Wednesday, June 17, 2009

Lawatan kerja ke Pulau Pinang

Emm... dah lama tak update blog ni...al maklum ajelah.. qrl sikit dengan tugasan di saltmine... baru-baru ini aku dan REJ ke Permatang Pauh,Pulau Pinang (Isnin, 15 Jun 2009) atas urusan saltmine. Dalam perjalanan REJ sempat berqso di repeater Larut... Sampai di Penang REJ sempat berjumpa 9W2HLM yang menunjukkan arah tempat yang kami nak tuju.... Alhamdulillah, kami sempat sampai ke UITM PP tepat pada masanya...



Balik dari mesyuarat tersebut, kami sempat singgah di Sepetang pekena Mee Udang... memang betul la orang kata "selak udang, baru nampak mee..." punya la besaq udangnya.. hehehe

try singgah sini jap... perut pun dah berkeroncong nih...

inilah dia mee udang...selak udang, nampak mee


Nampak tak harga sepinggan mee??? heheh lumayan ooo

Seleranya dia makan....

Habis urusan kerja, petang tu jugak kami balik ke KL.... Nak kena kejar urusan di KL pada esoknya pulak... Gitu la kalau dah cari makan sendiri...
Antara pemandangan indah sempat dirakam waktu perjalanan pulang
Dan lagi...

KELAS ULANGKAJI SOALAN-SOALAN RAE TERBUKA UNTUK SEMUA SWAL

Untuk semua rakan-rakan yang tak sempat nak ulangkaji keseorangan dan dah tak de masa , malah akan mengambil peperiksaan RAE minggu depan, sila daftar segera kelas ini...Satu kelas ulangkaji soalan-soalan RAE akan diadakan seperti berikut.

Kelas Ulangkaji Soalan-soalan RAE
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Sek Keb Puchong Utama 2, Puchong
Bayaran : RM10 sahaja


Tempat terhad. Daftar sekarang dengan menaip RAE_Nama penuh_No IC dan SEND ke 012-3050 205 ( 9W2REJ ) atau 012 3882282 ( 9W2MEZ )

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang akan mengikuti Peperiksaan RAE.

Copied n edited from 9w2rej.blogspot.com

Wednesday, June 3, 2009

Adakah ini idaman anda atau anda mengidamkan ini???

Aku ada terbaca satu artikel yang menyatakan ciri-ciri di bawah merupakan ciri-ciri wanita idaman lelaki... Bagi aku, wanita merupakan tunggak utama kejayaan seorang lelaki. Bukan semua ciri-ciri tersebut mampu dimiliki oleh seorang wanita, tetapi rasanya masih belum terlambat untuk mengubah diri menjadi yang terbaik.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman seperjuangan....

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

Prihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

Justeru bukan susah untuk kita menjadi wanita idaman lelaki... Panduan di atas hanyalah sekadar untuk renungan kita bersama. Semoga kita sentiasa bersyukur menjadi wanita pilihan suami kita dunia dan akhirat... Amin.!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...