Friday, July 30, 2010

UniSZA Convocation... 27 Julai 2010


Alhamdulillah... setelah berpenat lelah dan mengharungi pelbagai dugaan, cubaan, cabaran dan rintangan (macam same je lebih kurang maknanya tu...) maka dengan rasminya, aku berjaya menghabiskan course yang aku ambil selama 8 bulan ini.....

Dengan ditemani suami dan anak-anak tercinta maka berangkat la aku ke Terengganu untuk menerima habuan sepanjang aku bekerja keras selama ini.. Alhamdulillah aku juga berjaya menjadi best student untuk course yang aku ambil ini.... (kalau arwah mak aku ada, mesti dia bangga giler kat aku masa ni... )

Terima kasih yang tak terhingga kepada hubby aku yang memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan sepanjang aku berada di sana...

Bukan senang ooo... berjauhan dengan suami dan 4 orang anak... kalau tak kuat semangat mahu belajar sekerat jalan je tu...

Dari Terengganu hingga ke Puchong Selangor.. bukan dekat-dekat tu... Drive pun dah makan 6 jam... ( huhu first time aku drive sorang balik ke Puchong... drive sorang-sorang tu... eksyen jugak la...)

Now, dah selesai perjuangan aku setakat ini untuk aku melangkah lebih jauh lagi..... Semoga aku berjaya dan terus berjaya.. Insya Allah...
Bersama adik-adik angkat aku... Nadia dan Kusai... (huhu jangan marah noo kusai... hang nak kawen dah hujung tahun ni..... )
Bersama teman seperjuangan yang baik dan gila-gila... Puyen, Nadia, Q, Nad , aku n Aiman...tak kisah...
Rakan seruamh aku masa praktikal 3 bulan... (Dari kiri: Aku, Nad, Q dan Nadia)
Dari kiri: Ct Fauziah, Puan Tuan Mazura.. (jangan mare Aju), Aku (hood dah nak mencekik leher aku tuh), Q ( tengah mencari-cari pilihan hati) dan Nad ( nak kawen gak hujung tahun ni..)

Dan terakhir sekali... buah hati pengarang jantung aku..... Dyna, Hafzy, Razyn dan Hanin (d dukung oleh bibik). Terima kasih kerana korang memahami keadaan mama selama mama berada di Terengganu.. Mama doakan korang juga akan berjaya di masa akan datang... Turutilah jejak langkah mama dan papa... bukan takat di sini tetapi hingga ke oversea.... Aminn..!!!

Cuba teka apa yg minah ni bawak???

Ha ha ha nak tau satu cerita???? Kisah ni berlaku pada 27hb Julai 2010 di Terengganu...

Masa ni kita orang baru balik dari beli kepok leko ngan kepok keping kat Batu Rakit....
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sorang minah (pelajar U kot) yang bawak motor ni... boleh tahan juga lajunya dia bawa motor... (atau kete aku yanag dibawa dengan perlahan...???)

Sepanjang perjalanan tu, maka bergilir-gilir la sama ada kete aku di depan atau motor dia kat depan kete aku...

Tetiba mata aku tertumpu pada sesuatu kat bakul motor dia tu... ada 2 kelibat benda yang aku rasa macam aku kenal je bende tu... Uiks.. Biar betul dia ni....betul ke minah ni bawak barang tu dengan begitu laju sekali???? siap potong kete aku lagik... (masa kat trafik light la.. hehehe)

Kalau korang pandai agak agak ape kebende la kan????
Nak tau???


Jeng....


Jeng....


jeng .....

skroll bawah lagi...... hehehe


lagi


lagi















































Tu dia..... jangan tak caya....

Dengan penuh keyakinan dan keberaniannya.... dia letak buah durian kat bakul motor dia tu...
Aku rasa ada la lebih kurang satu inci setengah je duri durian tu dengan kepala lutut dia.....

