Monday, November 19, 2012

Moga Jadi Anak Solehah....

Ini si kecik aku (buat masa sekarang la kan...) Hanin Rayhana.... Budaknya comel.. periang..pandai berkata-kata... Fikiran lebih matang... dan yang paling best.. dia dikurniakan kuasa memujuk yang amat power...

Hampir setiap kali keluar dengannya.. ada sahaja mainan yang akan dirayunya kepada aku dan hubby untuk dimilikinya... Apa yang peliknya aku dan hubby akan menuruti...

Keadaan ini berbeza dengan keadan kakak dan abangnya... Aku jarang sangat membelikan mereka mainan... Boleh dikatakan dalam rumah aku tak ada stok mainan pun (selain daripada alasan tiap kali beli mainan ianya rosak = aku buang jer...)

Apa yang aku nak kongsi di sini bukanlah untuk membanggakan diri... cuma sebahagian dari cara aku mendidik anak-anak sedari kecil....

Sebab aku merasa sangat kasihan kepada remaja yang sudah akil baligh zaman kini. Mereka tidak pandai membaca al Quran.. Bukan itu sahaja.. Mereka malas untuk mendalami ilmu al Quran...

walaupun ini boleh dikatakan sekadar gambar hiasan... tetapi aku bangga aku boleh mendidik anak aku ke arah jalan yang diredhoi Allah.. Moga usaha aku dan ibu-ibu di luar sana mendapat keberkatan dan keampunan dalam mendidik anak masing-masing... Aamiinn.....

Sekadar gambar untuk renungan aku dan anak-anak aku sahaja suatu hari nanti.....

Gaya & kesungguhan yang ditunjukkan oleh Hanin... Tengok la ayat yang dia baca tu.... Huhu



Yang ni aku paling tah tahan.... Dia siap paksa aku sebut dulu bagi ayat yang ditunjukkannya tu... kemudian dia akan ikut bacaaan aku....

Sebenarnya Hanin bukanlah pandai baca sampai Iqra' 5 lagi.... tapi kesungguhannya tu sangat membahagiakan aku.....Moga jadi anak solehah ya comel mama.... Banggakan Mama dalam menuju jalan Allah suatu hari nanti...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...