala ikan nih....
Tu diaaaa... nasik kukus berbungkus daun pisang lagi... sangat menyelerakan....
Asam pedas kepala ikan jenak.... kalau nak suruh masak kari kepala ikan boleh gak.... tapi kami mintak asam pedas.... Itu pun sebelah kepala jer.... budak yang amek oder tu siap bagi tahu, besar bang kalau satu kepala... so, kita orang amek sebelah je la.. tu pun puas nak ngabihkannya.... huhu

Itu ajer cerita kali ini... ada masa aku update lagi yek.....

Thursday, November 4, 2010

Kenangan di Sabah... 2 dan 3 Oktober 2010

Hehehe... aku gelak dulu la... cerita dah lapuk.... dah sebulan lepas peristiwanya terjadi... baru sekarang berkesempatan nak post kat blog kesayangan aku nih.... Tak pe lah... title kat atas tu pun tulis perkataan 'kenangan'kan.... Kalau aku post cepat-cepat, tak jadi la 'kenangan'nya... hihi ayat bela diri tu

Tapi apa pun... Sabah memang best!! Dengan layanan yang istimewa dari 9w2waa... Thanks a lot.

Sebenarnya perjalanan aku ke Sabah ni bukan satu perjalanan yang dirancang sejak awal... Tetiba je rasa nak pergi jempat mak ngan ayah mentua aku yang dah hampir sebulan kat sana. kerana menemankan kak wa yang baru bertugas di perantauan.. Di sebabkan aku tak pernah sampai Sabah, maka aku mengambil langkah drastik dengan membeli tiket ke Sabah... Aku pergi dengan hubby aje... nak bawak anak-anak aku... emmm bengkok rasanya huhu

Tak pe lah anak-anak ku.... nanti bila korang dah besar, kumpul duit sendiri dan boleh la pergi Sabah... hihihi

Apa lagi layan jer la...
Hari Pertama
Tempat kedua kami tuju (selepas Pasar Filipina...) Kinabalu Park.... dengan kuasa kuda kereta wira, akhirnya kami sampai juga di kaki gunung Kinabalu tu..... dalam perjalanan pergi hujan lebat... saspen gak, takut sampai kat atas nanti hujan jugak. Tapi alhamdulillah.. kalau hujan lebat tak de la kami bergambo sakan macam kat atas nih... hihihi

Bergambar kat Kinabalu Park dah jadi kemestian..... dan dalam perjalanan nak turun tu singgah kat kedai jual sayur-sayuran... sayurnya segar dan udara kat situ nyaman betul... gambar gunung kat belakang tu , Gunung Kinabalu la... huhu cantik kan???
Huh... sampai sekarang aku masih teringatkan 'sayap' yang sedap ni..... Aku lupa nama kedai ni... tapi dekat bandar KK ler.... tepi laut.... Dia punya kuah cicah tu sedap bangett.... opp.. ngape cakap indon plak ni.. ahaksss...
Rumah sewa kak Wa... dan stesen keretapi kat pekan Beaufort... Dan tak lupa buat lawatan ke tempat kak Wa kerja.. mana lagi kalau tak kat PPD Beaufort.... Tak masuk dalam pun... tu yang aku ngan hubby bergambo kat luor je... paneh terik lak tu...

Hari kedua
Dalam perjalanan nak balik, dari Beaufort ke KK... sempat singgah tepi jalan tengok orang jual air tebu, soya dengan keropok-keropok serta ikan bilis (walaupun dah beli ikan bilis semalam) dan singgah pasar tamu Papar....

Aku tak de la beli apa sangat kat sabah ni... ye la kan.. kali pertama kena survey dulu... nak pergi kali kedua.. baru kira-kira ongkosnya.. huhu

Itu je la paparan kali ni... Walaupun banyak lagi kenangan bergambar yang aku ambil.. tapi dengan kuasa veto aku ni... aku mengisytiharkan yang aku dah malas nak upload gambo-gambo yang aku ambik.. heheheh...

Tak pe lah.. len kali aku akan rajin-rajinkan diri ku yang tak berapa dah nak rajin sekarang ni dek sebab tugasan yang berlambak di tempat kerja baru aku nih....

Sehingga itu....
"Ikhlaskan diri anda selalu.... "

Kisah Abang Chik , chicken pox dan telur separuh masak..

"Mama... abg chik dah boleh makan telur ke?" Tanya anak ketiga aku perlahan sambil membisikkan ke telinga aku...

Kesian la pulak aku rasa... Telur adalah antara makanan kesukaan dia .. selain mee dan makanan-makanan yang diperbuat dari tepung...

'Mat tepung' adalah gelaran yang aku dan hubby berikan kepada dia kerana dia memang tak suka makan nasi... Selama hampir 3 setengah tahun aku berusaha memberikan motivasi kepada dia bahawa nasi akan mengenyangkan untuk tempoh yang lebih lama.... Tapi nak buat camana... Mee juga pilihan hati dia... So aku turutkan kemahuan dia selagi tidak memudaratkan kesihatan dia....

Berbalik pada permintaan abg chik nak makan telur tadi...

Sebenarnya abg chik dah kena chicken pox dari malam khamis yang lepas... so sekarang dah hari khamis.. kira dah seminggu la dia kena... Aku pun dok terpikir-pikir dari mana la datangnya penyakit ni... Belum sempat aku cal sekolah dia, cikgu dia dah cal aku bagitahu yang sekolah dia cuti awal sehari sebab ramai budak dah kena chicken pox... ooo patut la... dari sekolah Smart Reader dia rupanya....

