Wednesday, May 26, 2010

JiKa IstEri MeNanGIs Di haDApAnMu...

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA seLamanya......

Monday, May 24, 2010

Cerita Kawan Kawen kat Felda Kepis, Bahau N9 n Mee Kari

Al kisah, pada tarikh 22 Mei 2010, aku mendapat jemputan kawen dari kawan sepengajian aku di UDM tempohari.... Masa program penutup dia sempat mengedarkan kad kawen kat aku... so, pk punya pk, aku ngan hubby plan balik Krayong malam Jumaat tu, supaya senang aku nak bertolak ke rumah member aku ni nanti....
Budok kecik ni wajib bawok.....

Maka pagi Sabtu tu, kami pekena nasik lemak nagn roti canai dulu... pas tu kami pun bersiap la semuanya... Sebenarnya aku nak bertolak jam 11.30 pagi tapi tu la kan sementelah dah ada keluarga dan beranak pinak ni... tak dapat la nak tepat mananya sebagaimana masa bujang dulu...
Mana nak mandi, mana nak pakai baju, sikat rambut, maka terpaksa di tambak tolak perkara-perkara yang tak dijangka tu semua... maka kami bertolak la jam 12 tengahari.....

Tu kira ok lagi la sebenarnya.. sebab GPS kami menunjukkan perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit je dari Kerayong.. sedang molek la kami sampai maknanya tu....


Ini la bunga telur yang diberi pengantin. Dapat 2 beg aje... jadilah... daripada tak dapat langsung.....

Ini la pengantin barunya... Huzaimah ngan Syafiq... Selamat pengantin baru untuk Chemah... Dengar kata sekali akad je... huhuhu mesti suami dia dah training 3 bulan sebelum tuh... huhuhu

Sesampai je kami kat majlis ni, pengantin tengoh bergambo kat pelamin. Aku tanya hubby nak makan dulu ke??? Dia kata "Itu wajib!!!... " Hehehe ye tak ye juga.. buat mende g majlis kalau tak makan...
So, memandangkan pengantin sibuk bergambo, aku ngan hubby capai pinggan dan makan ler makanan yang di hidangklan secara buffet... Kenduri sekarang ni semenye cam tu... tak de lagi dah hok tolong kaut kan nasik ngan lauk ke orang datang....


Tapi tak kabo la... sedap agoknya makanan tu sampei anak aku Dyna dengan Ayuni (anak sedara) bertamboh la nasik deme.... Aku tak bertamboh pun... tapi nasik tu kira penuh jugek la...

Habis makan, aku g kat pengantin jap.. kata nak balik dah... So, sempat la aku bergambo ngan pengantin barang 1-2 kali pukul gambo.... Jadi lah... buat kenangan jer...

Pas tu aku, hubby ngan anak2 aku pun berangkat pulang... dalam jam 2.45 gitu...


Aku heran gak nape hubby aku nak balik awal ngat... Rupanya dia tak sabo nak main badminton ngan Abg Zuan... Ceh!! Ingatkan mende la penting ngat tadi... hehehe.. tapi sesampai Kerayong, hujan pulok... so, aku pun apa lagi.. bagai mengantuk disorongkan batal... aku pun tido la.. walaupun tak de bantal...

Bangun je dari tido, masih hujan lagi.. Aku dengor bising je kat tepi rumoh...Rupa2nya Abg, Zuan, Judin , Didie ngan hubby aku main badminton kat tepi tu, siap buat garisan ngan tali lagi... net memang dah lama ikatnya... Erm... semangat ngat gone ke.....

Habis main badminton, hubby aku g kedai Kak Ina.. apa lagi aku tumpang sekaki la.. pekena mee kari special buatan utara... Sedapnya???
Huh tak terkata... Mana taknya... hari tu aje aku ngan hubby makan 2 mangkuk mee kari dalam masa tak sampai 3 jam....huhuhu

Habis diet aku... Cissssss!!!!!!!!!!

Friday, May 21, 2010

Blog oh blog.....

Salam semua....
Lamanya aku menyepi.... dari dunia blog aku ni.... Maklum jelah selama 10 bulan aku dihambat dengan kerja2 kursus aku yang berlambak-lambak... Akhirnya, aku selamat menghadapinya dengan baik sekali... rasanya la....

Selam 10 bulan, blog aku terbiar sepi... nak update berukban aku tak ok kat terengganu tu... kalau ok pun boleh dikira jengan jari je berapa kali dalam sebulan... tu yang membuatkan jari jemari aku juga lemah untuk menekan keyboard.... atau nak upload peristiwa2 penting sepanjang aku berada di sana....

Bukan apa, aku rasa, blog ini akan menjadi rujukan anak cucu aku bila aku dah tua nanti... heheh aku rasa la... Mereka boleh tahu apa yang aku buat sepanjang masa muda aku, dan kenangan mak bapak diaorang yang aku coretkan dari besar ibu jari hingga menjadi ibu dan bapak orang....

Dan blog ini juga akan menjadi kenangan untuk aku sendiri memandangkan aku ni tak reti nak simpan kenangan2 yang aku ada sepanjang hidup ini... Terutama peristiwa2 menarik dan berharga...

Sebenarnya terlalu banyak peristiwa yang aku kena upload di dalam blog aku ni... tapi rasa macam dah tak 'fresh' sebab peristiwa tu dah lama berlalu....

Tapi Insya Allah, memandangkan aku dah kembali ke Puchong ni, akan ku gagahi juga menekan butang2 keyboard , meng'upload' mende yang aku rasa menarik dalam hidup aku selagi terdaya dan ada masa...

Korang tunguuuuuuuuuuuuuuu................

sehingga itu... cau cin cau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...