Saturday, November 26, 2011

My anniversary n Hubby birthday....

Kedua-dua tarikh tu jatuh pada bulan November.... 14.11.2011 merupakan ulang tahun perkahwinan aku yang ke 12... dan 20.11.2011 birthday hubby aku yang ke 37 tahun...

Untuk ulangtahun perkahwinan aku, kami sambut kat kedai member baik aku di alam radio amatur ni a.k.a Rafidah @ PR SJ @9w2JSJ... terima kasih la sebab tolong belikan kek ni... kira aku buat suprise kat hubby la ni.... Kami datang ke sana sebab ada mesyuarat AJK Pradas untuk persediaan AGM kali ke 4 pada 27 Nov nanti....

KIra sebelum meeting, kami belah kek dulu la .. heheh 
Saje buat kelainan tahun ni....
Layan gambo jer....

Kek dari secret recipe
Acara doa minta dipanjangkan jodoh dan doa makan skali....
Acara tiup lilin....
Last, but not least.... Acara potong kek...


Untuk birthday hubby aku.. tak ada kek, cuma aku bagi kad aje....  Dan hadiahnya???
Masih terpikir-pikir nak bagi apa kat dia... Kalau tanya dia nak apa, dia akan jawab nak laptop apple sebijik.... Gulpppp!!!!!






Bibik balik kampung....

Seawal jam 3 pagi alarm hp aku berbunyi... alamak dah jam 3 pagi... sempat ke nak sampai airport ni... Hari ni nak kena hantar bibik ke airport... Aku bangunkan anak-anak dan tengok kat bilik bibik sama ada dia dah bangun ke tak.... Almaklum je lah... hari dia nak balik la katakan... macam kita jugak la, kalau nak balik kampung masa belajar kat U dulu kan????

Ok, sib baik bibik dah bangun, so, aku pk lagi, sempat ke nak sampai ke LCCT seawal 5 pagi??? Tak boleh jadi ni... so, aku cakap kat hubby cuba check in melalui  web check in... Mende ni dah lama aku tahu, tapi di sebabkan tak berapa selalu naik kapal terbang dah... maka kurang dipraktikkan dan aku pun terlupa la mende ni buat sementara waktu... 

Lepas hubby wat web check in, maka aku tak perlulah tergesa-gesa nak kejar 2 jam sebelum penerbangan kat LCCT tu... bukan dekat juga weh... 45 minit perjalanan dari rumah aku....

Dan alhamdulillah... dapat juga check in kat umah jer.... Kami sampai dalam jam 5.30 pagi kat LCCT...Pergi check in barang kat kaunter... Aku beli online untuk 15kg jer... tup2 berat beg bibik 18kg....

Dengan selamba pompuan airasia tu kata... " Ada beli berat 15kg je kan?? So ada lebih 3 kg... 1 kg bersamaan dengan RM40.00 so semua kena bayar RM120.00.... " 

Errrkkk.... alamak... 1kg = RM40.00???? Patut pun Airasia kaya cepat.... Cekik darah betul... Nak marah pun tak guna.... kan??kan??

Habis check in barang kami lepak kat Marrybrown dulu, then solat subuh kat sana... Sedang lengah-lengah kat surau tu, tengok jam dah tunjuk 6.40 pagi... Ok.. ini masa bibik nak kena check in pulak... 

So, acara salam bersalaman dan bermaafan pun terjadi dalam beberapa minit... Kali ni bibik tak sedih sangat macam dia nak balik 2 tahun lepas.... then acara waiving pun berlaku... Sebaik bibik hilang dari pandangan mata, kami pun bertolak balik...

Dalam jam 7 pagi, aku telefon bibik... dia dah on the way nak naik kapal katanya... Alhamdulillah... 

Cuma sekarang tunggu telefon dari bibik je, sama ada dia selamat sampai ke rumah dia atau tak... katanya, dari airport Surabaya nak sampai ke rumah dia makan masa 8 jam jugak tu..... boleh tahan jugak ...... huh!

Semoga bibik aku selamat sampai ke destinasinya.. berjumpa dengan anak dan suaminya dan melepaskan rindu bersama keluarga dia....

Dan jangan lupa balik sini semua ye bik...... hehehe  Kalau tak, mati la aku tahun depan.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...