Friday, August 7, 2009

Apa menariknya tarikh hari ini???

Keistimewaan 7 Ogos 2009
Emmm.... tentu rakan-rakan nak tahu apa menariknya tarikh hari ini....
Sebenarnya tarikh hari ini merupakan tarikh ulangtahun ayah aku... Tapi aku tak dapat meraikannya kerana aku berada jauh dengan beliau... Cukuplah dengan ucapan selamat ulang tahun yang telah aku ucapkan pepagi buta tadi dengan menelefon beliau nun jauh di Pahang tu...
"Selamat ulang tahun abah, terima kasih kerana dengan adanya abah, maka wujudlah aku di muka bumi ini... dan dapat merasai suka duka kehidupan dan dapat juga mengenali dunia radio amatur ni.. hehehe..."

Tapi.... apa yang lebih menarik, percaya tak rakan-rakan bahawa hari ini merupakan tarikh yang paling istimewa kerana ia tak akan berulang lagi sepanjang hidup rakan-rakan semua selama-lamanya...

Nak tahu kenapa???

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari ini)

Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat .

Masa akan menjadi : 12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

Fikir-fikirkan......

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...