Wednesday, June 23, 2010

The very beautiful blogger....




Hahaha.. akhirnya... dapat juga aku add gambo ni dan paste kat blog aku...

Sekalung terima kasih kepada cekwa di atas kiriman gambo ini... Terima kasih juga kerana memilih aku di antara ramai-ramai orang dalam dunia ni yang dikenalinya... Kiranya aku ni termasuk senarai pendek cek wa la kot...

Huhu.. ni yang buat aku terharu, sampai nak kuor air mata ni...
Time kasih sekali lagi cek wa...
Tahun ni koi bagi duit raya RM5 kat cek wa yea......

hua hua hua...

Langkawi trip... 10-14 Jun 2010



Inilah holiday aku yang paling panjang bilangan harinya...5 hari... huhu.. kalau kastam epot tahu dah tentu aku kena bayar cukai masa tuh.... Tapi cemas juga la aku nak kena bayar... nasib baik aku sempat buat muka kesian.... huhu.. aku pun baru tahu prosedur melawat Langkawi hanya 3 hari 2 malam je… lebih dari tu, kena bayar tax… huhu nasib baik kali ni selamat…

Trip aku kali ni sempena cuti sekolah dan sempena kursus yang dikendalikan hubby aku pada 8-10 Jun tu.. so aku ambik keputusan untuk g holiday sebab anak-anak aku sokmo tanya bila lagi nak naik 'eloprane'... hehehe... gitu la sokmo sebutnya.. bukannnya aeroplane....

Maka pada 10hb tu, aku berangkat la dengan anak-anak aku je.. (termasuk bibik)... Masa sampai epot, parking kete penuh... alamak.. terpaksa la aku berlegar-legar dekat setengah jam juga la... sampai staff LCCT offer aku untuk parking kat tempat staff sebab dah penuh .... deal punya deal tetiba anak aku, Dyna nampak satu parking kosong.. apa lagi.. cepat je Dyna keluar kete pegi berdiri tpt parking kosong tu sementara aku nak memulas stereng pergi ke parking tu.... hehehe Alhamdulillah.... Nasib baik bertolak awal.. kalau dak.. terlepas kapal la kita orang... huhu

Dalam kapal, anak-anak aku makan chicken rice yang dah aku beli siap-siap masa beli tiket tu.. dapat la diskaun sikit... sikit jer... Sampai kat Langkawi kira-kira 5.30 petang.. hubby aku dah tunggu dengan keta sewa. Kami sewa wira aje... ok lah , bukan ramai pun, kalau takat anak-anak aku tu boleh himpit-himpit je... kecik lagi...

Then check in hotel seaview... agak luas juga bilik tu.. tapi tu la kan... satu bilik je dah RM150.00 tak masuk tax lagi... kena ambik 2 bilik... kali ngan 5 hari??? Gulpppp!!! Tak boleh jadi ni...

Dapat la tido semalaman... esoknya atas bantuan CC Isma ( hehe betul ke dak nama CC ni...) kami pindah ke IPP (Institut Pengurusan Peladang) ... nama macam tak glamer, tapi bilik dia kira top 5 juga...Kami ambil family suite.. besar juga la … ada living room, master bedroom dan satu bilik lagi dengan 2 katil single…kira ok la tu…Harga pun kira murah jugalah.. kami dapat harga staff ( Terima kasih skali lagi pada CC).. Cuma breafast tak dak ler.. swimming pool pun tadak... tu yg anak-anak aku macam frust... tapi tak pe.. tak dapat pool.. ke pantai Cenang kami bawak... 2 kali mandi lagi.. huhu.

Seronok mandi kat pantai Cenang walaupun ombak besar tapi kami boleh pergi sampai ke tengah laut juga… masa ombak tengah nak naik (sebelum menghempas) kami sempat la pegang tangan ramai-ramai, dan mengapungkan diri pada ombak besar tu. Anak-anak aku paling suka, sebab ini pengalaman pertama pergi ke tengah sikit laut tu.. kalau tak selama ni main kat gigi pantai jer…. Itu pun kejap-kejap papanya panggil… “Razyn… main kat sini je…” sambil tunjuk kat paras air laut takat buku lali dia tuh… hehehe

So, memandangkan ni dah kali ke 3 atau 4 aku ke Langkawi, so aku tuju tempat yang aku rasa best je la... Ismail Group, Idaman Suri, Cable car (tak naik sbb hubby gayat), Makam Mahsuri dan Joyride Island Hoping... ada eagle feeding, g tasik Dayang bunting dan mandi di Pulau Beras Basah... (aku rasa dinamakan beras basah sbb pasir pantainya warna putih-putih sikit dan sangat halus... warna air lautnya jangan cerita la... sangat jernih sampai aku boleh nampak anak-anak ikan bilis di gigi pantai masa ombak menghempas) Maha suci Allah yang menjadikan sekelian alam..

Alhamdulillah, percutian aku kali ni tak ada yang buat spoil… semuanya berseronok dan semuanya puas hati nampaknya… Rasanya lepas ni aku nak pergi Pulau Redang pula lah… mesti seronok agaknya… Anak-anak pun dah semakin membesar … Dan aku tak pastu bilakah akan tertunai hajat aku ini…

Mungkin 10 tahun lagi??? Ermmm entah la….. Apa pun terima kasih pada hubby aku yang banyak memberi sokongan pada aku… Terimalah hadiah Sony Handycam dari aku sempena Hari Bapa tahun ini…. We love U!!!

Chow…

Aku kini....

Sekarang ni aku rasa agak boring sebab semua perkara aku kena lakukan sorang-sorang...buat kerja sorang-sorang... makan sorang-sorang... drive sorang-sorang... balik sorang-sorang.... buat sebarang keputusan sorang sorang..... emmm bosannya la rasanya... bosan sangat...

Maklum aje lah selama ini aku selalu berdua dengan 'dia'... boleh dikatakan lebih 7 tahun aku akan kemana-mana saja dengan 'dia'.

Nak makan dengan 'dia' ....nak kemana-mana pada bila bila masa dengan 'dia'....nak berbincang dah tentu dengan 'dia' .... pendek kata di mana ada aku maka dia sentiasa di sebelahku...tapi semenjak 'dia' dah ada komitmen lain ni semua aku kena buat sendiri dan aku rasa sunyiiii sangat...

Aku rasa macam patah semangat, sebab aku rasa keseorangan...
Aku hampir menangis mengenangkan seolah-olah aku dah tak diperlukan....
Aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat sebab aku rasa seperti ditinggalkan....
Rasanya seperti terlalu banyak beban yang ditinggalkan untuk aku galas...
Aku seperti putus asa....
Aku patah semangat...

Namun aku sedar...
Aku tak boleh bergantung padanya selama-lamanya
Aku perlu mencari arah aku sendiri...
Aku perlu bangkit
Aku perlu kuat..
Aku perlu tabah...

Ya Allah... kau tabahkan hati ini dan kau kuatkan pendirian ini untuk mengahadapi hari-hari yang mendatang.....
Jadikan lah aku hamba mu yang kau sayangi dan tempatkanlah aku bersama-sama golongan yang kau pilih di Syurga...

Amin...!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...