Monday, May 30, 2011

Terima kasih anak didikku....


Pada 27hb Mei 2010, sehari sebelum cuti sekolah bermula, sekolah aku telah mangadakan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah...

Untuk pengetahuan pembaca semua, tahun 2011 merupakan kali pertama aku merayakan sambutan hari guru sebagai seorang guru sebenar memandangkan aku baru aje menjawat jawatan itu 8 bulan yang lepas....

Rasa seronok pun ade... Aku mengambil bahagian dalam acara persembahan guru, sukaneka dan yang paling best sekali aku dapat banyak hadiah termasuk 2 biji kek dari murid kelas aku sendiri...
Seronok juga jadi cikgu ni yea...

Meh kita layan gambo-gambo ni sumer.....

Acara sukaneka.... gambo aku tak de... Aku upload gambo cikgu lain je la....

Acara membaca ikrar guru dan diikuti nyanyian beramai ramai lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Nasional" (lagu baru ni tau....)
Aku dan member-member sumer... Sepakat pakai baju yang sama walaupun tema Hari Guru tahun ni ialah pakaian tradisional... Takkan aku dan kawan-kawan nak pakai kebaya ketat pulak ye dak??? Ish Ish Ish....Persembahan lakonan dari aku dan sahabat semua.... Aku yg pakai baju sekolah dengan kain biru tu.... dengar cerita persembahan kami mendapat tempat pertama.... Kalau betul... nanti aku sambung cerita dalam entry akan datang......
Persembahan nyanyian dari pelajar tingkatan 5 Gemilang.....Inilah hadiah yang aku dapat.... boleh tahan jugak kan banyaknya????Pandangan dari sudut yang lebih luas pula.....
Bila hadiah dah dibuka dan dikumpulkan semuanya..... Sebenarnya tak semua di kumpulkan di sini, sebab ada pelajar yang dah bagi aku hadiah pada 16 Mei (tarikh hari guru sebenar)...

Lagi sebijik kek dari pelajar lelaki.... Ini kek buatan sendiri... namun rasa nya not bad....

Hadiah dari pelajar... Ace cuba baca mende dia tulis kat kad tu....

Lagi kad dari pelajar lelaki..... Thanks u alls.... Gembira ada....Terharu pun ada...

Semoga aku dapat menjadi generasi pendidik yang mampu membawa kejayaan kepada semua anak didikku suatu hari kelak... Insya Allah....

Sunday, May 15, 2011

Thanks my children....with LOVE


8 Mei 2011 - Happy mother's day.... Itulah ungkapan yang rata-rata diucapkan oleh semua anak-anak di seluruh dunia sempena menghargai ibu masing-masing yang banyak berkorban masa, tenaga dan paling penting sekali mereka mengorbankan perasaan demi anak-anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang.....

Tak terkecuali la aku sendiri..... walaupun tak diraikan dengan makam malam di mana-mana hotel terkemuka atau melancong ke mana-mana destinasi perlancongan namun aku bersyukur kerana anak-anak aku turut mempunyai inisiatif untuk membeli teddy bear dan sekeping card + button yang dibelinya secara diam-diam bersama papa mereka.....



Aku bertanya kepada suami adakah idea ini datang darinya, tetapi nyata idea ini datang dari anak sulungku, Dyna.... Alhamdulillah aku dikurniakan anak sulung perempuan yang mempunyai sensitiviti yang mendalam dalam bab-bab menghargai mamanya macam ni... (dulu buat suprise birthday aku..)

Nak dijadikan cerita ketiga-tiga anak aku (tak masuk Hanin sebab tak reti bahasa lagi bab-bab macam ni) berbaris dibelakang tangga... sambil kata "SUPRISE!!!!!... selamat hari ibu....." masa aku turun dari tangga pada malam 8 Mei baru-baru ni.... Selepas itu mereka semua memeluk dan mencium aku... emmm bahagianya rasa dihargai oleh anak-anak.... Yang si kecik pun datang sambil peluk aku.... tersengih-sengih.... emmmm nampak sangat dia tak paham ape kebendenye yang berlaku..... huhu

Apapun.... aku bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, nakal, ceria dan manja dalam menyerikan ruang hidup aku dan keluarga.... Terima kasih ya Allah kerana memberikan kebahagiaan dalam hidupku... Semoga kebahagiaan ini akan kekal untuk selama-lamanya... Amin...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...