Tuesday, January 8, 2013

Daftar Razyn dan Hafzy ke Sekolah Agama Rakyat



sambungan dari entry sebelumnya....

Kalau ikut perancangan aku... petang 2hb tu nak ke Sekolah Agama Rakyat Bandar Bukit Puchong pulak untuk daftar anak ke sana... Tapi tu lah... kita hanya merancang, tuhan yang menentukan....

Petang tu bermula jam 2.30 sampai 5.00 petang hujan mencurah-curah diselangi dengan ribut petir... Emm.. tak de harapan la aku nak pegi rasanya.. walaupun sekolah tu dekat je.. tapai aku rasa tak pelah... esok je lah aku pegi kejap.. huhu
Tarik selimut pun best nih... (tapi aku tak tidur pun... banyak sangat keje nak kena buat untuk persediaan anak-anak aku ni...)

Maka keesokannya 3hb Januari 2013... seawal jam 8 pagi aku drive ke sekolah tu... sampai ke pintu pagar... ada notis tulis kereta parents tak boleh masuk kawasan sekolah....

Erk?? Aku telan air liur.... biar betul... dah lah laman tapak perhimpunan tu luas.. kosong pulak tu... kalau penuh dengan kete logik la jugak... Jalan nak masuk dari pagar ke pejabat adalah dalam 200 meter kot...

Aku tanya pak guard kat situ... tak boleh masuk ke?? Kosong sangat kat dalam tu.. hanya 2 bijik kete je yang ada.. kete kancil je pulak tu... Tapi mati-mati guard tu tak bagi aku bawa masuk kete... katanya takut guru besar marah nanti.... Emmm....

Dengan perasaan tak puas hati aku pun parking kete sebelah gate besar.... dan mula la berjalan kaki menuju ke pejabat...

Naik tingkat 1, jumpa la kerani sekolah tu... baik orangnya.. rupanya baru keje kat situ... tapi bagus la layanan dia... aku sukeee....

Tapi yang aku frustnya, bila dia serahkan borang pendaftaran untuk diisi... Ya ampunnnnn... Dahsyatnya borang.... kertasnya cantik... tapi penuh dengan 'tahi lalat'..huhu
Korang tak caya??? Tengok ni....



Ha.. kan.. aku isi nama anak pun tenggelam timbul antara dakwat pen dengan tahi lalat yang ada kat form tu.... Kesiannya.. dhaif betul persediaan sekolah ni...

Sekolah dah cantik... besar... luas... 3 tingkat pulak tu..... Aku harap pihak pentadbir dapat buat sesuatu... Jangan hanya kerana nama sekolah tu sekolah 'agama' maka.. semuanya mesti kelihatan dhaif dan menyedihkan.....

Buktikan yang sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah terbaik pada masa akan datang. aku pun akan turut mendoakannya......

So bila semua urusan pendaftaran selesai... Maka dengan penuh semangatnya keesokannya aku ajak member ofis turun jalan TAR untuk shoping baju sekolah anak-anak aku pulak...

Dan inilah hasilnya..... Sorang aku beli 3 pasang baju dan 2 sampin.... beserta peralatan untuk sekolah agama diaorang..... beg baru, pencil box baru, pemadam baru, pencil baru, sharpener baru, kulit buku baru, pencil warna baru.... pendek kata semua kena beli lain sebab aku tak mahu nanti bercampur-campur antara peralatan sekoah agama dengan sekolah kebangsaan.. Nanti aku jugak yang pening nanti...

Kepada kedua-dua puteraku.... Mama berdoa agar kamu menjadi anak yang soleh yang dapat berbakti pada mama dan papa apabila kami tua kelak.... Jadi seorang tahfiz ye.....



Pembayaran yuran tambahan Dyna, razyn dan Hafzy

Tahun baru jatuh pada hari selasa... So 2hb Januari 2013 tu aku apply AL sebab nak uruskan pembayaran yuran-yuran tambahan di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 untuk ketiga-tiga anak aku... Memandangkan tahun ni aku berseorangan menguruskannya.. maka aku pun pergilah seawal jam 8.30 pagi.. (haha aku rasa awal dah tu)..

Sesampai di sekolah...
tu dia .....
ramai tul ibu bapa beratur nak bayar yuran... sampai barisan dah jadi huruf L sebab ramai yang datang... Tapi yang aku musykilnya kaunter bayaran hanya dibuka 2 sahaja waktu tu... Adoi la.. penatnya nak beratur panjang-panjang macam ni....

Aku sampai jam 8.30 dan aku selesai bayar yuran segala bagai jam 10.45pagi.. tu pun baru nak buka kaunter tambahan.. (tapi satu je pun kaunter yang ditambah) Bayangkan aku dah bazirkan waktu selama 2 jam hanya untuk berbaris dan bayaran yang aku keluarkan tak sampai RM200.00.... (tu pun sebab anak aku 3 orang sekolah kat situ)

Pendapat aku la.. tak berbaloi betul pihak sekolah buat macam tu... Kesian parents yang datang.. perlu berdiri lama... dan buat bayaran yang tak sampai RM50.00 untuk seorang anak....buang masa mereka betul...

Sepatutnya parents dibenarkan datang untuk buat bayaran sewaktu cuti sekolah lagi bagi mengelakkan 'perhimpunan' parents pada hari yang sama secara serentak....

Sekadar luahan perasaan aku je... tak de la shahdu sangat rasanya... haha

Tapi part paling best, semasa aku berbaris panjang yang sangat lama tu sempat la keluar macam-macam cerita dengan parents yang sama berbaris dengan aku tu... Rupa-rupanya Sekolah Agama Rakyat Bandar Bukit Puchong dah dibuka tahun ni... So.. seronok juga la ku rasa... sekurang-kurangnya impian untuk hantar anak ke sekolah agama tercapai jua akhirnya.... Petang nanti nak pegilah daftar anak aku... huhu..


Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua....
Adu la... setelah sekian lama aku mencuba untuk sign in blog ni.. baru hari ni dapat buka... Alhamdulillah.. Nasib baik orang dari bahagian IT datang betulkan PC aku yang agak lembab ni.. heheh

Apa pun rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua warga dunia.. Tahun baru untuk kiraan kalender Masihi je pun... Tak de lah apa yang nak dibanggakan.... Kalender ciptaan manusia.. Tapi itulah.. kiraan masihi ni jugak la yang semua warga dunia dok kira beramai-ramai bila tiba detik 12 tengah malam 31 Disember 2012....

HAPPY NEW YEAR 2013....!!!!

Itulah amalam manusia dari zaman tok nenek dulu lagi.... Ianya akan diraikan setiap tahun... Masa tu bermula la masing-masing nak pasang azam baru...

Emm apa azam aku tahun ni ye??? Rasanya nak mohon diri ni lebih dekat dengan Pencipta... sebenarnya azam ni dah bermula dari tahun lepas.... masa tahun baru hijri dulu... kira aku sambung je la kan azam ni... huhu

Moga diperkenankan doaku ini... Insya Allah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...