Sunday, May 31, 2009

EYE-BALL AT D'TASIK RESTAURANT


Peluang untuk bersama-sama ber 'eyeball' bersama rakan-rakan di D'Tasik Restoran, UNITEN Bangi. Terbuka kepada semua - 9W's, SWL dan sesiapa sahaja yang mempunyai masa dan ingin menyertai majlis ini.

Date:
Saturday 27 Jun 2009

Time:
Dinner time, 7:30PM (+8 GMT)

Venue:
D'Tasik Seafood Restaurant
KM 7, Jalan Kajang-Puchong, Kajang, Selangor.
(Next to Masjid UNITEN & UNITEN Food Court)


GPS 2°58'15.43"N, 101°43'55.49"E (2.970952, 101.732079)

Multimap Map: click here

Wikimapia Map: click here

Cost:
RM30.00 per person (child below 5 years old: Free)
- Sit Down dinner (not buffet dinner)
- Above cost is for food and cordial drinks only.

Registration:
Event will be opened to 100 persons only.
Registration for the event is now open and will be closed by midnight Sat 20 Jun 2009.
No “walk-In” participants allowed during the event.
Registration is confirmed when full payment is made to Event Treasurer (Maz 9W2MIT. Cellphone: 012-9191943. Email: 9W2MIT@mares.org.my).
Payment must be made no later than midnight Sat 20 Jun 2009.
Payments made will not be refunded as food and venue ordered from the hotel cannot be cancelled.

Payment Method:
1. Bank-In Payment
1.1 Deposit full amount into CIMB Account 14210066839523 (Mazura Muhammad).
1.2 Provide the following details to the Event Treasurer.
- Name of participant(s)
- Amount paid
- Deposit Slip Number/Transaction Code
- Date & Time of deposit
1.3 Event Treasurer will provide a confirmation number upon confirmation of deposit.

2. Cash Payment
2.1 Pay full amount to Event Treasurer.
2.2 Event Treasurer will provide a confirmation number.

Contacts:
Hazali 9W2ZLH 012-6581926
Maz 9W2MIT 012-9191943

Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama dan mencari rakan-rakan baru. Jumpa di sanaaaaaaaaa.....

Saturday, May 30, 2009

Menpunyai 4 isteri.... jagalah yang pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Wallahualam

Thursday, May 28, 2009

Relaks sekejap.....

Saja-saja untuk tatapan rakan-rakan yang nak release tension...

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN... ... ...


Hehehe... sekadar hiburan sahaja
de 9w2mez

Wednesday, May 27, 2009

Inilah Harmonic aku


Emmm... ini lah dia buah hati terbaru aku...
Namanya Hanin Rayhana. Lahir pada 1 April 2009. Jam 2.58 petang di KPMC Puchong, Selangor. Sekarang dah masuk 2 bulan.. Baru-baru ni aku mengadakan majlis cukur jambul untuk harmonic aku di rumah mak mertua di Bandar Kerayong, Bera.

Bunga telur untuk para tetamu

Dimulai dengan ibu mertuaku...

kemudian 9W2WAA memotong jambul harmonic aku...

9W2SXC mengambil tempat...


Diikuti dengan SWL Eina


Para tetamu menjamu selera selepas penat berzanji...


Me n my baby

Thursday, May 14, 2009

16 Mei 2009...

16 May 2009... Semua rakyat Malaysia mengingatinya sebagai Hari Guru .. Tetapi tarikh tersebut bagiku adalah lebih dari itu , ia merupakan tarikh keramat bagi ku... Aku akan ingat tarikh ini sampai bila-bila. Bukan kerana ianya hanya untuk meraikan jasa-jasa guru, tetapi tarikh berkenaan jatuh pada tarikh kelahiran Arwah ibuku jua...

Tarikh ini akan kami sambut anak beranak pada setiap tahun dengan kad dan ucapan dari adik beradik ku untuk ibu tercinta. Dan secara kebetulan ibuku juga adalah seorang bekas guru.... malah keempat-empat kakakku juga guru. Dan yang lebih menarik 3 daripada 4 abang iparku juga guru... guru besau pun ada...


Cuma entah camana aku aje yang tak melekat untuk menjadi guru... tapi kalau kami jadi guru semuanya, tak berkembang la pulak sesi bertukar-tukar pandangan dan perbincangan kami adik beradik hehehe.... Tapi yang menariknya, bila kami adik beradik berkumpul tak ada topik lain yang diperbincangkan.... sekolah... kelas.. murid itu murid ini.. peperiksaan.. kelas tambahan... perpustakaan... masalah disiplin murid... kursus motivasi...dan macam-macam lagi.... yang pasti bila topik macam ni diperbincangkan... aku akan menjadi pendengar yang setia... nak menyampuk camana.... tak de idea nak komen apa... tapi kadang-kadang menarik jugak sebab mereka selalu gak minta pendapat aku tentang beberapa perkara yng melibatkan kehendak ibu bapa... jadi sebagai orang 'biasa' aku bagilah beberapa pandangan aku yang tak seberapa tu...


Tahun ini, aku mengambil kesempatan untuk membuat MAJLIS CUKUR JAMBUL untuk harmonic aku yang ke empat... dan pada malamnya kami adik beradik membuat majlis BACAAN YASIN untuk disedekahkan kepada arwah ibuku... moga bonda aman di SANA... Amin.!!!

Wednesday, May 13, 2009

Salam...salam... salam....

Salam Perkenalan buat semua rakan radio yang dihormati...
Sebagai Rakan baru di dalam dunia blogger ini saya, 9W2MEZ a.k.a Khamizah binti Kamarudin ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya yang baru.... (Baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog.)

Walaupun saya memang di dalam line IT, tetapi agak lambat terbuka hati untuk membuat blog saya sendiri... Memandangkan saya mendapat cadangan dan sokongan dari rakan-rakan, terutama dari suami terchenta, untuk membuat blog, maka saya sambut cabaran itu dengan membuat blog saya sendiri yang mana "dunia blogger" menjadi semakin popular, terutama di kalangan rakan-rakan radio sendiri....

Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk mengumpul seramai mungkin rakan-rakan radio yang terdiri dari YL dan XYL yang turut meminati hobi yang sama ini... InsyaAllah jika mendapat kerjasama dari rakan semua, akan saya usahakan dari masa ke semasa.

Apa lagi yang saya nak masukkan dalam blog saya ni yea??? Oh ya saya juga akan cuba dari masa kesemasa untuk melaporkan aktiviti YL dan XYL yang telibat dengan mana-mana aktiviti rakan radio sekiranya saya turut menyertai program itu. Tetapi sekiranya ada mana-mana YM atau XYM ingin saya menceritakan perihal YL atau XYL mereka tetapi macam tak sesueiii nak letak dalam blog mereka atau tak de blog....lagi, maka boleh juga bagi kat saya maklumat itu dan akan saya masukkan dalam blog saya ini...

Itu saja buat pertama kali ini... Kalau ada salah dan silap... harap dapat memberi teguran membina...
Terima kasih atas sokongan rakan semua..

73, Cherio
de 9W2MEZ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...