Wednesday, October 14, 2009

Tanggal 29 September 2009 yang lalu....




Tarikh ini merupakan tarikh yang tak dapat aku lupakan seumur hidupku... Kerana tarikh ini telah membawa satu berita besar yang memerlukan aku tabah menghadapinya semasa berita itu ku terima. Jam 10.30 malam kakak aku telah mengejutkan aku dengan berita yang amat sedih sekali...Ayah ku telah di jemput Ilahi.... Pada masa itu aku berada di Terengganu....

Aku jadi seba salah... kalau nak balik malam tu jugak, aku mungkin tak berani nak drive sorang-sorang. Lagi pun perasaan aku tak berapa stabil waktu itu untuk aku drive. Setelah berbincang, REJ mengambil keputusan untuk menjemput aku pada malam tu jugak...

Perjalanan yang terlalu jauh membuatkan aku tak sempat menatap wajah ayahanda aku buat kali terakhir.... Apabila aku sampai, arwah telah selamat di kebumi dan di talkinkan... Sampai aje aku di kubur, hanya bacaan ayat-ayat suci al Quran dapat aku sedekahkan dan menyiramkan air doa buat arwah.

Semoga Arwah di tempatkan bersama orang-orang yang mendapat lindungan kasih dariNya... Amin

AL-FATIHAH.....

3 comments:

  1. Alfatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin...

    Tak tau cite langsung pasal ni....

    ReplyDelete
  2. PakKaramu.... terima kasih kerana singgah...
    Maza... Em... mok cik pun tau mengejut...tak sempat nak bagitau semua sedara mara terdekat....

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah... Tabahkan hati... kuatkan semangat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...