Monday, November 19, 2012

Majlis Ihtifal SRA dan KAFA 2012

Bertarikh 25 September 2012, Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan satu majlis ihtifal (majlis pertandingan) antara sekolah dan zon di bawah jajahan takluk JAWI sepenuhnya.. Majlis ini mempertandingkan 9 aturcara yang mencari murid atau zon mana yang paling berkelayakan untuk dibawa ke Majlis Ihtifal peringkat Kebangsan yang akan di adakan di Melaka kelak...

Aku selaku pegawai dari JAWI telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus di bahagian pengurusan persembahan dan teknikal.... Nak kata susah tak la jugak.. sebab walaupun aku tak pernah urus bahagian macam ni.. tapi ia satu cabaran bagi aku untuk menguji kredibiliti aku sebagai pegawai yang berkaki lebar... hahah

Di samping itu aku juga di lantik menjadi hakim bagi pertandingan bercerita... Seronok tgk budak-budak yang talented ni di ketengahkan.. terkenang kat anak sendiri masa aku menghakimi anak orang lain... Beranikah mereka bercakap di hadapan khalayak sambil membuat pelbagai gaya dan aksi?? Entahlah.. Moga ada yang menyerlah suatu hari nanti.... Emo kejap... hhu

Udah la.. Meh layan gambo....



Aku dan Kak Asiah selaku hakim bersama semua peserta yang mangambil bahagian dalam pertandingan bercerita ini.. Murid yang pakai tudung ala Najwa Latif (kaler merah dan biru) tu yang menang.. Badan kecik je... tapi very talented.. masa tgk budak ni bercerita.. aku teringat kat Shasha... Budak Shasha Mardiha tu pun apa kurangnya.. Bukan takat bercerita... mengelentong pun pandai.... keh keh keh


Majlis Perasmian bermula... Dirasmikan oleh Tim Pengarah Operasi JAWI,  Tn Hj Omar bin Said bagi mewakili Datuk yang tak dapat hadir.... Siap menandatangani mocha ( betul ke perkataan aku tulis ni???) Buku Panduan Guru dan Pampelet Bahagian Pelajaran JAWI lagi...



Ini anak pak ambong... Sepupu aku... Menang tempat pertama pertandingan syarahan bahasa Melayu... Naiman.. Hebat-hebat belaka keturunan Abdul Jabar nih... hahaha


OK... yang ni jangan jeles... Aku dapat saguhati sebab jagi hakim.... Cantik sangat.. I love it.... Tapi simpan kat umah jer... letak kat pejabat pun almari perhiasan aku tak beli lagi nak letak dalam bilik aku ni... keh keh keh



Dan ini pengakhiran cerita aku untuk kisah kali ini.... Sampai sekarang aku simpan duit ni.. bukan apa... excited dapat duit seratus yang baru.. sebab masa raya dulu tak dapat tukar... bank dah kehabisan stok.. Tak tahu la sampai bila bertahannya duit ni nanti.. huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...