Monday, July 18, 2011

Orang Positif VS Orang Negatif

Ini aku copy je dari blog orang lain... Bukan apa... Aku suka sangat dengan kata-kata perangsang macam ni....

Korang layan je la yer....

Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.


Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.


Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;


Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.



Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.


Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.


Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.


Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.


Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.


Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.


Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.


Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.


Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.


Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.


Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.


Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.


Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.


Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.


Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.


Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.


Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang

Sunday, July 17, 2011

Akhirnya..... sampai masanya kami tengok Transformers.....




Inilah gelagat anak-anak kesayangan aku semasa sampai ke GSC baru-baru ni.... Tiket dah beli awal dan mereka pun dah tahu awal yang mereka akan tengok cerita ni dalam 3D....

Excited sangat mereka nak pakai spek 3D nanti... tapi sebelum tu... meh bergambo dulu kat sini.... huhu

Komen aku tentang citer tu??? Emmmm ok la...  Ada touching2 jugak.... dan yang paling aku tak pahamnyer.. nape tak tembak aje teras tu... kan ke senang? Terus habis cerita.. ni nak berperang bagai.... habis rosak satu bandar.... ingat senang ke nak bina semula bangunan-bangunan tu.. alamak nape emo lak nih....???

Emo la sangat.... huhu

Wednesday, July 13, 2011

Lawatan ke Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam

Hari ini, 12 Julai 2011 aku telah membawa murid-murid nasyidku membuat persembahan di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam....

Setelah berhempas pulas berlatih nasyid pagi dan petang, akhirnya sebanyak 4 kumpulan nasyid dari sekolahku telah berjaya membuat persembahan yang boleh dikatakan ...ok la.. hehehe


Sebenarnya ini adalah pendedahan awal yang aku buat bagi generasi pelapis memandangkan aku merupakan Ketua Guru Nasyid sekolah, jadi kena la pasang strategi yang betul... Memang la persembahan ada yang cacat celanya especially bagi murid tingkatan 1 dan 2 (first time la katakan...) tapi sekurang-kurangnya mereka ada semangat dan boleh perform... Bakat tu memang dah anugerah tuhan... cuma aku kena gilap je lagi kot....

bagi murid form 3 dan 5 mereka dah biasa buat persembahan nasyid, so tak jadi masalah la pada mereka dan aku sekali.. huhu

Meh layan gambo.....

 Baru sampai... sebelum melawat pameran pedang-pedang Rasulullah... Sekali masuk RM5.00 (murid) dan untuk dewasa RM10.00. Yang bestnya, memandangkan aku pandai deal ngan organizer, dapatlah kami cikgu 6 orang masuk dengan bayaran RM5.00 sorang...
Yang ni group tingkatan 2... Ada improvement... boleh dibawa ke tengah tahun depan ni....
 Murid tingkatan satu.... Alhamdulillah .. sebagai langkah permulaan
 Yang ni dah senior... suara dah power.... huhu
Satu-satunya group lelaki... Diaorang ni pun dah biasa buat persembahan kat luar.....
 Antara bahan pameran yang dipamirkan.... selain pedang-pedang Rasulullah.... Pedang Rasulullah tak boleh amek gambar... Kalau nak jugak kena bayar RM10.00...
 Tu dia.. penyokong punya la ramai.. heheh semuanya dari sekolah aku tu...
dah nak balik.... tak pe lah kan gambo blurrrr aje...

Sunday, July 10, 2011

Alahai... bila la nak dapat surat pengesahan nih.....

Kesian kat aku tau.... Masih di peringkat masih menunggu.... Member aku dah dapat surat pengesahan lantikan... Aku belum lagi.... huaaaaaaaaaa.....

Hari minggu dan tiket Transformers....

Tak ada cerita menarik hari ni....
Semalam duk umah aje... Dek perhimpunan bersih.... Dari pagi sampai petang... alamatnya ZZZZ.....


Seronok juga... lama dah tak dapat tidur siang sekali sekala layan la jugak......
Malamnya pergi ioi mall... tujuannya hanya nak pergi cari tshirt hitam berkoler jer.. sebab hubby ada lead camp 2 minggu lagi kat Kedah nun... (sedih  kena tinggal lagi..)

Ntah macam mana, hubby kata nak tengok tiket Transformer kat GSC (macam best sangat je citer nih...)... aku pun ikut la.... Sesekali SOLD OUT daa.... check punya check sampai hari esok (Ahad) tiket SOLD out... (Memang best sangat la tu kot...)

Akhirnya hubby beli tiket untuk minggu depan.... tu pun kerusi dah depan2.... tak pe lah... Lepaskan hajat je.... Yang tak tahannya... beli tiket 5 keping sekali tu..... dengan anak-anak... tak pe yang penting... hubbby belanja... sebab ini tiket 3D oooo... hehehe

Selamat menonton untuk aku sekeluarga... hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...