Friday, July 30, 2010

UniSZA Convocation... 27 Julai 2010


Alhamdulillah... setelah berpenat lelah dan mengharungi pelbagai dugaan, cubaan, cabaran dan rintangan (macam same je lebih kurang maknanya tu...) maka dengan rasminya, aku berjaya menghabiskan course yang aku ambil selama 8 bulan ini.....

Dengan ditemani suami dan anak-anak tercinta maka berangkat la aku ke Terengganu untuk menerima habuan sepanjang aku bekerja keras selama ini.. Alhamdulillah aku juga berjaya menjadi best student untuk course yang aku ambil ini.... (kalau arwah mak aku ada, mesti dia bangga giler kat aku masa ni... )

Terima kasih yang tak terhingga kepada hubby aku yang memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan sepanjang aku berada di sana...

Bukan senang ooo... berjauhan dengan suami dan 4 orang anak... kalau tak kuat semangat mahu belajar sekerat jalan je tu...

Dari Terengganu hingga ke Puchong Selangor.. bukan dekat-dekat tu... Drive pun dah makan 6 jam... ( huhu first time aku drive sorang balik ke Puchong... drive sorang-sorang tu... eksyen jugak la...)

Now, dah selesai perjuangan aku setakat ini untuk aku melangkah lebih jauh lagi..... Semoga aku berjaya dan terus berjaya.. Insya Allah...
Bersama adik-adik angkat aku... Nadia dan Kusai... (huhu jangan marah noo kusai... hang nak kawen dah hujung tahun ni..... )
Bersama teman seperjuangan yang baik dan gila-gila... Puyen, Nadia, Q, Nad , aku n Aiman...tak kisah...
Rakan seruamh aku masa praktikal 3 bulan... (Dari kiri: Aku, Nad, Q dan Nadia)
Dari kiri: Ct Fauziah, Puan Tuan Mazura.. (jangan mare Aju), Aku (hood dah nak mencekik leher aku tuh), Q ( tengah mencari-cari pilihan hati) dan Nad ( nak kawen gak hujung tahun ni..)

Dan terakhir sekali... buah hati pengarang jantung aku..... Dyna, Hafzy, Razyn dan Hanin (d dukung oleh bibik). Terima kasih kerana korang memahami keadaan mama selama mama berada di Terengganu.. Mama doakan korang juga akan berjaya di masa akan datang... Turutilah jejak langkah mama dan papa... bukan takat di sini tetapi hingga ke oversea.... Aminn..!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...