Monday, October 1, 2012

Menghitung hari...

1 Oktober 2012...

Suamiku memulakan kursus jangka panjangnya selama 6 bulan di IKWAS Kluang Johor.. Lamanya aku rasakan... tapi apakan daya.. terpaksa aku hadapi jua cabaran hidup ini...

Malam tadi sempat sembang dengan rakan baikku semasa di sekolah menengah agama Dong dulu... Kami chatting di facebook aje... jimat kan... huhu

Dia memberi semangat padaku untuk tabah dan banyak bersabar apatah lagi dalam keadaan aku yang agak lemah ini...

Kalau ikut memang aku rasa sangat sedih dan sedih.... tapi sampai bila... Aku harus kuat... demi anak2 aku yang sedang membesar di depan mata.

Terima kasih juga untuk kak tam aku yang banyak memberi sokongan dan nasihat padaku. kalau dia boleh harungi benda yang sama aku harungi sekarang selama dua tahun setengah kenapa aku perlu mengalah untuk jangka masa enam bulan sahaja kan....

So... aku kena kuat walau pun dapat aku rasakan kadang kala air mata ini akan gugur jua..

Ya Allah.... kuatkan semangatku dalam menghadapi hari2 getir dalam hidup aku... Sesungguhnya aku tahu Engkau sentiasa mendengar rintihan dan keluh kesahku..

Berilah sinar bahagia kepada kehidupan kami sekeluarga... untuk selama-lamanya. Aamiinnnn.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...