Thursday, February 4, 2010

Tahniah dan moga terus maju jaya...

1hb Februari yang lepas, aku dan REJ telah dijemput merasmikan pembukaan kedai baru rakan radio merangkap kawan baik aku iaitu 9w2JSJ dan 9w2MMJ di Amcorp Mall, PJ...

Eh... bukan merasmikan,..... memeriahkan aje keh keh keh..Aku dan JSJ memberikan posing istimewa..... huhu...
9w2 JSJ, aku, 9w2 MMJ dan 9w2 REJ bergambar di hadapan kaunter utama...
Antara barangan yang diperniagakan.. kelihatan di belakang satu rakaman dokumentari sedang dilakukan... tak tau nanti nak masuk tv berapa... 1, 2, 3, 9 atau astro... dia tak kabo la pulak ke aku...
Pandangan hadapan kedai... Kedai ni berada di tingkat 3 dekat dengan kedai mainan helikopter yg harganya ribu riban tuh...

Majlis bermula seawal jam 10 pagi, tapi tu la kan disebabkan aku ngan REJ ni jenis orang yang terlalu banyak urusan nak diselesaikan pada hari tu...( kononnya la..) maka kami terlewat sikit ke kedai barunya tu.... Tapi walau camanapun aku tetap akan pegi juga walaupun terlewat...

Kami sampai dalam 3.30 petang macam tu... dan alhamdulillah.... makanan masih ada... huhu sebenarnya dari pagi aku tak makan....

Mee hoon + kiuh lompang + kuih koci + tembikai +air sarsi memang tak dapat dinafikan merupakan satu gabungan makanan yang istimewa... terutama kuih koci... fuh... korang memang rugi ler tak dapat rasa.... memang tahap gaban sedapnya.... dengan lembut dan kenyalnya itu memang membuatkan aku rindu untuk memakannya lagi... hehehe

Apa citer pasal makan lak nih....

Emm berbalik pada cerita asal aku tadi... Untuk 9W2JSJ @ PRSJ , TAHNIAH aku ucapkan sekali lagi.... memang korang ada umph ler... boleh buka kedai lagi satu kat Amcorp Mall....

Tahniah
Tahniah
Tahniah
Tahniah

Berapa banyak tahniah daaaaaaaa.... TAHNIAH lagi sekali..... ahaks

73

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...