Thursday, September 18, 2014

#Throwback 2/2014 - Pesta Flora di Putrajaya 14 Jun 2014


Bismillahirahmanirahim... Segala Puji bagi Allah sekelian Alam...

Petang ni nak throwback cerita aku pergi pesta flora bersama kakak aku dan anak-anaknya pula.. kak Yam nama diberi... kat blog aje aku panggil kak Yam.. kat luar orang panggil Ustazah Mariam tau... huhu

Masa ni cuti sekolah la kan.. kalau tak jangan harap kakak aku yang sorang ni akan datang berkampung kat rumah aku tu... sibuk memanjang dengan aktiviti sekolah dia.... Alhamdulillah kali ini dia datang bersama family berkampung di rumah aku.. sebab apa tau... sebab Putrajaya ada menganjurkan pesta Flora secara besar-besaran... So, aku yang tak la minah bunga ni kan... terperangkap la jugak dengan agenda diaorang yang bercita-cita besar nak menakluki tapak pesta Flora di Putrajaya untuk kesekian kalinya....


So meh layan gambar.....



Biasa la kan.. kita mulakan dengan budak denit sorang ni.. masa ni tak kukuh nak menapak lagi...  so, kena bawak stroller dan angkut la budak denit ni kulu kilir dalam tapak pesta bunga tu...  Tempat yang budak denit lepak ni adalah salah satu hasil kerjatangan student sekolah ... nampak cantik dan kreatif... tu yg aku letak budak denit utk ambil gambar dia kat situ...


Ok.. ini dah dalam khemah.. masuk sini sejuk sikit... ada ekon... pusing-pusing, tengok-tengok dan pegang-pegang bunga yang berkenan... hihi... tapi bunga-bunga ni dah agak layu.. sebab kitaorang dah datang agak petang kot....


Ini salah satu pose aku dalam gubahan bunga... tak berapa cantik sebab bunga tu dah agak layu...
Tapi aku nak pose jugak... tak kira.. nak jugak... hihi


Raisya sedang meneliti kehalisan seni menghias bunga kering... "'Emmmm... macam comel je patung ni... camana diaorang boleh buat sampai lawa cam ni ye...". kata Raisya... agaknya la



Ini backgroundnya... kira lengkap la sudah siri jelajah kami sebab ada bergambar dengan background ni... kononnya la...


Tiba di laluan deko booth ni , automatik Hanin ajak berhenti.. dengan malu-malu dia kata nak bergambar di sini... agak-agak korang apa puncanya ye... aku rasa sebab kat situ ada baby doll dan banyak warna pink.. diakan obses kaler merah jambu... Haninnn..Haninnn... Apa lagu si CD pun tumpang sekaki la.. Mat bunga la ko CD...


Kat Booth ni sebab ada buai.. tu si Syasya tengah berbuai kat belakang tu...
Cam biasa CD akan ambil kesempatan.. hihi


Ohh.. tempat ni aku tak berapa suka, sebab ada muka beso kat situ.. tak cung pulok tu.. sebab tu aku tak bergambo di sini...haha


Haaa.. tempat macam ni baru aku suka... nampak soft gitu.. aku kan orangnya berjiwa lembut punya hati... Dapat pulak duk sebelah hubby.. huh cair rasanya....


Ok.. tuan-tuan dan puan-puan..
 kepak rama-rama itu  adalah hasil kreativiti pihak penganjur bagi sesiapa yang nak rasa jadi rama-rama... see... dah ada peminatnya kan....


Dyna dengan gaya ala-ala malu-malu rama-rama...


Hanin dengan muka "kondifennya"... Mesti gaya dia ni kesan dari banyak tengok cerita Frozen.. sebab macam Elsa la pulak gaya mukanya tu... Tak pe.. ini Frozen versi Butterfly namanya...


 Dan lagi...


inilah bunga hati aku.. 5 orang semuanya.. yang si kecik tu dah boring duk dalam stroller.. nak keluar dah tu...


Ini gajah tipu namanya.. pergerakan statik.. kiri kankan..kiri kanan kepalanya... tak mencabar langsung.. hihi


Sudut ni aku suka... ala-ala frame gitu....



Ini dah keluar dari khemah yang keberapa ntah.. banyak giler khemahnya... Disini ada replika kapal dan memang ada air dibawah kapal tu...  tapi cetek aje la.. siap ada ikan berenag-renag kat tepi-tepi tu...



Taman Diraja nama ruang ni... So cam biasa.. sesi bergambar...


Me and my eldest... ada serupa ka muka kitaorang???


Bergambar last port... sebelum masing-masing menuju ke medan selera.. 
Bye-bye Pesta Flora.. lain tahun ada rezeki kami jejak lagi... tapi kalau aku dan family aku je.. rasanya tak kot.. hihi 

Percutian di Avillion Port Dickson (bersama best friend SMAD)

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIMMMM...



