Friday, September 27, 2019

Kisah 3: Bersabar Lebih Baik

Pagi ni Cikgu Mala berjalan sambil menghirup udara segar mengeliling kawasan sekolah yang berwajah baru kerana Pengetua talah melakukan revolusi besar-besaran sempena PAK-21.

Sekolah Cikgu Mala memang nampak cantik dan kemas. Semua bilik darjah diberi wajah baharu. Mana-mana perabot yang tidak diperlukan akan di letakkan di dalam bilik setor. 

"Wah... nampak sangat luas kelas kita" getus Cikgu Mala. Cikgu Mala bersetuju dengan tindakan Pengetua yang mahukan kelainan dalam sistem pemerintahannya. Tapi dalam pada itu, Mala kurang berpuas hati terhadap tindak tanduk GPK Koko yang baru masuk ke sekolah itu kira-kira dua bulan yang lepas.

"Semua barang ini masukkan ke dalam setor."  Arah GPK Koko tersebut dengan telunjuknya mengarah terhadap barang-barang kelas cikgu Mala... "Cikgu, panggil pelajar kita untuk bantu   pindahkan semua barang yang tidak diperlukan lagi." Tambah GPK Koko tersebut.

Mala jadi bingung... "Eh kenapa GPK Koko ni mengarahkan kita, bukan ke sepatutnya GPK Pengurusan yang merancang, mengelola, mengubah dan membuat keputusan sepatutnya? Bukan ke Pengetua dah maklum dalam mesyuarat Guru baru -baru ini.?" bisik Cikgu Mala kepada Cikgu Wani pembantu guru di dalam kelasnya..

" Entah la... saya pun tak faham.... Sekarang ni bukan takat kelas Cikgu saja yang kena dialihkan perabotnya, malah kelas Cikgu Fairul, Cikgu Aznira, Cikgu Syikin pun dia beri arahan macam tu."Balas Cikgu Wani.

Cikgu Mala terus berjalan sambil tersenyum teringatkan perbualan beliau dengan Cikgu Wani semalam. Tiba-tiba Cikgu Mala terserempak dengan sekumpulan guru lain yang sedang berbincang sesuatu. Cikgu Mala menghampiri kumpulan tersebut dan menyapa mereka. 

Kumpulan Guru tersebut menjawab sapaan Cikgu Mala. 

"Hi Kak... macam mana pergi oversea.. seronok? " Tanya Cikgu Bedah.

"Mestilah seronok" balas cikgu Mala acuh tak acuh. Bukan selalu pun Cikgu Mala pergi ke luar negara, itu pun sebab geng Master dan PhD di universitinya buat rombongan pendidikan tu. Alang-alang dah dioffer, Cikgu Mala pun ikutlah. Nak tambah pengalaman baharu la katakan....

"Haa... Macam saya pergi Macau dulu... pun best jugak.." Bla..bla..bla.... balas Cikgu Bedah.

Malas cikgu Mala nak melayan cikgu Bedah yang bermulut besar tu. Dah la cerita pergi Macau tu sudah untuk kesekian kalinya dia bercerita.. Ini pun dia duk ulang lagi... Cikgu Mala menunjukkan muka kurang berminat untuk mendengar penjelasan lanjut cerita Cikgu Bedah.

Rupanya mereka pun sedang berbincang tentang perubahan yang Pengetua lakukan di sekolah ini juga. 

Lantas, Cikgu Mala pun menyampuk." Saya tak faham.. kenapa GPK Koko boleh beri arahan kepada kita juga ye. Dah la semalam kelas saya yang jadi mangsa. Habis semua perabot nak dibuangnya. Nanti kalau nk guna semula perabot tu, nak cari mana?" Luah Cikgu Mala.

" Kak... itu masalah akk... lantak la nak jadi apa dengan kelas akk.. ni.. kami tengah bincang masalah kami ni..." Balas cikgu Bedah.

Cikgu Mala tersentak. "Amboi... kasarnya bahasa" getus Cikgu Mala dalam hati. Namun didiamkan sahaja, kerana Cikgu Mala memang tak suka cari gaduh dengan cikgu-cikgu di sekolahnya terutama CiIkgu Bedah. 

Malam itu, cikgu Mala membuka FB seperti biasa selepas menunaikan solat Isyak. "Layan sosial media kejap la" kata Cikgu Mala. 

