Terutama kepada saudara mara, ipar duai, sahabat baik, ibu dan bapa mertua, ayah aku dan terutama sekali kepada suami aku yang banyak menyokong perjalanan hidup aku pada masa sekarang.... Maafkan aku sekali lagi... maklum je lah.. kita ni semua manusia biasa, walaupun kadang2 kita rasa kita dah jaga perlakuan sebaik mungkin, tapi mana la tahu kan....???
Tahun ini merupakan giliran balik ke Raub untuk meyambut raya pertama (kg aku ler tu...) penuh sanak sedara kat rumah mak aku (sekarang dah jadi rumah adik bongsu aku... hasil pembahagian rete pesaka la katakan...) Tapi camanapun kami adik beradik akan tetap berkumpul kat rumah arwah mak di kg Kuala Dong tu...
Rindu pada arwah mak tak dapat dibendung pada pagi raya tu.... mengalir airmata kami adik beradik semasa bersalaman pagi tu... Aku perasan, tapi semua cover ler... kang pelik pulak anak sedara nengok ngape la mak-mak diaorang tetiba je nangis pepagi raya tu...
Lepas bersalaman , rutin pagi raya ialah bergambor.... (seme orang pun gitu yek....?)

Duduk : Ayah dan Adik Noor




Semoga raya tahun ini memberi kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua.. Semoga kita semua masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan... InsyaAllah... Amin..
No comments:
Post a Comment