Wednesday, November 21, 2012

Birthday present...

Emm saja nak kongsi barang apa aku beri pada hubby sempena birthday dia tahun ni.. Al maklum je lah... dia jauh nun di Kluang... So aku fikir baik buat suprise kat dia kali ni...

Pagi tu ucap birthday kat whatsapp je la... Ye la kan.. bukan macam tahun-tahun sudah , boleh juga salam cium tangan sempena birthday dia... Kali ni aku nak cium apa?? Cium henpon??? Oh tidak.. macam tak betul je kalau aku buat cenggitu...

So hari Ahad aku ajak Azmah ke IOI Mall.... sebenarnya tak tahu nak beli apa lagi.... Sama ada wallet atau pen... Tapi tahu-tahu je lah kan dengan anak-anak 4 orang tu lagi mengikut sama... so nak buat pilihan betul-betul tu macam tak berpeluang je...

So aku masuk Jusco... Tengok bahagian wallet sebab aku tgk wallet hubby macam dah lusuh... Pilih punya pilih adalah yang berkenan tapi ianya set dengan belt... Emm belt aku dah beli kat Singapore hari tu... Tak pe lah kan.. bukan basi belt tu pun kalau simpan lama-lama.. hahaha

Salesgirl dah bukak bil... pas tu mata tertinjau pada beg kecil pula... emmm.. macam menarik juga kalau buat hadiah ni.. boleh juga dia isi barang yang kecil-kecil atau bawa pegi kuliah sepanjang dia di IKWAS. Apa lagi setelah pilih-pilih aku tangkap la satu.....

Tu dia...


 Ini lah barang-barag yang dah sampai ke tangan hubby tepat bertarikh 20 November 2012 di IKWAS... Aku pos hari Isnin, Selasa dah sampai... Sib baik perkhidmatan Pos Malaysia dah cekap... hihi terima kasih Pos Malaysia!!

 Beg Alain Delon... kaler hitam... sebenarnya aku berkenan sangat beg ni.. rasa macam macho je kalau hubby bawak beg ni gi kuliah... hehehe
 Kad ucapan.. Kad ni dah beli awal-awal lagi... Ada sesuatu yang aku tulis dalam kad ni.. tak boleh display sini.. biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan dia....

Set Tali pinggang dan wallet untuk yang tersayang...
Semoga hubby menerimanya dengan senang hati.... Hubby ada whatsapp aku, katanya dia suka sangat dengan hadih yang dia dapat... suprise katanya...

Tapi yang tak suprisenya Dyna dah bagi hint yang hubby akan dapat sesuatu dari aku...
Cisss..... ni yang menyampah ni....Tak leh simpan rahsia sungguh.....

Apa pun...semua barang selamat sampai dan hubby gembira menerima hadiah dariku...
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...