Bayang kan la, kalau dia break secara tiba-tiba... huh !! Mau 4 jarum juga tu nak sambung kulit kepala lutut dia hehehe

Sekadar ingatan kepada aku dan semua... Moralnya... berhati-hati la d jalan raya....

Aku doakan minah ni selamat sampai ke destinasi (sebab kami terpisah masa kat simpang UMT @ Kustem) dan selamat menjamu selera dengan buah durian yang di bawanya....

Bukan senang oo nak bertarung nyawa demi seulas buah durian.. huhuhu

Wednesday, July 21, 2010

Aku pun tak tahu nak kata ini persoalan baru ke lama.... Tapi tu la kan.. pada pendapat aku bila persoalan ini timbul tak penting, tapi persoalan itu sendiri yang penting untuk difikirkan.....

Bukan nak salahkan orang yang mereka cipta tudung... tapi bagi aku orang yang membeli tudung tu yang kena berhati-hati... Semua perempuan nak nampak cantik.. mana-mana ada keluar design baru semua nak cuba.. tapi bagi aku... jangan la disebabkan terlalu ikut peredaran masa (takut dikatakan ketinggalan zaman) kita nak cuba semua benda tanpa memikirkan baik buruknya.... diredohi atau tidak...

Cantik memang cantik.. tapi berpada-pada la.. kita kaum perempuan ni kena berhati-hati... Bagi aku ini salah satu agenda 'pihak tertantu' nak menyesatkan umat islam . Kalau lihat pada cara perempuan islam berpakaian sekarang ni aku rasa, 'pihak tertentu' tu dah menang...... Tak puas dengan melalaikan kita dengan cara berpakaian, cara kita bertudung pun nak dihanyutkannya sekali.....


Aku tertarik entry blog Dr cinta punya blog ni...(kredit untuk beliau) aku pun main copy je pendapat dia ni...

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.
Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

So, malas nak komen panjang-panjang....
Fikir-fikirkan lah.... bukan dosa pahalanya dapat ke orang lain... dapat ke kita juga... untuk dibawa ke Sana nanti....

Sekian... (huh serius giler entry aku kali ni... )

Thursday, July 8, 2010

Hari Lahir Fadzrin Anwar... 3 tahun...


3 Julai 2010.... Abg teh sms aku sampai 3 kali memberitahu nak buat sambutan Hari lahir Fadzrin... Amboi... 3 kali tu... 3 kali... hehehe

Kebetulan pada masa yang sama mak mertua, ayah mertua , kak wa sefamily datang rumah aku.... sebab nak ambil asyraf dr kem latihan Sg Besi dan nak mendaftar di Universiti Petahanan pula... (tahniah Asyraf!!!) Erm... tak pe lah aku bukannya pegi lama sangat pun... sepetang je kalau nak lepak rumah abg teh pun... hehehe

So, anak-anak aku yang paling excited nak pergi... bukan sebab nak makan kek sangat... nak bermain je sebenarnya... dengan sepupu dia tu....

Sampai je umah teh, kecoh je mulut fadzrin cerita dia ada kek besar... Aisey, aku baru teringat yang aku datang tak bawak hadiah pun..... tak pe lah aku bagi voucer berbentuk wang tunai je lah... huhuhu

So, kek dah ready nak tiup, maka berdendang la anak-anak aku dengan anak-anak abg teh menyanyikan lagu yang satu dunia pun tahu lagu tu...
"Happy birthday to youk....
"Happy birthday to youk....
"Happy birthday to fadzrin....
"Happy birthday to youk....'''

Di atas tu adalah senikata Fadzrin ... aku salin semula... moncong je mulut dia masa menyebut perkataan you tu... sebab tu jadi youkkkk....
Abang ngan kakak Fadzrin yang excited nampaknya....
"Ngape la papa aku tak beli cup cake untuk aku kali ni....Kat abang papa beli..... Ini tidak adillllllllll!!!!" Kata Fadzrin di dalam hatinya...
Tak kisah la kek apa pun... janji ada kek... "Kak tolong potomkan... adik nak makan kek...."
Lepas potong kek, kami dijamu dengan mee goreng buatan tangan abg dan kak teh aku... (kak teh?? cam pelik pulak panggil cam tu ..... heheh)

Then, lepas perut dah kenyang dan dah borak-borak serba sedikit ( heheh sebenarnya kami ada rancangan baikkkkkk punya hari minggu tu di Putrajaya.. syyyy!!!!) kami pun minta diri nak balik....

