Tuesday, January 8, 2013

Pembayaran yuran tambahan Dyna, razyn dan Hafzy

Tahun baru jatuh pada hari selasa... So 2hb Januari 2013 tu aku apply AL sebab nak uruskan pembayaran yuran-yuran tambahan di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 untuk ketiga-tiga anak aku... Memandangkan tahun ni aku berseorangan menguruskannya.. maka aku pun pergilah seawal jam 8.30 pagi.. (haha aku rasa awal dah tu)..

Sesampai di sekolah...
tu dia .....
ramai tul ibu bapa beratur nak bayar yuran... sampai barisan dah jadi huruf L sebab ramai yang datang... Tapi yang aku musykilnya kaunter bayaran hanya dibuka 2 sahaja waktu tu... Adoi la.. penatnya nak beratur panjang-panjang macam ni....

Aku sampai jam 8.30 dan aku selesai bayar yuran segala bagai jam 10.45pagi.. tu pun baru nak buka kaunter tambahan.. (tapi satu je pun kaunter yang ditambah) Bayangkan aku dah bazirkan waktu selama 2 jam hanya untuk berbaris dan bayaran yang aku keluarkan tak sampai RM200.00.... (tu pun sebab anak aku 3 orang sekolah kat situ)

Pendapat aku la.. tak berbaloi betul pihak sekolah buat macam tu... Kesian parents yang datang.. perlu berdiri lama... dan buat bayaran yang tak sampai RM50.00 untuk seorang anak....buang masa mereka betul...

Sepatutnya parents dibenarkan datang untuk buat bayaran sewaktu cuti sekolah lagi bagi mengelakkan 'perhimpunan' parents pada hari yang sama secara serentak....

Sekadar luahan perasaan aku je... tak de la shahdu sangat rasanya... haha

Tapi part paling best, semasa aku berbaris panjang yang sangat lama tu sempat la keluar macam-macam cerita dengan parents yang sama berbaris dengan aku tu... Rupa-rupanya Sekolah Agama Rakyat Bandar Bukit Puchong dah dibuka tahun ni... So.. seronok juga la ku rasa... sekurang-kurangnya impian untuk hantar anak ke sekolah agama tercapai jua akhirnya.... Petang nanti nak pegilah daftar anak aku... huhu..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...