Thursday, November 4, 2010

Kisah Abang Chik , chicken pox dan telur separuh masak..

"Mama... abg chik dah boleh makan telur ke?" Tanya anak ketiga aku perlahan sambil membisikkan ke telinga aku...

Kesian la pulak aku rasa... Telur adalah antara makanan kesukaan dia .. selain mee dan makanan-makanan yang diperbuat dari tepung...

'Mat tepung' adalah gelaran yang aku dan hubby berikan kepada dia kerana dia memang tak suka makan nasi... Selama hampir 3 setengah tahun aku berusaha memberikan motivasi kepada dia bahawa nasi akan mengenyangkan untuk tempoh yang lebih lama.... Tapi nak buat camana... Mee juga pilihan hati dia... So aku turutkan kemahuan dia selagi tidak memudaratkan kesihatan dia....

Berbalik pada permintaan abg chik nak makan telur tadi...

Sebenarnya abg chik dah kena chicken pox dari malam khamis yang lepas... so sekarang dah hari khamis.. kira dah seminggu la dia kena... Aku pun dok terpikir-pikir dari mana la datangnya penyakit ni... Belum sempat aku cal sekolah dia, cikgu dia dah cal aku bagitahu yang sekolah dia cuti awal sehari sebab ramai budak dah kena chicken pox... ooo patut la... dari sekolah Smart Reader dia rupanya....

Nasib baik aku bawa ke klinik cepat... Dan aku rasa ubat dari klinik tu pun serasi dengan dia kot... Chicken pox dia tak banyak sangat yang naik ke badan... dan doktor ada bagi 2 krim yang berbeza... satu krim sapu biasa dan satu lagi krim yang tidak meninggalkan parut (kena isi kat muka dan tangan jer...)

So sekarang chicken pox abang chik dah beransur pulih... aku dah suruh dia mandi pun pagi tadi...

" Emmm... sedapnya rasa telur ni..." Luahnya sambil menikmati telur berkenaan dengan bersungguh-sungguh bersama roti bakar...


Sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...