Friday, March 26, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah yang lepas 13-21 Mac 2010, aku cam biasa mesti berasa suke sangat sebab aku boleh balik Puchong bercuti....

Tapi yang tak bestnyer.. tang aku baliknyer la, hubby aku kena bertugas "di luar kawasan" huhuhu... Tak bestnye... Dia kena pegi Sarawak.. menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab.... 4 hari lak tu...15-18hb dia kena ke Sarawak... kena bagi speech...

Aku pun pk la mende nak buat masa hubby aku tak de ni.....

Pk punya pk aku ambik keputusan nak bawak anak2 aku balik kg kat Raub tu..... Kg aku. Dah lama aku tak balik kg sebenarnya... Maklum aje lah aku pun dah bermastautin kat Ganu ni lama dah.... So aku amik kesempatan bawak anak2 aku jumpa sepupu sepapat dia kat Raub tu... Tambahan lagi kakak aku ada kirim kain batik Ganu sekodi ngan aku... Dia tak nak datang amik kat Puchong, so aku kena la g ngantor...

Tiba-tiba member baik aku cal, kata nak ajak aku lepak Hotel... siapa lagi 9w2JSJ ler... dia pun kesorangan sbb MMJ pegi Bangkok... So setelah dapat restu dari REJ, aku pun bersetujulah untuk ikut JSJ lepak hotel... Huhuhu bukan jauh pun, Hotel Equatorial Bangi je... Aku pun angkut la anak2 aku ngan bibik sekali
Anak2 aku pun bukan main suka lagi..... Bukan apa... diaorang target nak pergi pool aje... huhuhu...


JSJ sedang melayan anak-anaknya mandi... Dengan maknyer terjebak sekali dalam kolam....
Hanin... suka sangat mandi kolam... first time dapat berendam dalam kolam... Tak nak naik... Bibik pegang badannya pun tak suka... Macam dah besar sangat nak mandi sorang-sorang...
Abg Chik pun suka juga... Dapat pulak jaket keselamatan tu (pinjam dari anak JSJ). Dah lama diaoang ni tak mandi pool.
Hanin dari duk dalam pelampung, kuar pulak.... tak mahu dah pakai pelampung... nak berdiri je dalam kolam tu. Nasib baik pembinaan kolam ni dibuat dengan penuh penghayatan... huhuhu...
Kolam ini di bina bertangga jadi Hanin boleh la lepak dalam kolam takat paras pinggang dia... Bagus juga kolam wat cenggini....
Hanin berehat sebentar, selepas kesejukan dan berpanas di bawah mentari.. macam omputeh la pulak... Amende ke tidaknya... jari habis semua dah kecut... tu yang angkat kejap, balut ngan tuala dan dudukkannya atas kerusi dulu.... Pas tu.... mandi lagiiiii
Razyn... mandi sampai tak peduli ke orang .... suka sangat gamoknye...
Dyna dengan cubaan kuak lentangnya.... Eleh... pakai pelampung... boleh la... Tapi sekurang-kurangnya anak-anak aku dah ada water confident...
Menunggu ikan-ikan datang selepas penat mandi manda di kolam...
Tu diaaaaaaa..... ikan dah datang... Banyak betul.. taku dibuatnya kalau tengok live... Agoknya orang kat hotel tu tak bagi makan kot.... Pantang nampok orang... menyerbu je ikan-ikan tu sume datang....
Bergambar kat lobi semasa check out..
Razyn, Hafzy dan Dyna bergambar kat pintu masuk utama Hotel Equatorial Bangi....
Posing sebelum balik.... Gaya muka dah puas hati belaka dah tu....
Menuju ke kereta... Nak balik kg Raub pulak....

Thursday, March 4, 2010

Sape ada mak??????

Baru dapat dari email... mungkin korang dah pernah baca sebelum ni...
Aku baru kali ni dapat... Nak kata klakar sangat tak de la...
Tapi kalau boring-boring tu boley la korang layan ....

Apa lagi... LAYANNN....


Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.
“Lu kenapa ni Apan?” – Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni k ira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.
“Mak gua hilang la..” – Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!
“Mak lu hilang?, bila hilang?” – dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.
“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.
Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.
Kira kira lima belas minit kemudian,dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.
“Mak gua dah jumpa..” – kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.
Gua cepat cepat bersyukur:
“Alhamdulillah… Jumpa kat mana?”,
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
“Dalam sinki penteri.”
Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.
MUG la Apan.. MUG ..!!, pronunciation macam jahanam!
Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.


Hahaha... aku pun tertipu....

73.
88

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...