Wednesday, September 25, 2019

Kisah 2: Sapulah air matamu

Diana bermalas-malasan di pejabat hari ini. Bukan kerana dia benar-benar malas, tetapi perutnya yang meragam sejak pagi tadi membuatkan dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan pada kerjanya yang masih belum selesai sejak minggu lepas...

Sebenarnya Diana datang awal pagi tadi dan dia telah menjawab beberapa emel yang masuk sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusinya tadi. Setakat menjawab emel adalah perkara mudah bagi Diana kerana semua maklumat kerja ada dalam kepalanya. 

"Itu enteng saja..." bisik Diana perlahan.

Namun entah kenapa, hati Diana seperti ingin membaca sekali lagi luahan sahabatnya semasa mereka berwhatsapp malam tadi...

Lalu dia membuka semula whatapp sahabatnya itu....
"Ermmmm.... Q..Q..Q..." Diana mencari huruf abjad dalam senarai nama handphonenya...

"Haa... ni dia..." terus sahaja Diana memberi tumpuan pada kata-kata dan luahan sahabatnya itu.... Baris demi baris dibaca...

Sahabat baiknya itu meluahkan perasaan seakan-akan dendam yang belum dimaafkan walaupun peristiwa itu hampir 35 tahun telah berlalu.... 

"Lamanya Q ni memendam rasa... Kasihan dia.." getus Diana

Diana bukan tak kenal sahabatnya itu... Kenal sangat... Malah setiap rahsia mereka kongsi bersama. 

Pernah suatu ketika mereka seakan perang dingin.. Namun Diana tidak melayan sangat perang tersebut.. sebab Diana tahu.. Q keras hati dan Q tiada sesiapa untuk mengadu... Dan akhirnya Q itu akan mencari Diana juga...

Diana hanya menunggu sahaja masa yang sesuai untuk menyambut semula sahabat baiknya itu... Tiada dendam.. Tiada permusuhan.. Diana yakin.. memaafkan adalah dendam yang terindah....

Dan semalam... Diana didatangi sahabat baiknya semula dan menyatakan secara jelas akan perasaanya selama 35 tahun ini. Walaupun secara luarannya Q nampak seperti tiada apa-apa dendam namun rupanya Q masih tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi dalam hidupnya... Peristiwa yang telah merubah hidupnya... Titik hitam yang telah meracuni laluan bahagianya..

"Q masih memikirkannya.. Q seakan menyalahkan takdir..Q seakan kecil hati atas apa yang menimpa hidupnya... Q nampak kuat di luar namun dia merajuk atas apa yang berlaku terhadap dirinya selama ini.. Q seakan tidak dapat menerima apa yang telah Allah aturkan di Luh Mahfuz lagi...."

Diana mengeluh... bagaimana agaknya dia ingin menghapus airmata sahabat baiknya itu...
Sesuangguhnya dia sayang sahabatnya itu.. dunia akhirat... Benar-benar sayang.. Walaupun Q kadang-kadang sering menyakiti hatinya.. Namun Diana yang mudah memaafkan itu, sering melupakan apa jua kesalahan sahabatnya itu.... Demi sayangnya dia kepada Q..

"Bersabarlah Q.. Allah hanya ingin menguji kamu... Allah menguji tanda sayang.." bisik Diana perlahan

Diana sangat berharap Q lupakan segala yang terjadi... orang lain lagi hebat ujiannya.. lagi parah batin mereka.. kadang-kadang Allah tarik nikmat fizikal mereka.. namun mereka masih lagi boleh bersyukur... 

Diana tertunduk.. sambil menghela nafas panjang..

Diana berharap sangat Q dapat melupakan semua peristiwa lalu..
Lupakan dalam erti kata sebenar..
Lupakan dengan maksud jangan sekali-kali mengungkit peristiwa lalu..
Lapangkan hati..
Bersihkan minda..

Sapulah airmatamu Q...Tagihlah kasih sayang Allah.. berbanding kasih sayang manusia...Kerana kasih Allah kekal abadi... lirih Diana sambil menitiskan airmata...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...