
Petang Ahad yang damai (27 Februari 2011), sedang aku asyik leka menyiapkan tugasan yang berlambak tiba-tiba anak aku datang menyampaikan 2 bungkusan makanan yang di berikan oleh jiran baru aku (baru pindah ke kawasan rumah aku ) Selepas mengucapkan terima kasih.... tanpa membuang masa kami sekeluarga menikmati nasik pulut kuning dengan kari daging yang memang marveles rasanya.... Walaupun tak banyak mana, tapi kami berpuas hati...
Bak kata pepatah.. sikit sama dicicah, banyak sama dilapah...
Terima kasih jiran baru ku....
Selang beberapa minit jer... datang sebuah lori di hadapan rumah aku.... huhuhu
Barang yang kami oder dah sampai rupanya.... Nak tahu apa dia...
jeng.... jeng.... jeng......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Huhuhu... cita-cita memang tinggi.... Lepas ni aku nak cuba buat semua jenis kek yang ada di dunia ini.... Maklum je lah.. selama ni aku pakai oven jer... kadang-kadang kek naik sebelah ajer.. kadang-kadang kek tak naik.. tu yang aku nekad nak beli jugak tu... walau pun aku tahu.. aku bukan la tukang masak yang terror... Tapi sekurang-kurangnya.. aku ada semangat... ye dak????
Nak tengok oven kesayangan aku selama ni....???

Oven ni aku dapat dari cabutan bertuah dari Nona Roguy kerana aku menjadi ahli barunya.... Nak tahu bila aku dapat oven nih???

Oh ya.. ada satu lagi, barang yang sampai petang tu....

Peti ais sederhana besar... Nak buat aiskrim pelbagai perasa..dan air batu banyak-banyak... . Maklum je lah.. kami dah jadi penjual ABC pula sekarang ni...
Hik hik hik....