Friday, September 27, 2019

Kisah 3: Bersabar Lebih Baik

Pagi ni Cikgu Mala berjalan sambil menghirup udara segar mengeliling kawasan sekolah yang berwajah baru kerana Pengetua talah melakukan revolusi besar-besaran sempena PAK-21.

Sekolah Cikgu Mala memang nampak cantik dan kemas. Semua bilik darjah diberi wajah baharu. Mana-mana perabot yang tidak diperlukan akan di letakkan di dalam bilik setor. 

"Wah... nampak sangat luas kelas kita" getus Cikgu Mala. Cikgu Mala bersetuju dengan tindakan Pengetua yang mahukan kelainan dalam sistem pemerintahannya. Tapi dalam pada itu, Mala kurang berpuas hati terhadap tindak tanduk GPK Koko yang baru masuk ke sekolah itu kira-kira dua bulan yang lepas.

"Semua barang ini masukkan ke dalam setor."  Arah GPK Koko tersebut dengan telunjuknya mengarah terhadap barang-barang kelas cikgu Mala... "Cikgu, panggil pelajar kita untuk bantu   pindahkan semua barang yang tidak diperlukan lagi." Tambah GPK Koko tersebut.

Mala jadi bingung... "Eh kenapa GPK Koko ni mengarahkan kita, bukan ke sepatutnya GPK Pengurusan yang merancang, mengelola, mengubah dan membuat keputusan sepatutnya? Bukan ke Pengetua dah maklum dalam mesyuarat Guru baru -baru ini.?" bisik Cikgu Mala kepada Cikgu Wani pembantu guru di dalam kelasnya..

" Entah la... saya pun tak faham.... Sekarang ni bukan takat kelas Cikgu saja yang kena dialihkan perabotnya, malah kelas Cikgu Fairul, Cikgu Aznira, Cikgu Syikin pun dia beri arahan macam tu."Balas Cikgu Wani.

Cikgu Mala terus berjalan sambil tersenyum teringatkan perbualan beliau dengan Cikgu Wani semalam. Tiba-tiba Cikgu Mala terserempak dengan sekumpulan guru lain yang sedang berbincang sesuatu. Cikgu Mala menghampiri kumpulan tersebut dan menyapa mereka. 

Kumpulan Guru tersebut menjawab sapaan Cikgu Mala. 

"Hi Kak... macam mana pergi oversea.. seronok? " Tanya Cikgu Bedah.

"Mestilah seronok" balas cikgu Mala acuh tak acuh. Bukan selalu pun Cikgu Mala pergi ke luar negara, itu pun sebab geng Master dan PhD di universitinya buat rombongan pendidikan tu. Alang-alang dah dioffer, Cikgu Mala pun ikutlah. Nak tambah pengalaman baharu la katakan....

"Haa... Macam saya pergi Macau dulu... pun best jugak.." Bla..bla..bla.... balas Cikgu Bedah.

Malas cikgu Mala nak melayan cikgu Bedah yang bermulut besar tu. Dah la cerita pergi Macau tu sudah untuk kesekian kalinya dia bercerita.. Ini pun dia duk ulang lagi... Cikgu Mala menunjukkan muka kurang berminat untuk mendengar penjelasan lanjut cerita Cikgu Bedah.

Rupanya mereka pun sedang berbincang tentang perubahan yang Pengetua lakukan di sekolah ini juga. 

Lantas, Cikgu Mala pun menyampuk." Saya tak faham.. kenapa GPK Koko boleh beri arahan kepada kita juga ye. Dah la semalam kelas saya yang jadi mangsa. Habis semua perabot nak dibuangnya. Nanti kalau nk guna semula perabot tu, nak cari mana?" Luah Cikgu Mala.

" Kak... itu masalah akk... lantak la nak jadi apa dengan kelas akk.. ni.. kami tengah bincang masalah kami ni..." Balas cikgu Bedah.

Cikgu Mala tersentak. "Amboi... kasarnya bahasa" getus Cikgu Mala dalam hati. Namun didiamkan sahaja, kerana Cikgu Mala memang tak suka cari gaduh dengan cikgu-cikgu di sekolahnya terutama CiIkgu Bedah. 

