Tuesday, August 16, 2011

Selamat beribadah di bulan puasa ini....

As salam....
Hari ni dah masuk hari ke 16 kita umat islam (yang sebenar) berpuasa...
Aku masih tak berkesempatan nak ucap selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang membaca blog aku yang tak berapa comel ni....

Apa pun, aku bukan saje nak mengucapkan selamat berpuasa, tetapi nak mengajak kita semua agar lebihkan ibadah pada bulan yang mulia ni...

Tahun ini merupakan tahun pertama aku berpuasa dengan gelaran seorang cikgu... huhu
Sebelum ni sebagai seorang usahawan...
Apa pun aku bangga sangat dengan jawatan yang aku sandang sekarang ni... Rasa sangat seronok di kelilingi anak didik yang sangat pandai menghormati guru... sayang pada aku dan hormat pada aku...

Dan apa yang penting aku dapat sebarkan ilmu-ilmu yang aku dah simpan 10 tahun dahulu... sebelum ini aku simpan ilmu yang aku ada sorang-sorang...
Tetapi mulai tahun ini aku akan kongsi seghala ilmu dan pandangan dengan anak didik aku...
Seronoknya aku rasa apabila anak didik aku memberi respon pada setiap perbincangan yang aku utarakan...
Memang anak didik kita dahagakan ilmu... Mereka memang suka kepada ilmu, cuma cara kita menyampaikan ilmu itu perlu ada pembaharuan mengikut kehendak generasi Y iaitu generasi sekarang...

Itu sahaja untik kali ini...
Apa pun , Semoga Ibadah kita terus di terima Allah dari masa ke semasa...

73

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...