Friday, November 20, 2009

Tahniah pada anak sedara kume.... 5A

Emm.. UPSR dah kuar resultnya...

Anak sedara aku, Qudzandria Nur bt Sabri seorang budak yang agak nakal dan banyak memain... Moknya punya la risau dia nak peksa UPSR tuh.... dia ni jenis yang suka main dengan bebudok kecik... tak padan langsung dengan umornya... kalau aku balik kg tu... dia akan kawan dengan anok aku yg umor baru lapan tahun tuh..... Main ler ntoh mende-mende kat plantor rumah....

Tapi tu la kan.... budok2 yang nakal ni jangan disangka tak pandai... Kadang-kadang yang nakal tu ler yang ligat otoknyer....

Keputusan UPSR baru ni dia dapat 5A... menangis mok dia (kakak aku ler tu...) Dia pun tak sangka.... Anok dia antara 5 orang di sekolah dia (Sek Keb Raub) tu yg dapat 5A...
Apa pun tahniah la pada akak aku n Quzan.... Moga boleh masuk sekolah yang best-best lepas ni...

Quzan... depan sekali tengah posing sakan masa raya baru-baru ni....

Wednesday, November 18, 2009

Nampak...?? nampak tak???

Hehehe... saje je wat tajuk gitu...
Kalau anda semua bermata "teghang"... mesti nampak ape kebendenya gambo-gambo ni...

Apa lagi,
Layannnnnnnnnnnn......






Sebenarnya nak tunjuk betapa besar kuasa dan ciptaanNya.....

Thursday, November 12, 2009

Siapalah kita.....tanpanya

Petang tadi aku klebek-klebek (bahasa ganu) hp aku, ada satu gambo yang aku ambil yang amat menyentuh perasaan dan membuat aku berfikir beratus-ratus kali...
Sering kali kita dengar, sayangi ibu, hormati ibu kita tapi sejauhmana penerapan nilai hormat dan sayang itu jarang di kupaskan oleh orang perseorangan... kalau kita dapat dengar pun masa ceramah agama, kem motivasi atau kursus-kursus keibubapaan sahaja...
Pernah ke kita duduk dan berfikir sejenak... "betapa bertuahnya aku di lahirkan ke dunia ini.... oleh insan bergelar IBU...."

Aku renung-renung, alangkah kerdilnya kita masa dilahirkan... orang hanya memuji betapa comelnya kita pada waktu itu... betapa geramnya orang nak cubit pipi kita yang montel dan putih gebu.. betapa orang hanya melihat anak kecil itu sahaja tanpa membuat perbandingan secara halus betapa besarnya pengorbanan ibunya....

Ntah la, mungkin aku hanya melayan perasaan , mungkin juga aku cuba bermonolog... tapi aku yakin aku tidak kesorangan, ramai lagi di luar sana sependapat dengan ku.


Gambar di atas membuktikan dahulu saiz tapak kaki kita hanya selebar 2 jari ibu, betapa kecilnya kaki kita dan saiz kita pada waktu itu...namun dari sehari ke sehari kita semakin membesar dan sekarang sudah dewasa... Masihkah kita derhaka kepada ibu bapa kita? Berapa ribu kali kita cuba melawan kata-kata mereka? berapa juta kali ungkapan "ah" keluar dari mulut kita ini??? Besar sangatkah kita untuk melawan kata-kata mereka.... Berapa kali kita cuba ungkapkan " maafkan saya ibu, maafkan saya ayah" semasa kita dewasa ini pada hari-hari biasa???

Bertuahlah kepada mereka yang masih mempunyai ibu/bapa.... Anda masih mempunyai peluang untuk meminta maaf selagi ada waktu... Orang tua kita pun sudah terlalu tua untuk kita lawan kata-kata mereka.... Akur sahajalah akan semua kata-kata mereka... tak ada ruginya... Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya...

Maaflah kalau luahan perasaan aku ini, menyentuh hati kalian... bukan untuk menunjuk pandai, hanya nak berkongsi ilmu dan perasaan...

73

Friday, November 6, 2009

Lambaian Kaabah...

Salam sumer....
Tak lama lagi Raya haji nak datang... Kepada sesiapa yang dah register bertahun-tahun lamanya dan dapat ke Mekah tahun ni tentu rasa amat gembira...

Macam tu jugak, rezeki kakak aku dan suaminya ( Cikgu Kamsiah dan Cikgu Nasir )untuk menunaikan haji tahun ini tercapai jugalah nampaknya, (walaupun baru register tahun lepas...) Walaupun tarikh berangkat ke Mekah tak dapat lagi, apa yang pasti beliau dah dapat panggilan telefon dari tabung haji yang mengatakan beliau dan suaminya dapat menunaikan haji. Hehehe...tapi aku percaya kakak dengan abg ipar aku mesti tengah kelam kabut + gelabah giler nak buat last minute preparation...
Walau apa pun, aku doakan semoga kakak dan abag ipar aku dapat haji mabrur dan nampaknya kenalah semua panggil mereka dengan panggilan kak hajah dan abg haji lepas ni... hehehe..

Manakala, petang semalam aku dan rakan-rakan pergi ke rumah cikgu kita orang (Cikgu Mohamad Yunus bin Ibrahim) yang terletak di belakang masjid Padang Nanas, Gong Badak Terengganu (betul ke namanya gitu... aku pun tak berapa pasti...heheh..). Kami datang sebagai meraikan kepergiannya yang dah berjaya menempatkan diri untuk sama-sama berkumpul di rumah Allah...( Cikgu kitaorang dapat pergi bersama isterinya)
Kalau aku lihat pada raut wajah cikgu aku tu... aku nampak cahaya yang berseri-seri.. menandakan beliau memang seronok sangat dapat menunaikan haji tahun ni... sebab katanya masa beliau register dengan tabung haji dulu, giliran beliau untuk ke tanah suci adalah pada tanun 2015..Memang dah rezeki beliau dapat pergi awal....Rasanya pada masa aku tulis blog ni, beliau dan isterinya dah berada di Kelana Jaya memakai ihram dan akan menuju ke Jeddah.. Semoga cikgu dan isteri selamat pergi dan kembali ke tanah air pada 22hb nanti dengan haji mabrur
Aku dan rakan-rakan sedang posing sakan
Cikgu aku yang baju kaler putih tu....

Bilalah agaknya pulak giliran aku ngan REJ gamoknya ....????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...