Wednesday, July 18, 2012

16 Julai 2012... Tarikh transformasiku....

Tarikh ini merupakan tarikh perubahan hidup dan kerjaya aku... Aku telah ditempatkan di satu tempat kerja baru di Kuala Lumpur....

Semua yang berlaku terlalu cepat dan aku telah menerima cabaran kerjaya ini. Kalau ikutkan memang ianya 90% berubah dari kehidupan aku 2 tahun lepas.... Kalau dulu aku mengadap anak-anak didikku hari-hari... Tetapi hari ini aku akan menghadap orang-orang besar... guru-guru besar dan pentadbir a.k.a bos aku yang baik-baik ini... Insya Allah...

Rasa seronok tak dapat aku gambarkan lagi kerana aku baru 3 hari berada di sini... Tapi aku suka dengan cabaran ini. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk terus berada di dalam suasana bekerja di pejabat....

Insya allah aku akan cuba yang terbaik dan  berbakti untuk anak bangsa aku sendiri... Aku belum dapat surat penempatan di bahagian mana lagi....

Kalau dapat bahagian pengurusan guru... aku akan naik tingkat 4... tapi kalau di bahagian peperiksaan aku kekal di tempat yg aku duduk sekarang... menggantikan Ustaz Zulkifli Hamad (bekas Mursyid Imam Muda)

Rasa seronok dengan biah di sini... Memandu kita untuk bekerja di dunia dan mendorong kita untuk mengejar ganjaran di akhirat secara serentak...

Terima kasih JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI ) kerana menerima aku di sini....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...