Tiba-tiba Cikgu Mala terbaca status Cikgu Bedah yang mengutuk cikgu Mala dengan mengatakan yang Cikgu Mala ni jiwa kosong, sebab tu nak cari keburukan orang lain. Walaupun, memang tidak dinyatakan nama dalam status tu, namus jelas sekali situasi yang Cikgu Bedah cuba ceritakan dalam statusnya menjurus kepada CIkgu Mala. Dia memperlekehkan cikgu Mala dengan membahasakan cikgu Mala sebagai 'Makcik".

Dada Cikgu Mala berombak. Nafasnya turun naik. Dia jadi marah. Geram. Sakit hati. Kecewa. Sedih. 

"Wah... ini sangat melampau. Mengata aku secara terang-terangan" getus cikgu Mala dengan marah bercampur kecewa.

Cepat-cepat cikgu Mala beristighfar... "Ya Allah... apa yang aku patut buat...???" Hiba hati cikgu Mala. Selama ini dia tak kacau hidup orang. Tapi dengan adanya manusia seperti Cikgu Bedah, hidupnya rasa tak aman. Cikgu Bedah telah menguji keimananya. Selama ini Cikgu Mala memang terkenal dengan sifat sabar dan lemah lembut. Sentiasa tersenyum. Ramai yang cemburu dengan gaya dan perwatan cikgu Mala kerana bukan semua orang boleh menjadi sepertinya.

Tapi rupa-rupanya ujian Allah tiba jua. Betapa jahatnya mulut cikgu Bedah. Kotornya hati dia. Memfitnah hanya kerana Cikgu Mala  menyatakan kurang berpuas hati dengan cara GPK Koko baharu tersebut.

Lama Cikgu Mala termenung keseorangan. Apa langkah yang dia nak buat?? Balas semuala di FB? 

"Oh.. tidak... aku tak akan buat macam tu. Itu perbuatan orang cetek akal" Benar. Membalas di dalam media sosial bukan cara yang bijak. Itu lebih menunjukkan kebodohan. Lebih baik diam dan bersabar.

Cikgu Mala ambil langkah bersabar dan bertekad tidak akan membalas kata-kata Cikgu Bedah yang bajet suci itu di FB. Walau bagaimanapun sempat juga cikgu Mala memuatnaik sesuatu di dalam status whatsappnya... tapi semua itu bukan untuk membalas kata-kata Cikgu Bedah. Tak perlu. Kerana semua tahu, Cikgu Bedah memang mulut jahat. Dia sahaja yang betul. Dah la berbadan gempal. Perangai pun macam kebudak-budakkan. Mulut longkag. Sebab itulah tak ada lelaki yang mahu mendampinginya. 

Alahai.. kasihan CiIkgu Bedah... Dia tak tahu yang ramai tak suka dia. Tapi cikgu-cikgu di sekolah ni malas nak layan kebodohannya saja. Kalau tak, dah lama dia tu dipulaukan. Kasihan sungguh akan nasib Cikgu Bedah. Manusia yang kurang kasih sayang macam tu la....

Kata-kata dari seorang PU, Sheikh Ismail Menk dan supervisornya sangat kena dengan situasi Cikgu Mala sekarang. Kebetulan sangat Allah datangkan kata-kata ini buat Cikgu Mala yang sedang kesedihan. Sebab itu Cikgu Mala muatnaik distatus whatsappnya. Semua itu sebagai penguat semangat Cikgu Mala sahaja.

Keesokannya, Cikgu Mala datang ke sekolah dengan hati yang lapang... dia tak perlu nak balas balik segala kata-kata nista dan fitnah Cikgu Bedah.  Benar kata-kata pujangga... Bersabar adalah jalan paling baik apabila ditimpa musibah.... 

Dan Cikgu Mala memang seorang yang bijak kerana mendengar dan mengikuti kata-kata bijaksana itu....







Wednesday, September 25, 2019

Kisah 2: Sapulah air matamu

Diana bermalas-malasan di pejabat hari ini. Bukan kerana dia benar-benar malas, tetapi perutnya yang meragam sejak pagi tadi membuatkan dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan pada kerjanya yang masih belum selesai sejak minggu lepas...

Sebenarnya Diana datang awal pagi tadi dan dia telah menjawab beberapa emel yang masuk sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusinya tadi. Setakat menjawab emel adalah perkara mudah bagi Diana kerana semua maklumat kerja ada dalam kepalanya. 

"Itu enteng saja..." bisik Diana perlahan.

