Saturday, September 26, 2009

Salam Aidil Fitri semua... Tahun ni turn balik Raub...

Emmm.. dah seminggu Hari Raya Aidil Fitri berlalu... Aku juga nak mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata atau perlakuan yang menyinggung perasaan teman-teman semua...
Terutama kepada saudara mara, ipar duai, sahabat baik, ibu dan bapa mertua, ayah aku dan terutama sekali kepada suami aku yang banyak menyokong perjalanan hidup aku pada masa sekarang.... Maafkan aku sekali lagi... maklum je lah.. kita ni semua manusia biasa, walaupun kadang2 kita rasa kita dah jaga perlakuan sebaik mungkin, tapi mana la tahu kan....???

Tahun ini merupakan giliran balik ke Raub untuk meyambut raya pertama (kg aku ler tu...) penuh sanak sedara kat rumah mak aku (sekarang dah jadi rumah adik bongsu aku... hasil pembahagian rete pesaka la katakan...) Tapi camanapun kami adik beradik akan tetap berkumpul kat rumah arwah mak di kg Kuala Dong tu...

Rindu pada arwah mak tak dapat dibendung pada pagi raya tu.... mengalir airmata kami adik beradik semasa bersalaman pagi tu... Aku perasan, tapi semua cover ler... kang pelik pulak anak sedara nengok ngape la mak-mak diaorang tetiba je nangis pepagi raya tu...

Lepas bersalaman , rutin pagi raya ialah bergambor.... (seme orang pun gitu yek....?)

Dari kiri: Kak Tik, Kak Ngah, Kak De, Abg Teh, Aku, Kak Tam.
Duduk : Ayah dan Adik Noor

Atuk dan sebahagian daripada cucu-cucunya yang posing sakan...

Aku dan 9W2REJ bersama-sama saham-saham akhirat kami.... (harmonik ler tu) Dari kiri: Dyna, Hafzy, Hanin dan Razyn.

Tak lupa kami meraikan hari lahir kaum kerabat yang jatuh pada bulan September ni... sekali hidang, 4 kek daaaa....

Aktiviti wajib raya.. menziarahi dan membersihkan kubur bonda ...Tak lupa bacaan Yasin dan doa selamat untuk bonda tercinta.. Al Fatihah...



Semoga raya tahun ini memberi kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua.. Semoga kita semua masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan... InsyaAllah... Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...