Thursday, September 30, 2010

Masuk paper lagi...


Hehehe.... saje nak sharing..( macam nak glamer jer.. huhu)
Keratan KOSMO, 30 September 2010 di halaman 19.....

Almaklum ajelah 1 Malaysia, maka dalam banyak-banyak gambar yang wartawan KOSMO ambil masa majlis tu, maka gambar ini juga dijadikan pilihan... huhu

Glamer free aku... dan hubby... (pssttt aku n hubby yang pakai bahu kaler merah tu...) ahakssss!!!!

ANTARA tetamu yang hadir pada rumah terbuka Aidilfitri di Masjid Bandar Bukit Puchong, Puchong baru-baru ini.


ERAT HUBUNGAN. Kira-kira 1,000 tetamu pelbagai kaum mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Masjid Bandar Bukit Puchong, Selangor baru-baru ini.

Walaupun hujan, ia tidak menghalang kehadiran pengunjung termasuk yang bukan Islam malah mereka dijamu dengan pelbagai hidangan seperti sate sebagai juadah utama, lemang dan kuih raya.

Bukan itu sahaja, tetamu bukan Islam juga dibawa melawat kawasan masjid dan diberikan penerangan tentang Islam oleh ahli jawatankuasa masjid yang dibantu dua sukarelawan daripada Islamic Outreach.

Tuesday, September 28, 2010

27 September 2010

Mulai tarikh ini, maka bermulalah era kehidupan baru dalam kehidupanku ...

Wednesday, September 22, 2010

Happy Birthday Fatin Aina binti Nor Ikhsan....

Begitulah tajuk cerita untuk hari ni......
Pada 19.09.2010.. maka aku macam biasa dapat sms dari abang aku pada pagi itu atas jemputan ke majlis hari lahir satu-satunya anak perempuannya (stakat ni la) yang ke 6 tahun....

So, aku pun bagitahu anak-anak aku yang kami akan ke rumah pak tehnya sebab Fatin nak sambut harijadinya pada petang tu... Anak aku yang sulung aku siap pesan kat aku "mama pergi la kedai beli hadiah Fatin.." huhuhu.. tu diaaa... Kebetulan pagi tu aku memang nak keluar atas beberapa urusan.... Maka aku dengan baik hati pun belilah... huhu hadiah biasa2 je... janji warna pink.. sebab warna pink warna kegemaran Fatin...

Jadi biar la gambar ni aje yang menceritakan peristiwa pada hari itu....
Inilah Fatin, buah hati abang n kakak ipar aku... kepoh mulutnya jangan cerita la...tapi dia anak yang baik....
Ini kek yang menjadi pilihan Fatin di secret recipe pada hari tu... Menjerit-jerit nak kek tu kat kedai mak dia cerita... huhuhu..
Biasa la.. sekali setahun, kena la layan kan????

Haa.... yang ni pulak... Fatin dengan anak-anak aku (yang kecik dan yang pakai skaf rambut tu)... mereka pun anak yang baik..
Cuba tengok kek tu... cute je... tu yang fatin tak pandang belakang dah untuk kek lain....

Ini tangan mak si Fatin tu... disebabkan mak dia tak pakai tudung jadi masukkan gambar tangan dia je la.. hihihi

Selesai je acara nyanyian, kek 'bee' tu terus jadi cacat... sorang tarik kepak, sorang korek mata.. huhu...
Memang diaorang dah lama tunggu nak cacatkan kek 'bee' tu aku rasa... sebab masing-masing dah tahu nak kopak tang mana kat kek tu, tanpa berebut-rebut.

Begitulah kisahnya pada petang yang damai itu... So, lepas belah kek, makan mihun goreng pula.. (asyik mihun je.tiap kali aku datang,tak de respi lain ke abang aku ni???) hihihi

Apa pun, terima kasih sebab pabggil kitaorang pada petang tu.... Yang penting Fatin enjoy, walau pun dia tak tahu betapa parahnya mak dia kena bayar untuk harga kek 'bee' pilihannya itu...

