Wednesday, June 3, 2009

Adakah ini idaman anda atau anda mengidamkan ini???

Aku ada terbaca satu artikel yang menyatakan ciri-ciri di bawah merupakan ciri-ciri wanita idaman lelaki... Bagi aku, wanita merupakan tunggak utama kejayaan seorang lelaki. Bukan semua ciri-ciri tersebut mampu dimiliki oleh seorang wanita, tetapi rasanya masih belum terlambat untuk mengubah diri menjadi yang terbaik.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman seperjuangan....

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

Prihatin dan menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

Bijak berbicara
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

Justeru bukan susah untuk kita menjadi wanita idaman lelaki... Panduan di atas hanyalah sekadar untuk renungan kita bersama. Semoga kita sentiasa bersyukur menjadi wanita pilihan suami kita dunia dan akhirat... Amin.!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...