Friday, February 26, 2010

Sepetang di Pantai Tok Jembal

Inilah kerja aku dan kawan-kawan petang 26hb Februari 2010. Tepat kam 6.10 petang kami lepak kat pantai Tok Jembal (berdekatan UMT) sambil menghirup udara petang. Hari cuti sempena Maulidur Rasul... walaupun ganu memang cuti hari Jumaat ahaks....

Petang tu kami lihat sungguh ramai orang berada di pantai tersebut, dari kanak-kanak, remaja, muda mudi dan kaum keluarga pun ada melepak di petang yang damai itu. Air laut pun kuat gak, tapi aku tengok semacam je remaja lelaki mandi-manda kat pantai tu... tapi tak pe arr diaorang pandai berenang.. Dia orang masuk ke laut sampai paras kepala tu... huh.. hebat-hebat...

Tak lupa kana-kanak dan yang dah tak kanak-kanak bermain layang-layang... Biasa ler, nama pun tepi pantai, jadi best la dia orang main lelayang...

Aku dan kengkawan, pekena kepok lekor ngan goreng pisang dulu... pastu baru lepak ngadap pantai.... tak ada apa yang kami buat... hanya duduk dan borak-borak kosong jer...

Jam dah tunjuk jam 7 malam... kami pun angkat punggung... balik rumah...
Tapi aku tengok masih ramai lagi orang kat pantai masa kami dah balik tu...
Ye la kan, hari masing terang lagi..
Musim panas la katakan...
Ini la pun masa yang ada nak berehat dengan keluarga dan sahabat handai...

Itu saje.... 73 88

Thursday, February 25, 2010

Selamat Menghayati Kelahiran Rasul kita Muhammad SAW

Esok, 26hb Feb 2010 merupakan hari memperingati kelahiran rasul kesayangan kita Muhammad SAW... Semua orang akan mengingatinya... itupun bila ada keluar kat TV begitahu esok Maulidur Rasul... tapi agak-akak korang la kan... kalau hari-hari biasa, ada korang nak ingat tak??? rasanya kita lebih ingat tarikh valentine days dan tarikh hari krismas lagi dari mengingati hari kelahiran rasulullah SAW... itu belum tanya tarikh dan bulan islam lagi tuh... teragak-agak dan tergagap-gagap dan tercungap-cungap nak manjawab agaknyya....

Emm.. meh kita recall balik sejarah kelahiran baginda....

Seperti mana kita tahu,Rasulullah SAW lahir sebelum subuh hari isnin 12 rabiulawal tahun Gajah. Allah SWT manjadikan setiap perkara, benda tu mesti ada hikmahnya. Rasulullah SAW telah terlalu banyak berkorban dan berjuang dalam menegakkan Agama Islam yang kita anuti sekarang. Tanpa adanya orang Islam yg masih beriman kpd Allah SWT sehingga sekarang, sudah semestinya dunia ini akan musnah.Oleh itu kita harus banyak bersyukur dengan hasil perjuangn Baginda SAW, maka hari ini kita masih hidup aman makmur.

Rasulullah SAW dilahirkan hari isnin. Apa maksud isnin? Makna Isnin ni bukan hanya kebetulan. Allah SWT takkan buat sesuka hati bahkan sebesar habuk pun mesti ada yang tersirat. Pada masa Nabi Muhammad SAW lahir, dua sahaja yang betul-betul kenal Tuhan iaitu Tuhan dan Nabi Muhammad SAW. Allah SWT kenal diri sendiri, selain itu, hanya Rasulullah SAW saja yang kenal. Sebab itu Rasulullah dilahirka pada hari Isnin. Walaupun sebelum ini rasul-rasul diutus, tapi akidah sudah rosak semua. Hinggalah akhirnya yang tinggal iaitu Tuhan dan Rasulullah SAW saja. Itu isyarat dari Tuhan. Sebab itu siapa yang nak masuk islam, 2 ini kan wajib sebut, kalau tak maka tak sah lah islamnya, ini simboliknya, ini isyarat dari Allah SWT.