Assalamualaikum semua..
Sempena percutian sekolah bermula 13 hingga 21 September ni aku ambil kesempatan
untuk pergi bercuti bersama family aku... Sebenarnya percutian ini dirancang dan diusahakan oleh best friend aku masa di SMAD dulu... Syikin... so.. lepas pilih-pilih tarikh maka 13, 14 dan 15hb menjadi tarikh perjimbaan kami... hihi

Kali ni kami plan untuk ke tempat yang lain dari yang lain... hotel di tepi pantai... ehh ehh ye la kan kebanyakan hotel memang di tepi pantai.. tapi kali ni bukan tepi pantai... hotel atas air pantai.. kira berlantaikan air pantai la ni....




Ini gambar anak-anak kami secara beramai-ramai sebelum family aku bergerak balik... buat kenangan kata orang... dari kiri.... Hanin, Ayyan, Razyn, Hafzy, Adam, Dyna dan Mimi....



Dan ini gambar kami semua kecuali Mizi, Mr Husband Syikin.... sebab dia jadi cameraman.. tak de orang lalu lalang nak suruh ambik gambar sebab dah agak lewat malam.... Tengok suasana pun tahu kan dah malam... surammmm je... hihi

 

Malam Sabtu tu sempat pergi fun fair di Port Dickson.. layan anak-anak... kat KL belambak fun fair macam ni, tapi tak pegi... kat PD jugak rupanya kitaorang nak tabur duit...Antara permainan yang anak-anak main..( sebenarnya termasuk bapak budak kat dalam tu... kan Mizi kan... hihi).. di Fun Asia Port Dickson...

 


 Beronok-ronok la diaorang bergumbira beramai-ramai.. yang ni permainan budak-budak... gambar kat bawah ni pulak permainan mak budak.... huhu




Haaa... ini dia... kalau tengok pada hayunan buaian tu mahu hilang segala jantung dan perut aku rasa.... Asalnya Mimi nak naik dengan Dyna... tapi kondisi Dyna tak berapa elok malam tu... So, Syikin la yang jadi kawan penemannya....

Masa buaian berbentuk satelite tu berpusing aku dapat dengar suara Syikin menjerit-jerit ketakutan... maunya tak... huiii... kalau aku naik agaknya tak tahu la camana pulak ye... walaupun hati tu sebenarnya nak cuba... Bila dah selesai, syikin kata..." Mie aku ingat mati je waktu tu..."'  Huh... dahsyat juga penangannya kalau cenggitu... 

Fuhhhh sib baik aku tak naik.... hihi



Ok.. yang  ni aktivitu petang Ahad tu.. bawak anak-anak main pasir.. pas tu jumpa pulak bola plastik lembut kat tempat kitaorang lepak tu... apa lagi... dengan bapak-bapak budak pun main bola skali... eh..eh... cam diaorng pulak yang lebih-lebih kan... tapi tak pe... aktiviti bebas sambil mengeluarkan peluh... tak gitu????




Tengahari tu kitaorang makan kat area PD tu.. jumpa la Asam Pedas kat sana... punya la lama menunggu... sampai hubby sempat beli keropok keping (yang dalam plastik merah tu) kat seorang lelaki Thai yang lalu lalang kat situ... siap borak-borak lagi...

Makanan kitaorang lambat sekali sampai... Order kul 2.30 petang... siap makan 4.30 petang... korang bayangkan aje lah.... arghhhh... tensennnn



Inilah tempat penginapan kami.. ala-ala homestay gitu... beratapkan langit berlantaikan air laut....ini bahagian balcony tempat penginapan kami... ambik gambar sikitttt..... hihi



Inilah kawan paling baik aku sejak kami peralihan sampai tingkatan 5 di SMAD Raub Pahang....Norasikin Che Had, setelah terpisah pada umur 18 tahun, akhirnya kami berjumpa semula pada umur 30-an ini... Teknologi menemukan kami.. Alhamdulillah....



Ini pula anak sulung kami... Dyna dan Mimi... kami cuba untuk menjadikan mereka rapat seperti kami... tapi macam payah je..masing-masing masih malu-malu walaupun pernah duk dalam kumpulan yang sama masa kem Smart 3A dulu..... tak pe, janji mak-mak diaorang tetap kamcing... sebab anak-anak akan follow jer kan....haha




Pagi Ahad tu kami plan nak manja-manjakan diri di Avi-SPA, tapi masa dia tak available waktu kami datang tu.... harga massage dia pun bole tahan... RM230 untuk satu jam... emmmmmmmmmmmmmmmmmm... panjang juga aku fikir untuk itu....so kami ambil keputusan untuk bergambar aje la... lain kali la nak pergi spa pun kot...kat KL aje pun ok...


Ini budak comel aku  sedang bersantai sambil makan chaho kakak Dyna... tengok la gayanya tu..kemain lagi... 

Sebenarnya bukan budak comel tu sangat aku nk cerita... sebab budak tu memang dah menghiburkan... Tuuu.. kat belakang budak tu... nampak air tukan... haaa... cam tu la chalet kitaorang... best juga..
 pengalaman untuk anak-anak lihat air surut dan air pasang 24 jam.... masa ni air baru nak surut semula.. dah nak petang...



Budak comel aku ni memang suka sangat mandi... dapat berendam kat sinki sambil gosok gigi... gosok la sangat tu kan....



