Sunday, February 27, 2011

Rezeki petang Ahad dan Barang baru.....

Ini lah yang dikatakan, rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari...

Petang Ahad yang damai (27 Februari 2011), sedang aku asyik leka menyiapkan tugasan yang berlambak tiba-tiba anak aku datang menyampaikan 2 bungkusan makanan yang di berikan oleh jiran baru aku (baru pindah ke kawasan rumah aku ) Selepas mengucapkan terima kasih.... tanpa membuang masa kami sekeluarga menikmati nasik pulut kuning dengan kari daging yang memang marveles rasanya.... Walaupun tak banyak mana, tapi kami berpuas hati...
Bak kata pepatah.. sikit sama dicicah, banyak sama dilapah...
Terima kasih jiran baru ku....


Selang beberapa minit jer... datang sebuah lori di hadapan rumah aku.... huhuhu
Barang yang kami oder dah sampai rupanya.... Nak tahu apa dia...
jeng.... jeng.... jeng......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Inilah dia Microwave baru aku... Jenis Panasonic....( macam la korang tak reti nak baca kat kotak tu kan???) Apa yang istimewanya, microwave ini boleh memasak / panaskan lauk, dan memasak kek..... Kira 2 dalam satu la tu....

Huhuhu... cita-cita memang tinggi.... Lepas ni aku nak cuba buat semua jenis kek yang ada di dunia ini.... Maklum je lah.. selama ni aku pakai oven jer... kadang-kadang kek naik sebelah ajer.. kadang-kadang kek tak naik.. tu yang aku nekad nak beli jugak tu... walau pun aku tahu.. aku bukan la tukang masak yang terror... Tapi sekurang-kurangnya.. aku ada semangat... ye dak????

Nak tengok oven kesayangan aku selama ni....???


Memang antik abis kan??? Korang jangan ketawakan aku pulak....Inilah dia Oven yang aku miliki selama ini..... Masih boleh digunakan sebenarnya.. tapi tu lah... aku kan sukakan kesempurnaan..... ahaksss...

Oven ni aku dapat dari cabutan bertuah dari Nona Roguy kerana aku menjadi ahli barunya.... Nak tahu bila aku dapat oven nih???

Tu dia... sebaik aje aku dapat, aku terus tulis tarikh pada kepala plug oven nih... Kira punya kira.. pergh... dah 9 tahun usia oven ni... kalau orang tu... dah masuk darjah 3 hehehe... Aku ni boleh di kategorikan orang yang pandai jaga barang jugak la kan???

Oh ya.. ada satu lagi, barang yang sampai petang tu....



Peti ais sederhana besar... Nak buat aiskrim pelbagai perasa..dan air batu banyak-banyak... . Maklum je lah.. kami dah jadi penjual ABC pula sekarang ni...

Hik hik hik....

Thursday, February 10, 2011

Alhamdulillah.....

Baru aku sedar.... kali terakhir aku update blog aku adalah pada hujung tahun lepas ( lepas tolak 2 ntry yang aku masukkan semalam).... Lamanya aku tak bersama blog kesayangan aku ni.... Emmm... semenjak aku bertukar kerjaya ni, macam-macam tugasan yang perlu aku lakukan... dah la tu ada dateline pulaknyer.... Adu la...

Aku tengok-tengok balik, aku tak sempat nak ucap selamat tahun baru 2011 dan selamat menyambut tahun baru cina.. hehehe... kira sibuk tahap cipan la tu...tahun ni memang tahun yang menguji kesabaran aku nampaknyer.... Dengan urusan di tempat kerja baru... menguruskan anak baru masuk darjah satu..... menguruskan anak masuk tadika... menguruskan urusan keluarga di kampung ... Fuh.... kalau di ingat2kan memang memenatkan....

Tapi tak per, dah ini jalan yang aku pilih... Rasanya tak salah dah pilihan aku ini... Haluan hidup yang aku pilih ni diharap mendapat keberkatan dariNya.... Amin...

Malam ni aku tak de apa nak cerita, cuma aku rasa agak gembira sebab telah berlaku sesuatu yang mengembirakan hidup aku pada hari ini.... Beban yang aku rasa memberati bahuku , akhirnya telah hilang dengan hasil yang telah aku lihat pada hari ini... Leganya rasa...

up load gambo sikit.... hihihi
Tu dia..... kirik kanan,,, kirik kanan.... kiri lagi... hihihi
Dan lagi.... semangat sungguh mereka-mereka ini....

