Thursday, August 12, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Erm... rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan yang hanya datang sekali dalam setahun ni... (walaupun beberapa tahun lepas kena puasa 2 kali setahun)..

Semua orang boleh ucap selamat berpuasa... selamat berpuasa.... selalunya kiriman sms menjadi pilihan muslimin zaman sekarang.... ye la kan... ringkas, jimat dan mudah..

Manusia memang suka benda-benda macam tu.. memanfaatkan kecanggihan teknologi pun ye jugak... Tak kira la bagaimana cara sekali pun... yang penting kita masih saling berhubung antara satu sama lain.... Ingat mengingati dan mengeratkan silaturrahim...

Korang mesti sms atau call kengkawan untuk ucap selamat berpuasakan? Berebut-rebut menghantar pada kawan-kawan yang rapat dengan anda.. pada bos anda dan tak lupa pada orang yang di sekeliling anda....

Tapi korang dah ucap selamat berpuasa pada mak ngan ayah anda? Suami anda? Isteri anda? Adik beradik anda? anak sedara anda? Mak @ Pak sedara anda?... ermmm... tak pe lah tu.. korang tak yah jawab... sebab jawapannya ada pada korang sendiri...

Kadang-kadang kita selalu melupakan orang yang paling hampir ikatannya ngan kita..... kita lebih ghairah mengucapkannya pada orang yang rapat dengan kita tetapi bukan yang paling hampir dengan kita... Kita selalu merasakan meraka tidak perlu ucapan semua itu.....

Apa kata kita ubah persepsi kita... utamakan orang yang paling hampir dengan kita.. barulah kita beralih kepada mereka yang rapat dengan kita... kerana..."Air yang di cincang takkan putus....."

KEPADA SEMUA :
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KETAKWAAN DAN KEINSAFAN... TINGKATKAN LAH AMALAN PADA BULAN YANG PENUH BARAKAH INI KERANA KITA BELUM TENTU LAGI DAPAT BERTEMU BULAN SEPERTI INI UNTUK TAHUN AKAN DATANG.....


Salam ramadhan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...