Sato pose dari anak 'nyah'... ehh... sekarang dah panggil mama tau... Eeee... geram la budak Raisya ni....kalau dapat tengok video klip FROZEN kat You tube.. kemain lagi mulut terkumat kamit ngikut gayanya...baru 1 tahun 4 bulan tu....



Ini hasil 'keras tangan' Dyna.. masa kita orang kat pantai petang tu, sempat lagi dia buat arca nama dia dengan pasir ni.. aku rasa ini antara seni kreativiti jugak ni... gud job Dyna... 

So, pagi-pagi Isnin tu kitaorang check out jam 5.30 pagi.. sebab nak kena masuk office pula pada hari yang sama.. Hubby tak dapat cuti...ada nak kena ikut bos dia present kat KSU project diaorang.... 

So, dengan aku skali la kena masuk ofis, aku tak dapat nak cuti walaupun dah apply,
sebab cam tak berbaloi sebab kalau aku sorang je yang cuti means, memang tak kemana-mana juga.... 

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa... sian kan kat aku....

Monday, September 8, 2014

#Throwback..1/2014 - Majlis Cukur Jambul Raisya Humaira Ogos 2013



Inilah buaian Raisya Humaira....  Kira majlis cukur jambul paling grand antara keima-lima anak aku... siap tempah bagai.. selama ni aku buat sendiri je.. Agaknya dah rezeki Raisya kot.....

Nama pun throwback kan... so aku ingat-ingat lupa tarikhnya... Buat dalam bulan 8 kot...  Masa tu Raisya dalam 3 bulan lebih... itu sekadar ingatan aku je lah....nanti aku tanya kekanda aku... dia mesti ingat tarikh sebenar majlis cukur jambul ni.... teruk daya ingatan aku nih..adoyai...


 
Kumpulan marhaban yang dijemput khas dalam kalangan orang-orang Raub... Majlis ni aku buat kat umah kekanda Radiah aku... Dia kata nak buat sekali dengan majlis doa selamat dia... kira majlis 2 dalam 1 la ni....

See...... Hanin dah duk siap-siap kat buai.... Katanya dia nak buaikan Raisya nanti...




Close up...
Dan lagi... marhaban ya nur...

Dan lagi.... Aku suka kumpulan marhaban ni.... bacaan dia sedap dan pelbagai...

Dan lagi.... Hanin check Raisya ok ke tak dalam buai... senang la mama lepas ni....


Tu dia... budak comel mama sporting abis masa duk dalam buai ni... Diam jer...


Agaknya dia pun terkejut tengok buai dia macam tu rupanya... Jangan memain tau...  Quzan dan Nano dah tempah nak pelamin macam tu.... erkkk..... pelamin??

Auuummmm cakkkkk....
Tu dia... pandang mama dah....

Macam ni la rupa buaian tu.. ambil gamabr dari jarak jauh sedikit ... ada yang kata macam keranda... ade ke?? Punya la lawo tu... siap ada lampu lip lap lagi.... cissss tak patut diaorang berpandangan macam tu... sedey aku tau...

 Sebahagian goodies yang nak nak diberi kepada para tetamu....  Special dari Kay Ell tu.... hihi special la sangat....

Dah abis majlis aku pun bergambar la pula dengan my hubby.... see... lomantik tak kami???


Harap jangan jeles kay.... keh keh keh perasan....


Angle ni aku suka... kalau dah gambar senget-senget macam ni tak de orang lain la yang ambik... Mesti hasil kreativiti Dyna.... emm tau dah...

Gaya lain plak... masa ni majlis dah abis... sebab tu banyak gaya kami buat... kalau orang masih ramai tak sanggup nak buat macam tu... segan....

I love this picture...... seriously.... Nak cakap macam mana ye... kira gaya dan kedudukan kitaorang tu macam sweettttttt sangat... Love it..love it..love it.... ah sudah.. over la pulak... 

 Inilah tuan rumah a.k.a kekanda aku.. Radiah @ matam, cikgu sekolah SRK Raub.... terima kasih matam sebaba sudi pinjamkan rumah bagi porak peranda pada hari itu.. Jasamu dikenang.... hihi

Matam dan CD.... CD kalau bergambar memang payah nak suruh duk diam... sbb tu matam kepit macam tu... hihi

See... ini buktinya... bukan boleh nak jadi model langsung... suka hati dia je nak buat aksi apa.... adoyai... CD...CD....


Hanin... cam biasa suka buat aksi kucing dalam cerita SHREK tu... apa nama kucing tu ye.. aiseh.. lupa lak...

Bersama nendaku... Hajah Zamrot.. masih sihat dan kuat diusia 88 tahun....

Bersama nenda dan sepupu aku.. si kembar.. kalau tak salah ini si Hana.. hehe... Kalau Huda... mintak mahap la ye.. sapa suruh lahir kembar seiras... kan payah nak cam tu....


Aku dan Hanin.....bersama Raisya di dalam buaian....

Ini si comel aku.. dah kluar buai dan dah tukar baju....




Budak bulat.....

Dan gambar-gambar seterusnya... Layan je la ye....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...