Thursday, September 30, 2010

Masuk paper lagi...


Hehehe.... saje nak sharing..( macam nak glamer jer.. huhu)
Keratan KOSMO, 30 September 2010 di halaman 19.....

Almaklum ajelah 1 Malaysia, maka dalam banyak-banyak gambar yang wartawan KOSMO ambil masa majlis tu, maka gambar ini juga dijadikan pilihan... huhu

Glamer free aku... dan hubby... (pssttt aku n hubby yang pakai bahu kaler merah tu...) ahakssss!!!!

ANTARA tetamu yang hadir pada rumah terbuka Aidilfitri di Masjid Bandar Bukit Puchong, Puchong baru-baru ini.


ERAT HUBUNGAN. Kira-kira 1,000 tetamu pelbagai kaum mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Masjid Bandar Bukit Puchong, Selangor baru-baru ini.

Walaupun hujan, ia tidak menghalang kehadiran pengunjung termasuk yang bukan Islam malah mereka dijamu dengan pelbagai hidangan seperti sate sebagai juadah utama, lemang dan kuih raya.

Bukan itu sahaja, tetamu bukan Islam juga dibawa melawat kawasan masjid dan diberikan penerangan tentang Islam oleh ahli jawatankuasa masjid yang dibantu dua sukarelawan daripada Islamic Outreach.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...