Tuesday, July 7, 2009

RAE revision class

Emmm.... nak kata berita dah lapuk, result tak kluar lagi... heheh kira berita hangat jugak ler...
Baru tak baru jugak le, 20hb June 2009, KRAMAT ada mengadakan kelas ulangkaji RAE di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, bagi rakan-rakan SWL yang nak mengambil peperiksaan yang baru lepas ni... Ramai gak yang datang lebih kurang 20 orang SWAL dan ditemani oleh rakan-rakan 9W yang sentiasa menyokong harapan rakan-rakan SWAL yang nak dapat 9W ni..
Didoakan semoga anda semua lulus dan boleh memancar di jalur panjang nanti, Insya Allah... Malas nak cerita panjang... korang tengok gambar-gambar aje lah yek....

Dengar betul-betul..." korang jangan susah hati, jawapan semua MCMC dah bagi... pilih je... kan mudah tu???" heheheh

9W2SMF sedang memberi kata-kata perangsang... sampai jam 1 pagi tu... semua pakat tak mahu balik... " kami nak lagi ..kami nak lagi..." itulah luahan rakan-rakan SWAL hehehe

9W2NUR tengah menurunkan petua-petua nak pass exam ni... syyy...dengar kata sape nak tahu petua ni, kena bagi ayam golek kat dia.. heheh jangan mare ye norman..

SWAL Maya sempat open table oooo... beli jangan tak beli

Tu dia eh... rakan-rakan sedang khusyuk mendengar kata-kata tok guru... 9W2SMF..

9W2REJ sedang memberi kata dua kepada rakan-rakan baru... " Kalau soalan yang kita spot ni tak kluar...korang kluar ye...."

Semoga semua berjaya dengan cemerlang... heheh macam exam SPM la pulak... keh keh keh.. Good Luck!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...