Monday, November 19, 2012

Bicara Eksekutif bersama Tun Dr M

..

Bertarikh 24 Oktober 2012, aku bersama-sama 2 lagi pegawai iaitu Masyitah dan Kak Warda telah diarahkan   diberi peluang untuk menghadiri satu bicara Eksekutif bersama Tun Dr M... Siapa tak kenal Tun... Beliau adalah idola aku dalam bidang pengurusan dan sebagai decision maker... Aku sangat salute dengan keberanian dan keyakinan beliau dalam mentadbir negara...

Memang aku dah lama bercita-cita nak mendengar beliau berucap atau apa sahaja secara live...

Akhirnya... Setelah aku bertukar tempat kerja... peluang itu datang jua.... Gumbira..gumbira....


Apa yang aku nak kongsi di sini ialah pesan Tun yang aku ingat sampai sekarang...

1. Baca buku bahasa inggeris untuk belajar bahasa inggeris.... bukan belajar grammer satu persatu... Dengan membaca buku bahasa inggeris ia dapat menambah vocabulary kita dan secara tak langsung kita dapat belajar grammer yang betul dan tidak akan teragak-agak untuk bertutur dalam bahasa inggeris kelak...

2. Baca buku sebanyak mungkin... Dan aku sangat faham... banyak membaca di sini bukanlah novel-novel cinta ye... baca buku ilmiah... Ia dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain dan dapat memberi idea yang mencurah-curah apabila berhadapan dengan orang ramai nanti....

3. Baca sejarah... bukan sahaja sejarah Malaysia.. tetapi sejarah dunia... emmmm yang ni aku lomah sikit... huhu

Kesimpulan yang aku dapat... Untuk berjaya dalam hidup satu perkara ini harus di capai dengan semaksima mungkin iaitu ILMU.... tak kira ilmu dunia atau akhirat... tapi kalau dapat menguasai ilmu akhirat... lagi la bagus.... tak de la nanti bila dah berjaya..dah jadi orang terkanal... akan keluar statement " malaikat tu pun mempunyai dosa.." hehehehe...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...