Saturday, March 26, 2011

Pradas menderma....

Peristiwa ni dah agak lama berlaku.... 5 Mac 2011.... tempat kejadian adalah di rumah PR-WM.... terima kasih kepada Wak kerana sudi menjadikan rumah wak sebagai tempat pengumpulan barang-barang sumbangan dari ahli-ahli PRADAS untuk mangsa banjir di Johor.....

Aku dan PR HE sempat menghadirkan diri malam tu... Tambahan pula ada mesyuarat luar biasa... apa yang luar biasanya aku pun tak tahu..... same je aju tengok... heheheehe
Pak Presiden PR MF, sempat memberi 'pose istimewa' bersama barang-barang sumbangan.........
Alhamdulillah dengan kemurahan hati "rakyat' Pradas dapatlah barang-barang ini di'ada'kan.. termasuk pakaian terpakai (tak ada dalam gambar)

Dan keesokkannya, rombongan ahli PRADAS ke Johor untuk menghantar barang-barang tersebut... aku n PR HE tak dapat ikut... kami ada urusan lain masa tu.... Dan alhamdulilllah... semua sumbangan dapat disalurkan tepat pada orangnya...
PR-SJ ada bersama rombongan tersebut... suasana penyerahan sumbangan agak emo katanya... ramai mangsa berasa syukur yang amat sangat sambil menitiskan air mata... mereka tak sangka mereka antara orang yang terpilih mendapat bantuan yang tak seberapa dari kami walaupun sangat berharga bagi mereka.....
Tambahan lagi... sumbangan tersebut terus sampai secara terus kepada mereka... bukan melalui orang tengah... itu yang mereka terharu sangat tu...
Semoga usaha macam ni dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi Insya Allah... Semoga Allah jua yang dapat membalas segala jasa baik dan pengorbanan insan-insan terpilih tersebut... Amin.....

Melentur dari rebungnya......

Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya....Itulah pepatah orang lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.......
Dia nak isi sendiri syiling dalam tabungnya.... tak kasi orang lain tolong......
Tu dia.... sampai dua-dua tabung dia nak isi......

Macam tu lah yang aku cuba ajarkan pada si kecik aku ni...Macam biasa tiap-tiap petang kami ada menjual abc kecil-kecilan....

Memang kecil pun.... harga pun 30 sen dan 50 sen... disebabkan tu... banyak la duit sen yang terkumpul... dan si Hanin ni paling excited bila tiba masa nak isi duit syiling dalam tabungnya.....

Harap-harap berkekalan la amalan ni sampai dah dewasa nanti.... Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...