Harap-harap, kami boleh menjadi salah seorang pemenang dari belasan kumpulan yang bertanding pada Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul minggu depan di stadium Shah Alam....

Insya Allah... Amin...

de 9W2MEZ

73




Tuesday, February 8, 2011

Mari memasak.... sambal itam

Macam rancangan masakan la pulak.... hihihi

Sebenarnya aku bukan nak tunjuk pandai... sekadar berkongsi resepi...
Sambal itam adalah merupakan masakan orang pahang yang telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita dahulu.... Pada mulanya aku pun tak berapa tahu pasal sambal itam ini.. sehinggalah pada bulan puasa tahun lepas aku berkunjung ke rumah kakak aku dan pada masa tu dia tengah menumbuk ikan bilis di dapur... Lalu aku yang memang petah berkata-kata ni terus bertanya, apa yg dia tengah buat... Rupanya dia tengah menyediakan sambal itam untuk bekalan anaknya yang berada di Kolej Matrikulasi Banting.... Sebagai pembuka selera di bulan puasa katanya...

Tak mau citer panjang-panjang... meh kita lihat camana nak buatnyer....

Memula kita kena sediakan ikan bilisnyer....belah dan cuci bersih-bersih tau... lebih kurang setengah kilo jer..... sebab belimbing itamnya aku guna semangkuk penuh... ala mangkuk macam kita beli yong tau fu kat pasar malam tu...
Cili padi.... mesti cari yang pedas-pedas tau.... Kalau kat kampung cari cili yang kecik-kecik tu baru petul-betul pedas.... tapi kalau dah duk bandar ni kena pandai cari cili yang betul-betul pedas... cili ni aku beli kat Mydin USJ... boleh tahan jugak la pedasnya.... Sekampit 99 sen... so, aku ambil dalam sekampit setengah....

** sekampit = satu bungkus
Haaa..... ini bahan yang paling mahal... bukan mahal sebab apa... mahal sebab payah nak dapat... Aku dapatkannya pun kat pasar Ahad Benta.. katanya kat sana memang pure belimbing itamnyer... Harga dalam RM5.00 jer semangkuk...cuma proses nak memasakkan belimbing ni memakan masa yg agak lama... Hanya otai je yg pandai buat....

Dan aku bukan otai tu....

Ok... semua bahan tadi ditumbuk berasingan.....
Ini pula gambar anak lelaki aku yang paling excited nak tolong tumbuk.... Jadi sebagai ibu yang prihatin, aku benarkan dia menunjukkan bakatnya.....
Ok, selepas semua bahan tadi ditumbuk, gaulkan dulu cili dan belimbing itam tadi di dalam mangkuk... orang dulu-dulu kata, gaulkan dulu atas darat..... pas tu baru masukkan dalam kuali...
Ok, ini adalah kuali warisan yang memang sesuai sangat nak membuat sambal macam ni...
Panaskan minyak.... hahaha ini pun nak kena bagitau ker???
Pas tu masukkan cili dan sambal itam tadi beserta ikan bilis, dan gaul la sehingga semua bahan-bahan tadi sebati... Masak dengan api sederhana...
Teruskan mengacau sehingga bahan-bahan tadi bertukar kaler...Dan inilah hasilnya.... sambal belimbing itam namanya.... kenapa itam??? Tengok la sendiri kalernyer.....

Slamat mencuba...

73, 88

Terima kasih....

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh......

Kepada semua pembaca blog yang dikasihi semua, terma kasih atas pandangan dan sokongan yang diberikan... Sebenarnya blog yang aku tulis di sini adalah sebagai rentetan kenangan yang telah aku tempuhi dari sehari kesehari , bulan ke bulan dan tahun ke tahun....

Semua kenangan yang telah aku lalui, hanyalah tinggal kenangan... Semuanya itu akan aku kenang sebagai detik manis, masam, pahit, kelat dan sebagainya.... Kenangan itu akan aku simpan dalam-dalam kerana semuanya tidak akan berlaku untuk kali yang kedua.

Melihat perkembangan tumbesaran anak-anak aku di dalam blog ini, ia telah menjadi satu kenangan yang paling manis dalam hidup aku..... Tidak ada perkara yang paling menggembirakan melainkan dikurniakan suami yang penyayang dan anak-anak yang comel yang sedang membesar, keluarga yang sentiasa mengerti pahit manis laluan hidupku....kawan-kawan yang sentiasa menyokong perkembangan kerjaya aku.... terima kasih semua... kerana kalian aku masih disini....

Semoga jalinan ukhuwah kita tidak akan terputus sampai bila-bila... Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...