Kemudian dilahirkan pada rabiul awal.apa maksud rabi? Awal musim bunga. Ini perkataan tersirat. Hari Isnin manusia yang menjadi contoh bagi seluruh manusia. Contoh tentang akhlak. Robi itu bunga, akhlak yang agung itu macam bunga. 12 Rabiulawal mengapa? Angka 12 ini kalau rujuk kepada malam, jam 12 malam ini ialah kemuncak kegelapan. Maksudnya waktu Rasulullah SAW lahir dunia gelap dengan kezaliman dan kesusahan, dengan kerosakan dengan maksiat. Segala perkara negatif berada di tahap puncak

Kemudian kalau 12 dirujuk kepada siang, itupun simbolik juga. Kedatangan Rasulullah SAW membawa cahaya artinya membawa rahmat dari Allah SWT untuk segaa alam, bukan sahaja manusia termasuk binatang, kayu kayan dan alam semuanya. Sebab itu ajaran Rasulullah SAW bukan sahaja manusia tidak boleh sesuka hati dicatatkan, binatang pun bahkan benda yang tak bernyawa pun macam kayu kalau kita tetak, kita potong, kita akan ditanya oleh Allah SWT. Mengapa kamu potong kayu itu? Seketul batu yang kita ambil akan ditanya oleh Allah SWT untuk apa. Itulah dikatakan Rasulullah SAW membawa cahaya sehingga benda2 yang tak bernyawa mendapat pembelaan dan orang tak boleh berbuat sesuka hati.

Seterusnya, kalimah 12 kalau dirujuk pada bulan, kemuncak bulan. Lepas bulan 12, akan jadi bulan 1, ia menurun balik. Jadi simbolik lagi, Allah SWT lahirkan Rasulullah SAW sebagai kemuncak Rasul. Kalau Rasul2 terdahulu, mereka datang hanya untuk satu kelompok dan satu zaman, namun kedatangan Rasulullah untuk semua etnik. Semua etnik di bawahnya.

Kalau 12 merujuk kepada bintang, ada bintang 12, bintang 12 ini merupakan bintang paling cerah. Sedangakan bintang ini beribu banyaknya. Artinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, membawa petunjuk yang legkap, membawa rahmat yang lengkap dari dunia sampai akhirat. Ajaran dia paling sempurna dibanding ajaran2 rasul sebelum.

Kemudian, Rasulullah SAW lahir tahun Gajah. Bukan masalah gajah. Gajah itu untuk perhatian. Sebab Rasulullah SAW lahir pada tahun gajah, 1 tarikan. Mengapa Rasulullah SAW tu sejarahnya pada tahun gajah. Di sebalik gajah ada cerita yang orang tak faham.

Sebelum Rasulullah SAW lahir, datang tentera bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Abrahah. Tujuannya nak runtuhakan ka’abah, sebab mereka sakit hati orang berkiblat ke ka’abah. Abrahah bawa tentera yang naik gajah. Orang arab jarang lihat gajah, maka gemparlah. Kita yang baru mendengar tahun gajah, kita terkejut, apa kena mengena dengan gajah. Banyak orang tak perasan bahawa Allah nak tunjukkan sesuatu. Niat Abrahah nak runtuhkan kaabah,disamping tu segala kambing di mekah akan dirampas, termasuk kambing Abu Talib dan Abd Mutalib.

Bila kambingnya diambil, maka keluarlah Abd Mutalib. Dia jumpa Abrahah, dia cakap, serah balik kambing saya, itu harta saya. Kaabah itu bukan saya punya, Allah SWT yang punya, terpulang pada awak.

Di sini terbuka rahsia, iaitu keluarga Rasulullah masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Jadi disebalik cerita gajah ini, Allah SWT nak beritahu dunia betapa bersihnya keturunan Rasulullah SAW, datuk nenek Rasulullah SAW, mereka beragama dengan agama Nabi Ibrahim.