Sehingga berjumpa lagi...
73

Monday, September 20, 2010

Kak De & Abg De buka kolam Ikan...

Raya ke 4... ini lah aktiviti keluarga aku belah Raub...

Kakak aku yang mempunyai kolam ikan di kg Temau nun, nekad untuk mengeringkan kolammya pada hari raya ini... Ikannya besar-besar.. tilapia, tongsan, dan macam-macam lagi (sebenarnya aku tak ingat nama ikan tu.. hehehe) Banyaknya ikan jangan cerita la... berribu-ribu ada kot... termasuk anak-anak ikan ler.. hihihi

Dek sebabkan terlalu banyak maka kami dengan murah hati menyedekahkan pada sedara mara yang terdekat sahaja... kepada sesiapa yang jauh tu... pakat tengok gambo je la ye....

Rudy di samping habuan yang kami dapat untuk dibawa balik ke Puchong...... Si kenit tu.. nengok je...
Pekerja-pekerja Indon yang di import untuk menyetelkan ikan yang banyak tu.. (buang isi perut ikan) hihihi
Pergh...!!! Ini telur untuk sekor ikan jer... besarnya sama dengan saiz satu periuk besar kume... Bayangkan kalau ada 5 ekor ikan je yang ada telur... mau muntah telur ikan kume hari tu...

Ini ikan bersaiz sederhana .... main campak jer... mentang-mentang la yang saiz besor-besornya banyak....
Sebahagian dari ikan dapat ditangkap pada hari itu..... (sebenarnya semua ikan dapat tangkap... dah kolamnya kering.. mesti dapat semua ikan dalam kolam tu .. ye dak???)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri....


Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua...
Mohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali aku... Dari hujung rambut hingga hujung kaki... Maklum je la.. nak mintak maaf ni senang .. nak memaafkan tu yang payah tu.. lebih-lebih lagi bila luka tu tersusuk dalam sangat..... Aku tak maksudkan diri aku... heheh aku ni senang nak maafkan orang, tapi dengan syarat orang tu kena la mintak maaf dengan aku... hihihi

Sedar tak sedar dah lebih sebulan blog aku ni dibiarkan sepi tanpa sebarang berita...
Dan dalam masa sebulan tu juga la, aku sebenarnya sibukkkkkkk sangat menguruskan rumah tangga aku ni... dah la tu di bulan puasa pula...

Apa taknya, maid aku nak balik berpuasa n beraya kat rumah dia di Jawa Timur, Indonesia. Aduh.. besar sungguh dugaan aku di bulan puasa tahun ni.. Nasib baik juga la anak sulung aku , Dyna dah boleh diharap... dan rajin menolong aku, sampai aku pulak tak bagi dia nak tolong aku... Kalau takat nak tolong blend bawang tu kira ok la...ini ada ke dia kata dia nak masak ayam masak merah?? Pandai ke???? ish ish ish... Pandai makan tu aku tahu la...

Dan alhamdulillah selepas sebulan, sabtu lepas 18 Sept 2010, maid aku selamat mendarat di bumi Malaysia... Alhamdulillah... balik juga dia semula kepangkuan keluarga kami... bagi meneruskan rutin hariannya.. (huhuhu legaaaaaaaaa aku) Kalau tak tak tahu la aku nak buat camana... dah la kawan-kawan selalu cerita kat aku, kebiasaannya kalau maid balik kg, tak balik sini dah... Nasib baik perkara tu tak terjadi pada aku.... Tapi yang kesiannya maid aku cerita satu kotak barang yang dia nak bawak balik ke sini kena curi kat epot Surabaya.. kesian dia... (dan anak-anak aku) sebab dalam kotak tu ada hadiah anak2 aku.. huhu. Tak pe lah dah tak de rezeki, nak wat gone.. kan ..kan..kan??

Apa pun... aku dah lega dia kembali semula.. sebab minggu depan bermula la rutin aku yang baru... huhuhu....

Tungguuuuuuuuuuu...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...