Namun entah kenapa, hati Diana seperti ingin membaca sekali lagi luahan sahabatnya semasa mereka berwhatsapp malam tadi...

Lalu dia membuka semula whatapp sahabatnya itu....
"Ermmmm.... Q..Q..Q..." Diana mencari huruf abjad dalam senarai nama handphonenya...

"Haa... ni dia..." terus sahaja Diana memberi tumpuan pada kata-kata dan luahan sahabatnya itu.... Baris demi baris dibaca...

Sahabat baiknya itu meluahkan perasaan seakan-akan dendam yang belum dimaafkan walaupun peristiwa itu hampir 35 tahun telah berlalu.... 

"Lamanya Q ni memendam rasa... Kasihan dia.." getus Diana

Diana bukan tak kenal sahabatnya itu... Kenal sangat... Malah setiap rahsia mereka kongsi bersama. 

Pernah suatu ketika mereka seakan perang dingin.. Namun Diana tidak melayan sangat perang tersebut.. sebab Diana tahu.. Q keras hati dan Q tiada sesiapa untuk mengadu... Dan akhirnya Q itu akan mencari Diana juga...

Diana hanya menunggu sahaja masa yang sesuai untuk menyambut semula sahabat baiknya itu... Tiada dendam.. Tiada permusuhan.. Diana yakin.. memaafkan adalah dendam yang terindah....

Dan semalam... Diana didatangi sahabat baiknya semula dan menyatakan secara jelas akan perasaanya selama 35 tahun ini. Walaupun secara luarannya Q nampak seperti tiada apa-apa dendam namun rupanya Q masih tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi dalam hidupnya... Peristiwa yang telah merubah hidupnya... Titik hitam yang telah meracuni laluan bahagianya..

"Q masih memikirkannya.. Q seakan menyalahkan takdir..Q seakan kecil hati atas apa yang menimpa hidupnya... Q nampak kuat di luar namun dia merajuk atas apa yang berlaku terhadap dirinya selama ini.. Q seakan tidak dapat menerima apa yang telah Allah aturkan di Luh Mahfuz lagi...."

Diana mengeluh... bagaimana agaknya dia ingin menghapus airmata sahabat baiknya itu...
Sesuangguhnya dia sayang sahabatnya itu.. dunia akhirat... Benar-benar sayang.. Walaupun Q kadang-kadang sering menyakiti hatinya.. Namun Diana yang mudah memaafkan itu, sering melupakan apa jua kesalahan sahabatnya itu.... Demi sayangnya dia kepada Q..

"Bersabarlah Q.. Allah hanya ingin menguji kamu... Allah menguji tanda sayang.." bisik Diana perlahan

Diana sangat berharap Q lupakan segala yang terjadi... orang lain lagi hebat ujiannya.. lagi parah batin mereka.. kadang-kadang Allah tarik nikmat fizikal mereka.. namun mereka masih lagi boleh bersyukur... 

Diana tertunduk.. sambil menghela nafas panjang..

Diana berharap sangat Q dapat melupakan semua peristiwa lalu..
Lupakan dalam erti kata sebenar..
Lupakan dengan maksud jangan sekali-kali mengungkit peristiwa lalu..
Lapangkan hati..
Bersihkan minda..

Sapulah airmatamu Q...Tagihlah kasih sayang Allah.. berbanding kasih sayang manusia...Kerana kasih Allah kekal abadi... lirih Diana sambil menitiskan airmata...

Tuesday, September 24, 2019

Kisah 1: Bijaklah dalam berbahasa..

Part 1

Petang ni Hana dikejutkan lagi dengan bahasa makcik a.k.a jiran sebelah di kawasan perumahannya itu....

Hana jadi heran.. macam mana orang yang kurang menjaga sensitiviti bahasa masih dianggap hero dalam segala hal..

Ketua kampung dan ajk-ajk kampung pun Hana tengok macam butakan mata dan pekakkan telinga terhadap segala kata2 mak cik tu....

"Mak cik... mak cik ni bukan orang biasa-biasa.. ada jawatan.." getus Hana..
Tapi Hana lebih rasa yang mak cik ni kurang latihan dalam pengururusan berbahasa... ikut sedap mulut mak cik aje nak tohmah apa-apa..

Hana masih bermonolog...
"Mak cik rasa mak cik ni kebal sangat ke... mak cik rasa mak cik ahli syurga ke... mak cik rasa mak cik perfect sangat ke..." rasa tak puas hati Hana membuak-buak. Tapi ditahannya perasaan itu.