Ye la kan tak baik duk lama-lama kat rumah orang, lagi pun tak maghrib lagi....

Kepada Fadzrin... Selamat hari lahir... selalu-selalu lah potong rambut tu... Mak chu tak nak dengar lagi ada orang kata cenggini.....

" Laaaaaa ngape potong rambut cam budak lelaki niiiiii??? "

Heheheh.... hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu maksud perkataan di atas...

OK... chow chin chow....



RAE di Pacific Ballroom, Pan Pacific Hotel

Baru-baru ni, 30hb Jun 2010 bertempat di Pacific Ballroom berlangsung la peperiksaan RAE bagi peminat radio amatur....

Pada mulanya aku tak de plan langsung nak pegi... semuanya kebetulan aje masa aku buka radio 'frekuensi' PRADAS aku terdengar member baik aku nak gi sana memberi sokongan pada bakal-bakal 9W yang bakal berperang dalam bilik sejuk beku tu... (memang sejuk giler bilik exam.. setiap kali exam memang macam tu...)

So, aku menawarkan diri aku untuk ikut serta.. maklum je lah aku nak ulang alik ke office memanjang bosan juga... kebetulan tak ada yang urgent kat office aku.. so apa lagi....

Sesampai aje aku dekat kawasan hotel Pan Pacific, alamak... mana nak parking ni... tanya jockey brp nak kena bayar? Diaorang jawab RM16.00 sejam... selepas tu RM5.00 untuk jam berikutnya...Gulppp!!! Ambik kesempatan nampak???

Pikir-punya pikir.. malas la nak ambik jockey.. tak berbaloi baloi... So aku ngan member aku redah cari tempat parking yang murah sikit... ( tak de ke murahnya kalau dah kawasan KL tu...)

Pan Pasific tengah renovation pulak... ermmm tanya hemsem guy yang jaga pintu masuk, dia kata sebelah kiri.. kena ikut laluan under revovation tu... OOOoo ye ke??? Ermm akhirnya kami sampai jugak la ke tempat yang nak di tuju...

Masuk je, aku tengok ... Laaaaaaaa.... tak ramai pun orang kat dalam ni... tengok jam.. ermmm baru jam 1.15 patut pun... exam start jam 2.00 petang.. Tapi rakan-rakan yang memberi moral support pun tak ramai yang datang... Aku rasa sebab pertama tempat yang dia buat ni tak best, sempit dan susah nak parking kete dan kedua MCMC buat 4 kali setahun exam, tu rakan-rakan macam dah tak exited nak datang kot... heheh anggapan aku je la, tak de kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.....

Then, aku melilau-lilau mencari tempat yang sesuai untuk lepak-lepak... Ada 2 kerusi je yang kosong....Dah ada penduduk tetap pulak tu... aiseh, nak duk mana ni???



Akhirnya, lantai la menjadi sasaran kami... dengan bersila aku buka laptop... kononnya nak la layan FB... tapi ramai sangat kengkawan yang datang dan borak-borak ngan kami... so aku tutup balik la... (Tak best layan FB pastu ada orang duk sebelah.. hohoho)

Tepat 2 petang semua calon masuk dewan... Mulanya aku nak tunggu sampai habis ... tapi ada hal yang sangat penting berlaku petang tu.. so aku ngan member aku, Rafidah terpaksa balik dulu....


Kepada semua calon RAE yang berperang pada bulan jun tahun 2010 ni, aku doakan korang berjaya menggenggam trophy 9W tak lama lagi....

Sehingga berjumpa lagi.... 73 88

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...