Thursday, September 18, 2014

#Throwback 2/2014 - Pesta Flora di Putrajaya 14 Jun 2014


Bismillahirahmanirahim... Segala Puji bagi Allah sekelian Alam...

Petang ni nak throwback cerita aku pergi pesta flora bersama kakak aku dan anak-anaknya pula.. kak Yam nama diberi... kat blog aje aku panggil kak Yam.. kat luar orang panggil Ustazah Mariam tau... huhu

Masa ni cuti sekolah la kan.. kalau tak jangan harap kakak aku yang sorang ni akan datang berkampung kat rumah aku tu... sibuk memanjang dengan aktiviti sekolah dia.... Alhamdulillah kali ini dia datang bersama family berkampung di rumah aku.. sebab apa tau... sebab Putrajaya ada menganjurkan pesta Flora secara besar-besaran... So, aku yang tak la minah bunga ni kan... terperangkap la jugak dengan agenda diaorang yang bercita-cita besar nak menakluki tapak pesta Flora di Putrajaya untuk kesekian kalinya....


So meh layan gambar.....



Biasa la kan.. kita mulakan dengan budak denit sorang ni.. masa ni tak kukuh nak menapak lagi...  so, kena bawak stroller dan angkut la budak denit ni kulu kilir dalam tapak pesta bunga tu...  Tempat yang budak denit lepak ni adalah salah satu hasil kerjatangan student sekolah ... nampak cantik dan kreatif... tu yg aku letak budak denit utk ambil gambar dia kat situ...


Ok.. ini dah dalam khemah.. masuk sini sejuk sikit... ada ekon... pusing-pusing, tengok-tengok dan pegang-pegang bunga yang berkenan... hihi... tapi bunga-bunga ni dah agak layu.. sebab kitaorang dah datang agak petang kot....


Ini salah satu pose aku dalam gubahan bunga... tak berapa cantik sebab bunga tu dah agak layu...
Tapi aku nak pose jugak... tak kira.. nak jugak... hihi


Raisya sedang meneliti kehalisan seni menghias bunga kering... "'Emmmm... macam comel je patung ni... camana diaorang boleh buat sampai lawa cam ni ye...". kata Raisya... agaknya la



Ini backgroundnya... kira lengkap la sudah siri jelajah kami sebab ada bergambar dengan background ni... kononnya la...


Tiba di laluan deko booth ni , automatik Hanin ajak berhenti.. dengan malu-malu dia kata nak bergambar di sini... agak-agak korang apa puncanya ye... aku rasa sebab kat situ ada baby doll dan banyak warna pink.. diakan obses kaler merah jambu... Haninnn..Haninnn... Apa lagu si CD pun tumpang sekaki la.. Mat bunga la ko CD...


Kat Booth ni sebab ada buai.. tu si Syasya tengah berbuai kat belakang tu...
Cam biasa CD akan ambil kesempatan.. hihi


Ohh.. tempat ni aku tak berapa suka, sebab ada muka beso kat situ.. tak cung pulok tu.. sebab tu aku tak bergambo di sini...haha


Haaa.. tempat macam ni baru aku suka... nampak soft gitu.. aku kan orangnya berjiwa lembut punya hati... Dapat pulak duk sebelah hubby.. huh cair rasanya....


Ok.. tuan-tuan dan puan-puan..
 kepak rama-rama itu  adalah hasil kreativiti pihak penganjur bagi sesiapa yang nak rasa jadi rama-rama... see... dah ada peminatnya kan....


Dyna dengan gaya ala-ala malu-malu rama-rama...


Hanin dengan muka "kondifennya"... Mesti gaya dia ni kesan dari banyak tengok cerita Frozen.. sebab macam Elsa la pulak gaya mukanya tu... Tak pe.. ini Frozen versi Butterfly namanya...


 Dan lagi...


inilah bunga hati aku.. 5 orang semuanya.. yang si kecik tu dah boring duk dalam stroller.. nak keluar dah tu...


Ini gajah tipu namanya.. pergerakan statik.. kiri kankan..kiri kanan kepalanya... tak mencabar langsung.. hihi


Sudut ni aku suka... ala-ala frame gitu....



Ini dah keluar dari khemah yang keberapa ntah.. banyak giler khemahnya... Disini ada replika kapal dan memang ada air dibawah kapal tu...  tapi cetek aje la.. siap ada ikan berenag-renag kat tepi-tepi tu...



Taman Diraja nama ruang ni... So cam biasa.. sesi bergambar...


Me and my eldest... ada serupa ka muka kitaorang???


Bergambar last port... sebelum masing-masing menuju ke medan selera.. 
Bye-bye Pesta Flora.. lain tahun ada rezeki kami jejak lagi... tapi kalau aku dan family aku je.. rasanya tak kot.. hihi 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...