Tuesday, January 5, 2010

Musim sekolah bermula lagi....

Salam semua....

Er.. Semalam, Isnin 4hb Januari 2010 bermulalah sesi persekolahan untuk anak-anak aku dan anak anak korang semua yang dah cukup umur walaupun belum akil baligh..hehehe

Ada yang hantar anak dari umur 3 tahun.... Macam kat kawasan perumahan aku ni, ramai ibu bapa hantar anak pada usia 4, 5 dan 6 tahun.. macam kat kelas anak aku si adik ngan abang ni terdiri dari kanak-kanak berumur 4 tahun mak bapak diaorg dah hantar sini...

Ha... ini la tempat Razyn dan Hafzy bersekolah tahun ni. Tahun lepas diaorg tadika tempat lain, tahun ni saja aku ubah angin diaorg... sebab diaorg komplen asyik sekolah yang sama... sebab tu liat nak bangun pagi... Harap-harap tahun ni dah rajin nak bangun pagi... maklum je lah sekolah baru dan kawan pun baru...


Emm... Razyn baru masuk kelas untuk 6 tahun. Kali ni nampak dia gembira masuk sekolah baru... Biasanya dia la yang paling banyak alasan untuk bangun pagi... Sakit perut la..kepala abang pening la...sakit kaki la.. macam-macam lagi...

Ini pulak si adik, Hafzy... dia pun nampak gembira dan kembang kempis hidung menahan perasaan gembira berada di sekolah baru.... Dia masuk kelas untuk 5 tahun... Harap-harap tahun ni Hafzy lebih yakin untuk speaking macam abangnya Razyn....

Tu dia... khusyuk sekali dia mewarna gambar apple....

Razyn sempat memberikan pose istimewa...

Kakaknya, Dyna masuk darjah 3 tahun ni...3 Nilam di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Sesi petang pula dia kali ni... NAsib baik dia ok aje...Moga anak-anak aku menjadi orang yang pandai ... Insya Allah...

2 comments:

  1. Insyaallah....ni macam nak iklan sekolah jer hehe

    ReplyDelete
  2. heheh... ye ke??? tak tersengaja la pulak....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...