Tuesday, October 2, 2012

Ku di dalam dilemaaa..... (versi KRU)

Surat ni dah dapat minggu lepas... tapi di sebabkan hati gundah gulana hubby nk pegi DPA so, terlupa la buat seketika..

Tapi tidak boleh tidak ... Hari ini kena fikirkan juga... Esok adalah hari interviewnya... Temuduga Khas tu... bukan temuduga biasa....

Dengar kata aku mmg dah dapat, cuma sekadar nak melengkapkan prosidur je nak kena hadiri interview jugak...

Sekarang dah betul-betul dalam dilema.. Kalau terima, memang dekat dengan rumah.. 15 minit je ke putrajaya tu... Tapi bila aku beritahu bos aku pasal interview ni awal-awal dia dah bagitahu''' "Datuk tak kan lepaskan awak ni..."

Adoi... camana ni.... Walau bagaimanapun aku memang suka dah kerja JAWI ni... cuma jauh sikit la dari rumah aku... sejam perjalanan pergi dan sejam lagi balik.....

kalau Putrajaya best jugak... dekat dengan rumah... tapi macam tak best la pulak.. hubby keje KL aku pulak balik putrajaya... terbalik la pulak.. huhu

Apapun aku akan istikharah sebagai jalan terbaik.. Moga Allah beri aku petunjuk dan mendapat yang terbaik dalam hidup aku dan keluarga....

Monday, October 1, 2012

Menghitung hari...

1 Oktober 2012...

Suamiku memulakan kursus jangka panjangnya selama 6 bulan di IKWAS Kluang Johor.. Lamanya aku rasakan... tapi apakan daya.. terpaksa aku hadapi jua cabaran hidup ini...

Malam tadi sempat sembang dengan rakan baikku semasa di sekolah menengah agama Dong dulu... Kami chatting di facebook aje... jimat kan... huhu

Dia memberi semangat padaku untuk tabah dan banyak bersabar apatah lagi dalam keadaan aku yang agak lemah ini...

Kalau ikut memang aku rasa sangat sedih dan sedih.... tapi sampai bila... Aku harus kuat... demi anak2 aku yang sedang membesar di depan mata.

Terima kasih juga untuk kak tam aku yang banyak memberi sokongan dan nasihat padaku. kalau dia boleh harungi benda yang sama aku harungi sekarang selama dua tahun setengah kenapa aku perlu mengalah untuk jangka masa enam bulan sahaja kan....

So... aku kena kuat walau pun dapat aku rasakan kadang kala air mata ini akan gugur jua..

Ya Allah.... kuatkan semangatku dalam menghadapi hari2 getir dalam hidup aku... Sesungguhnya aku tahu Engkau sentiasa mendengar rintihan dan keluh kesahku..

Berilah sinar bahagia kepada kehidupan kami sekeluarga... untuk selama-lamanya. Aamiinnnn.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...