"Mana ada manusia sempurna mak cik.. simpan sikit bodoh dan kurang ajar tu di hari tua nanti.. bak kata bbnu skrg..." bisik Hana sambil tersenyum.

Entahlah... kadang-kadang Hana kesian ngan mak cik ni... kadang-kadang Hana sakit hati kat dia... tapi Hana fikir Hana malas dah nak nasihat kat mak cik ni... level mak cik kot... kalau level bbnu nk jugak Hana bagi kata-kata nasihat dan bagi sedas dua sindiran kalau tak reti-reti bahasa...

Puas Hana fikir... kenapa ada mak cik ni dalam kawasan perumahan dia.. kalau mak cik ni tak de aman rasanya... Tapi Hana fikir lagi... Apa guna syurga dan neraka kalau semua hambaNya baik-baik belaka...

Cuma Hana doakan semoga dia dijauhkan dari perkara-perkara yang tak baik... Semoga dengan mengabaikan mak cik tu Hana akan lebih bahagia...

Sebahagia semasa Hana berada di alam mimpi bertemu putera raja.....

Hari Konvo di UPSI




Hari Konvo Mangah

Aku pun tak ingat bila peristiwa ni... bila tengok preview... bertarikh 25 September 2014.. punya la lama aku simpan dalam draft blog ni... 5 tahun daa....

Mesti nk tulis macam-macam tapi tak sempat.. Sempat masukkan gambar aje..

Apa pun aku ambil keputusan untuk post jugak hari ini... kurang sehari bagi tempoh 5 tahun... sebab hari ni 24 September 2019....

Kira ok la kan... 

Anak-anak kecil lagi... Razyn dan Hafzy pun bulat lagi masa ni... sekarang dah kurus tinggi...

Habis semua adik beradik datang meraikan konvo mangah.... huntung la mangah.. dapat banyak mungaaaaaa

Munga ni saja dari family aku.... bayangkanlah....

Tapi rasanya ada jugak yg beli untuk diri sendiri kot... haha.. aku pun dah lupa....

Raisya 5 tahun... Baju tu hadiah dari matam.... suka la tu pakai kembang-kembang...


Tu dia... habis semua borong mungaaaa....


Asa dah penat tunggu mangah keluar dewan.. haha


Tu dia.. rasanya sebab harga bunga dia jual murah-murah... sebab tu semua geram nak beli...


 Ngan mok de.. Family kita orang konker ruang ni... haha

Bergambar lagi...


Ngan mak teh... wajib bergambar...

Dan lagi...

Dan lagi...

Dan lagi...

NI masa dah habis majlis.. kitaorang dapat masuk dalam dewan....

Dah dalam dewan... kumpul ramai-ramai..


Dengam MAngah.. Raisya tak pandang kamera plak tu.. ralit tengok orang ramai kot...

Ni gambar kitaorang ramai-ramai pakai stick kamera.. masa ni tengah keghi guna stick camera... haha

LAYANNNN.....

Keluarga aku memang sporting dan supportive... i luv my family....

Akhir September 2019

Lamanya tak update blog...

Macam tu la bila terlalu lama tinggalkan bidang penulisan a.k.a luahan perasaan di sini.
Entah macam mana tiba-tiba jari ini terklik pasal blog sendiri di internet...

Satu-persatu cerita blog aku baca semula.. kenangan-kenangan lalu mengimbau kembali di ruang mata aku..
Telah terlalu lama aku tinggalkan dunia radio amatur... 

Punca utama aku buka blog adalah dari rakan-rakan radio amatur.. nak update aktiviti rakan-rakan radio kononnya...

Sebab tu mula-mula nama blog aku adalah 9W2MEX.blogspot.com..

Tapi sejak aku dah tinggalkan dunia radio amatur, dan masuk ke bidang kerja di bawah kerajaan Malaysia ni.. aku dah semakin kurang berblog..

Mungkin juga sebab ada fb dab instagram..

Tapi dua saluran tu macam terlalu terdedah kepada dunia aku.. pas tu bila fikir-fikr balik... elok juga aku hidupkan semula blog aku ni.. private sikit rasa.. walau pun orang lain pun boleh baca..

Biar la.. blog aku kan... suka hati aku la nk tulis apa... Pendapat aku.. kalau kjorang tak setuju... ada aku kisah???

kiki.. jangan marah arrr....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...