Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah... sekali lagi kita diberi kesempatan untuk mengutip sebanyak mungkin pahala.. keberkatan... rahmat...keampunan dari yang Maha Esa...

Tanggal 21 Julai 2012 merupakan hari pertama seluruh umat Islam berpuasa... Tahun ini kami akan beraya di Kerayong untuk pagi raya nanti.... Apasal citer pasal raya niiii????? Baru sehari berpuasa.... hahahahha....

Ok ok berbalik pada puasa tadi.... tahun ni aku telah mewajibkan Hafzy yg berumur tujuh tahun untuk berpuasa penuh memandangkan tahun lepas puasanya semua separuh hari... Alhamdulillah utk hari pertama ni aku dan hubby berjaya pujuk dia utk teruskan puasa walau pun aku memang dah kesian dgn dia yang dah memang kurus cekeding tu...

Hari ni pun hari sabtu... So pagi-pagi tadi dh pergi pasar borong... Beli lauk pauk dan barang-barang keperluan dapur yang lain... Lepas tu lebih kurang jam 12 tengahari kami sekeluarga pergi jalan TAR... Beli baju raya siap-siap... Lepas ni tak pening dah kepala nak fikir pasal baju raya dah....

Sampai rumah lebih kurang jam 5 petang... Luruskan badan jap... Pas tu solat asar dan terus turun ke medan masakan... Hahah... Atas permintaan hubby aku masakla makanan kegemaran dia...Ikan masak merah.. Sayur air... Pastu aku panggang ikan... Saja wat extra...

Oh ya aku masakkan juga makanan permintaan Hafzy... Mee goreng sbb masa sahur tadi dia dah cakap awal-awal nak makan mee goreng bila buka puasa nanti...

Oh ya lupa nak citer... Masa kat jalan TAR tadi ada org edarkan bubur lambuk Kg Batu secara percuma... ALHAMDULILLAH ADA REZEKI AKU NK RASA BUBUR LAMBUK FAMES TU PADA HARI PERTAMA BUKA PUASA TAHUN NI.... HEHHHE DAH REZEKIKAN?????

Wednesday, July 18, 2012

16 Julai 2012... Tarikh transformasiku....

Tarikh ini merupakan tarikh perubahan hidup dan kerjaya aku... Aku telah ditempatkan di satu tempat kerja baru di Kuala Lumpur....

Semua yang berlaku terlalu cepat dan aku telah menerima cabaran kerjaya ini. Kalau ikutkan memang ianya 90% berubah dari kehidupan aku 2 tahun lepas.... Kalau dulu aku mengadap anak-anak didikku hari-hari... Tetapi hari ini aku akan menghadap orang-orang besar... guru-guru besar dan pentadbir a.k.a bos aku yang baik-baik ini... Insya Allah...

Rasa seronok tak dapat aku gambarkan lagi kerana aku baru 3 hari berada di sini... Tapi aku suka dengan cabaran ini. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk terus berada di dalam suasana bekerja di pejabat....

Insya allah aku akan cuba yang terbaik dan  berbakti untuk anak bangsa aku sendiri... Aku belum dapat surat penempatan di bahagian mana lagi....

Kalau dapat bahagian pengurusan guru... aku akan naik tingkat 4... tapi kalau di bahagian peperiksaan aku kekal di tempat yg aku duduk sekarang... menggantikan Ustaz Zulkifli Hamad (bekas Mursyid Imam Muda)

Rasa seronok dengan biah di sini... Memandu kita untuk bekerja di dunia dan mendorong kita untuk mengejar ganjaran di akhirat secara serentak...

Terima kasih JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI ) kerana menerima aku di sini....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...