Itulah antara simbolik2 yang terjadinya pada kelahiran Rasulullah SAW di sebalik 12 rabiulawal, sebelum subuh tahun gajah.

Itu sahaja info yang dapat dikongsi bersama buat masa ini, sebagai penambah pengetahuan kita semua.

Chario... 73

Saturday, February 6, 2010

Hasil kerja Hafzy...

Emm... baru-baru ni masa aku lepak kat rumah tetiba je si Abg Chik datang dekat aku sambil tunjukkan hasil kerja buatan tangan dia tuh.... Kemain bangga dia weh....

Ye la... walaupun tak la sesempurna mana, tapi boleh tahan gak kombinasi warna kepala raksasa dia tuh... Katanya dia buat gitu supaya nampok garang dan menakutkan....
Ni lah dia hasil kerja Abg Chik tu...

Kekononnya seram sangat ler tuh... heheheh

Tu dia..... walaupun si adik nak bergambar, abang chik sempat lagi selitkan hasil keras tangan dia masuk dalam gambar sekali.... semangat punya pasal...
Nih... dia suruh tangkap gambar juga nama dia yang ditulih kat belakang tuh....
Suruh aku tangkap gambar juga, pegang kepala raksasa secara terbalik...

Emmm... eja nama pun salah... teacher dia ler salah tulih tu... sebanarnya Redhuan Hafzy... tapi tak pe lah... kira ok la tuh...
Cuba menggayakan rupa raksasa yang dia dah warna tuh....
Grrrr.... takutnyaaaaaaaaaa....

Thursday, February 4, 2010

Tahniah dan moga terus maju jaya...

1hb Februari yang lepas, aku dan REJ telah dijemput merasmikan pembukaan kedai baru rakan radio merangkap kawan baik aku iaitu 9w2JSJ dan 9w2MMJ di Amcorp Mall, PJ...

Eh... bukan merasmikan,..... memeriahkan aje keh keh keh..Aku dan JSJ memberikan posing istimewa..... huhu...
9w2 JSJ, aku, 9w2 MMJ dan 9w2 REJ bergambar di hadapan kaunter utama...
Antara barangan yang diperniagakan.. kelihatan di belakang satu rakaman dokumentari sedang dilakukan... tak tau nanti nak masuk tv berapa... 1, 2, 3, 9 atau astro... dia tak kabo la pulak ke aku...
Pandangan hadapan kedai... Kedai ni berada di tingkat 3 dekat dengan kedai mainan helikopter yg harganya ribu riban tuh...

Majlis bermula seawal jam 10 pagi, tapi tu la kan disebabkan aku ngan REJ ni jenis orang yang terlalu banyak urusan nak diselesaikan pada hari tu...( kononnya la..) maka kami terlewat sikit ke kedai barunya tu.... Tapi walau camanapun aku tetap akan pegi juga walaupun terlewat...

Kami sampai dalam 3.30 petang macam tu... dan alhamdulillah.... makanan masih ada... huhu sebenarnya dari pagi aku tak makan....

Mee hoon + kiuh lompang + kuih koci + tembikai +air sarsi memang tak dapat dinafikan merupakan satu gabungan makanan yang istimewa... terutama kuih koci... fuh... korang memang rugi ler tak dapat rasa.... memang tahap gaban sedapnya.... dengan lembut dan kenyalnya itu memang membuatkan aku rindu untuk memakannya lagi... hehehe

Apa citer pasal makan lak nih....

Emm berbalik pada cerita asal aku tadi... Untuk 9W2JSJ @ PRSJ , TAHNIAH aku ucapkan sekali lagi.... memang korang ada umph ler... boleh buka kedai lagi satu kat Amcorp Mall....

Tahniah
Tahniah
Tahniah
Tahniah

Berapa banyak tahniah daaaaaaaa.... TAHNIAH lagi sekali..... ahaks

73

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...