Nasib baik aku bawa ke klinik cepat... Dan aku rasa ubat dari klinik tu pun serasi dengan dia kot... Chicken pox dia tak banyak sangat yang naik ke badan... dan doktor ada bagi 2 krim yang berbeza... satu krim sapu biasa dan satu lagi krim yang tidak meninggalkan parut (kena isi kat muka dan tangan jer...)

So sekarang chicken pox abang chik dah beransur pulih... aku dah suruh dia mandi pun pagi tadi...

" Emmm... sedapnya rasa telur ni..." Luahnya sambil menikmati telur berkenaan dengan bersungguh-sungguh bersama roti bakar...


Sekadar hiasan

Wednesday, November 3, 2010

Makam-makam sahabat kekasih Allah....credit to isuhangat.net

Gambar makam sahabat Rasulullah SAW

Just for sharing dengan semua.... aku copy n paste aje nih.... huhu

Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab الصحابه;) adalah bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda, mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam.

Para sahabat Rasulullah telah berjuang sehidup semati bersama Rasululllah SAW, yang telah membela Islam dan Nabinya dengan jiwa, raga dan hartanya dan telah berjasa mengembangkan Islam. Seperti Nabi Muhammad SAW, kita tidak pernah mengenal wajah-wajah mereka tapi kita mencintai mereka, para sahabat Nabi pilihan Allah SWT.

Berikut antara makam-makam mereka para sahabat yang mulia ini .Mudah-mudahan, nanti kita semua yang hina dan banyak dosa ini, diampuni dosa, diberi syafaat Nabi dan dikumpulkan bersama Nabi dan para sahabatnya yang mulia ini. Amiin ….

sahabat Rasulullah SAW

Makam Bilal bin Rabbah, sahabat Nabi dari negeri Habsyi (Ethiopia). Budak hitam yang diangkat menjadi muazin Rasulullah SAW. Kisah terkenal dari Bilal Bin Rabbah ialah kisah Bilal yang ditindih dengan batu besar di atas perutnya oleh kafir Quraisy, walau kesakitan tapi bibirnya hanya mengucapkan “Allahu Ahad … ahad …. Ahad.”

sahabat Rasulullah SAW

Makam Sahabat Nabi yang terkenal, Ubay bin Kaab. Nama lengkapnya Ubay bin Kaab bin Qis bin Ubaid al-Ansari al-Khazraji. Beliau adalah Sayyid al-Qurr’o (pemimpin para pembaca al-Quran). Biasa dipanggil Abu Thufail. Beliau adalah termasuk dalam golongan sahabat yang awal masuk Islam, setiausaha Nabi yang mashur, ketika kecil sudah turut menyaksikan perjanjanjian Aqabah, dan turut dalam banyak peperangan besama Rasulullah SAW. Beliau dikenali sebagai sahabat yang meriwayatkan hadis.

sahabat Rasulullah SAW

Makam Abu Adbullah Jabir Al-Anshary. Sahabat Nabi yang terkenal pandai dan kuat dalam hafalan pengumpulan dan periwayatan hadits. Berguru dan berbai’at sejak kecil dengan Rasulullah SAW. Diriwayatkan darinya terkumpul sekitar 1,540 hadis. Ia masih kecil semasa Perang Badar dan Uhud berlaku. Beliau adalah diantara yang ikut sumpah setia kepada Rasulullah di Bai’ah Ridwan.

sahabat Rasulullah SAW

Makam sahabat Nabi yang agung, Abu Dzar Al-Ghifari. Sahabat kebanggaan Nabi yang dikenali akan memberi kritikan pedas kepada pemimpin yang menyimpang dan pada siapa saja tanpa rasa takut dihukum.

sahabat Rasulullah SAW

Makam sahabat yang terkenal Anas bin Malik. Ia adalah sahabat kesayangan Nabi. Ia adalah sahabat yang dikatakan Abu Hurairah, “aku belum pernah melihat orang yang solat menyerupai solatnya Rasulullah SAW kecuali Ibn Umm Salim (Anas bin Malik).” 10 tahun ia menjadi khadim (pelayan) Rasulullah dan dialah yang meriwayatkan hadis bahawa selama 10 tahun bersama Nabi. 2287 hadis terkumpul darinya selama ia bersahabat dengan beliau. Wafat pada tahun 91 Hijrah, berumur 99 tahun.

sahabat Rasulullah SAW

Gambar di atas bukan makam tapi runtuhan rumah Abu Ayub Al-Ansari, sahabat Nabi yang dikenali kekayaan dan kedermawanannya. Rumah ini adalah rumah yang dikunjungi Rasulullah SAW ketika setelah baginda berhijrah ke Madinah.

sahabat Rasulullah SAW

Makam Jaafar Ibn Abi Talib di Jordan, sepupu Rasulullah SAW.

sahabat Rasulullah SAW

Makam sahabat Nabi, Salam al-Farisi. Salman al Farisi dikenal sebagai “Imam”, “Pewaris Islam”, “Hakim yang Bijaksana”, “Ulama yang Berpengetahuan Luas”, “Ahlul Bayt”. Semua gelaran trersebut diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad saw.

Posted @ www.isuhangat.net .Wallahualam, maaf jika ada kesalahan dan mohon diperbetulkan, semoga menambah kecintaan kita pada Rasulullah SAW dan para sahabat.

Meh kita pening sama-sama....


Kepada sesiapa yang nak tido boleh la tengok lama-lama mende alah ni...
Pas tu anda akan rasa pening dan boleh la pelan-pelan pejamkan mata.... huhuhu

Try... jangan tak try....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...