Thursday, January 21, 2010

Tak Sempat Langsung weh....

Emmm.... gitu la gayanya... Masa cepat betul berlalu... sedar-sedar dah 21hb Januari 2010... Rerasa macam baru je sedar tahun 2010 baru masuk....
Bukannya apa... 12hb yang lepas, hari jadi dua orng hero aku... Razyn dan Hafzy... 6 dan 5 tahun.... Ada la buat majlis potong kek... tapi sempoi je la...

18hb yang lepas pulak hari ulangtahun kelahiran aku.... Tu lagi dasyat, tak sambut pun heheh... tapi dah tua-tua... eh dah matang ni, segan la pulak nak tiup-tiup lilin kek... Tak mende la tu... yang penting orang yang paling penting dalam hidup aku tak lupa mengungkapkan pada aku... itu dah memadai dan paling berharga rasanya....

Minggu ni adalah minggu yang genting buat aku.... banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi saat ini... Kesibukan persiapan dinner dan exam agak mencabar untuk aku nak catch up kedua-duanya pada masa yang sama... Moga aku berjaya untuk kedua-duanya...Amen...

Itu je lah untuk kali ni... lepas ni boleh update lagi.... Nak siap-siap pegi tengok member buat persembahan dan berlakon pulak....

73..

Wednesday, January 6, 2010

Wah wah wah.... rajin nampak???

Awal tahun... semua sambut dengan mood baru... macam kami sekeluarga juga... Pada 3hb Januari yang lepas, kami sambut dengan bergotong royong mengecat rumah... emmm bukan apa dah habis lunyai ( kotor) dinding rumah kami dek hasil kretiviti si adik dengan si abang mencurahkan idea-idea bernas diaorang.... Ada yang tulis A, B, C... ada yang lukis gambar papa dan mamanya , ada yang buat matematik, sains dan macam-macam lagi lah.... Kalau takat conteng dengan pen atau pensel tak pe gak... ini tulis guna marker... hok mata tebal pulak tuh....Cam tu lah... anak-anak tengah membesar... nak sekat karang kot terbantut 'kecerdasan pelbagai' (multi intelligent) diaorang nih... heheh...

Tu dia... Mr Rudy and the gang sedang memulakan kerja-kerja mengecat...

Macam biasa.... pekerja dua orang ni memang selalu tuang kerja... sambil tiada rasa bersalah ponteng keje...

Pekerja contoh, Razyn Hazman sedang melaporkan kerja-kerja mengecat yang telah dilakukan dengan baik dan kemas sekali... (Kira bodek bos la tuh...)

Disebabkan masalah pekerja yang berkurangan kebelakangan ini, maka Mr Rudy terpaksa mengimport pekerja wanita untuk kerja-kerja berat ini... Ciannya... hehehe

Tu diaaaaa.... Mr Rudy cuba menghayati hasil kerja tangan dengan memasang lampu pula... kira-kira romantis la sikit kot... hehehe

Walau apa pun.... tahniah pada anak-anak mama yang memang rajin menolong dan ringan tulang.... sebenarnya kami tak bagi diaorang tolong.... tapi nak wat camana...macam yang aku katakan tadi... jangan di sekat kreativiti dan bakat yang dimiliki oleh anak-anak kita....

Gambar aku wat keje tak de??? Ish memang la... aku kan MANDUR.... hehehehehe

73.
88.

Tuesday, January 5, 2010

Musim sekolah bermula lagi....

Salam semua....

Er.. Semalam, Isnin 4hb Januari 2010 bermulalah sesi persekolahan untuk anak-anak aku dan anak anak korang semua yang dah cukup umur walaupun belum akil baligh..hehehe

Ada yang hantar anak dari umur 3 tahun.... Macam kat kawasan perumahan aku ni, ramai ibu bapa hantar anak pada usia 4, 5 dan 6 tahun.. macam kat kelas anak aku si adik ngan abang ni terdiri dari kanak-kanak berumur 4 tahun mak bapak diaorg dah hantar sini...

Ha... ini la tempat Razyn dan Hafzy bersekolah tahun ni. Tahun lepas diaorg tadika tempat lain, tahun ni saja aku ubah angin diaorg... sebab diaorg komplen asyik sekolah yang sama... sebab tu liat nak bangun pagi... Harap-harap tahun ni dah rajin nak bangun pagi... maklum je lah sekolah baru dan kawan pun baru...


Emm... Razyn baru masuk kelas untuk 6 tahun. Kali ni nampak dia gembira masuk sekolah baru... Biasanya dia la yang paling banyak alasan untuk bangun pagi... Sakit perut la..kepala abang pening la...sakit kaki la.. macam-macam lagi...

Ini pulak si adik, Hafzy... dia pun nampak gembira dan kembang kempis hidung menahan perasaan gembira berada di sekolah baru.... Dia masuk kelas untuk 5 tahun... Harap-harap tahun ni Hafzy lebih yakin untuk speaking macam abangnya Razyn....

Tu dia... khusyuk sekali dia mewarna gambar apple....

Razyn sempat memberikan pose istimewa...

Kakaknya, Dyna masuk darjah 3 tahun ni...3 Nilam di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Sesi petang pula dia kali ni... NAsib baik dia ok aje...Moga anak-anak aku menjadi orang yang pandai ... Insya Allah...

Selamat Tahun Baru

Kepada semua ....

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010...

P/s: Azam tahun lepas dah tertunai ke????? Ahaks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...