Malam itu, cikgu Mala membuka FB seperti biasa selepas menunaikan solat Isyak. "Layan sosial media kejap la" kata Cikgu Mala. 

Tiba-tiba Cikgu Mala terbaca status Cikgu Bedah yang mengutuk cikgu Mala dengan mengatakan yang Cikgu Mala ni jiwa kosong, sebab tu nak cari keburukan orang lain. Walaupun, memang tidak dinyatakan nama dalam status tu, namus jelas sekali situasi yang Cikgu Bedah cuba ceritakan dalam statusnya menjurus kepada CIkgu Mala. Dia memperlekehkan cikgu Mala dengan membahasakan cikgu Mala sebagai 'Makcik".

Dada Cikgu Mala berombak. Nafasnya turun naik. Dia jadi marah. Geram. Sakit hati. Kecewa. Sedih. 

"Wah... ini sangat melampau. Mengata aku secara terang-terangan" getus cikgu Mala dengan marah bercampur kecewa.

Cepat-cepat cikgu Mala beristighfar... "Ya Allah... apa yang aku patut buat...???" Hiba hati cikgu Mala. Selama ini dia tak kacau hidup orang. Tapi dengan adanya manusia seperti Cikgu Bedah, hidupnya rasa tak aman. Cikgu Bedah telah menguji keimananya. Selama ini Cikgu Mala memang terkenal dengan sifat sabar dan lemah lembut. Sentiasa tersenyum. Ramai yang cemburu dengan gaya dan perwatan cikgu Mala kerana bukan semua orang boleh menjadi sepertinya.

Tapi rupa-rupanya ujian Allah tiba jua. Betapa jahatnya mulut cikgu Bedah. Kotornya hati dia. Memfitnah hanya kerana Cikgu Mala  menyatakan kurang berpuas hati dengan cara GPK Koko baharu tersebut.

Lama Cikgu Mala termenung keseorangan. Apa langkah yang dia nak buat?? Balas semuala di FB? 

"Oh.. tidak... aku tak akan buat macam tu. Itu perbuatan orang cetek akal" Benar. Membalas di dalam media sosial bukan cara yang bijak. Itu lebih menunjukkan kebodohan. Lebih baik diam dan bersabar.

Cikgu Mala ambil langkah bersabar dan bertekad tidak akan membalas kata-kata Cikgu Bedah yang bajet suci itu di FB. Walau bagaimanapun sempat juga cikgu Mala memuatnaik sesuatu di dalam status whatsappnya... tapi semua itu bukan untuk membalas kata-kata Cikgu Bedah. Tak perlu. Kerana semua tahu, Cikgu Bedah memang mulut jahat. Dia sahaja yang betul. Dah la berbadan gempal. Perangai pun macam kebudak-budakkan. Mulut longkag. Sebab itulah tak ada lelaki yang mahu mendampinginya. 

Alahai.. kasihan CiIkgu Bedah... Dia tak tahu yang ramai tak suka dia. Tapi cikgu-cikgu di sekolah ni malas nak layan kebodohannya saja. Kalau tak, dah lama dia tu dipulaukan. Kasihan sungguh akan nasib Cikgu Bedah. Manusia yang kurang kasih sayang macam tu la....

Kata-kata dari seorang PU, Sheikh Ismail Menk dan supervisornya sangat kena dengan situasi Cikgu Mala sekarang. Kebetulan sangat Allah datangkan kata-kata ini buat Cikgu Mala yang sedang kesedihan. Sebab itu Cikgu Mala muatnaik distatus whatsappnya. Semua itu sebagai penguat semangat Cikgu Mala sahaja.

Keesokannya, Cikgu Mala datang ke sekolah dengan hati yang lapang... dia tak perlu nak balas balik segala kata-kata nista dan fitnah Cikgu Bedah.  Benar kata-kata pujangga... Bersabar adalah jalan paling baik apabila ditimpa musibah.... 

Dan Cikgu Mala memang seorang yang bijak kerana mendengar dan mengikuti kata-kata bijaksana itu....







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...