Sunday, May 15, 2011

Thanks my children....with LOVE


8 Mei 2011 - Happy mother's day.... Itulah ungkapan yang rata-rata diucapkan oleh semua anak-anak di seluruh dunia sempena menghargai ibu masing-masing yang banyak berkorban masa, tenaga dan paling penting sekali mereka mengorbankan perasaan demi anak-anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang.....

Tak terkecuali la aku sendiri..... walaupun tak diraikan dengan makam malam di mana-mana hotel terkemuka atau melancong ke mana-mana destinasi perlancongan namun aku bersyukur kerana anak-anak aku turut mempunyai inisiatif untuk membeli teddy bear dan sekeping card + button yang dibelinya secara diam-diam bersama papa mereka.....



Aku bertanya kepada suami adakah idea ini datang darinya, tetapi nyata idea ini datang dari anak sulungku, Dyna.... Alhamdulillah aku dikurniakan anak sulung perempuan yang mempunyai sensitiviti yang mendalam dalam bab-bab menghargai mamanya macam ni... (dulu buat suprise birthday aku..)

Nak dijadikan cerita ketiga-tiga anak aku (tak masuk Hanin sebab tak reti bahasa lagi bab-bab macam ni) berbaris dibelakang tangga... sambil kata "SUPRISE!!!!!... selamat hari ibu....." masa aku turun dari tangga pada malam 8 Mei baru-baru ni.... Selepas itu mereka semua memeluk dan mencium aku... emmm bahagianya rasa dihargai oleh anak-anak.... Yang si kecik pun datang sambil peluk aku.... tersengih-sengih.... emmmm nampak sangat dia tak paham ape kebendenye yang berlaku..... huhu

Apapun.... aku bersyukur dikurniakan anak-anak yang sihat, nakal, ceria dan manja dalam menyerikan ruang hidup aku dan keluarga.... Terima kasih ya Allah kerana memberikan kebahagiaan dalam hidupku... Semoga kebahagiaan ini akan kekal untuk selama-lamanya... Amin...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...